■ Buku Nota Iman

Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Monday, July 25, 2011

| ARTWORK | Sketching A Simple Muslimah OC (I)

8 comments :



Background Music : Flumpool - Zanzou (Bloody Monday OST)

My first tutorial video on how to draw a simple Muslimah character.
Sketching by using Paint Tool SAI (software) & a drawing tablet (device).
I'm so sorry if the drawing is not really nice, coz I'm still learning on how to use my tablet.
(It's quite hard to draw using a tablet. Using a pencil is the best! ^^)

This is my style.
Different people, different style..
I hope all of you can get some benefit from this video.
Insha-Allah, I will make another video after this.
A better one, hopefully, insha-Allah.
That's all, may Allah bless.. :)

(click to enlarge)

Saturday, July 23, 2011

| ARTWORK | Kak Syiza

3 comments :
Alhamdulillah..
Malam tadi dapat siapkan satu lagi request..
Ni dia.. :)

To : Syiza Hassan
(Muslimah OC)

(warna asal & saiz asal telah diubah bagi menghilangkan keaslian gambar ni.. XD)

Katanya, karakter ni nanti nak dibuat ikon / maskot untuk bisnes beliau..
Jadi, nak wish, semoga berjaya dalam bisnes tu..! ^^
(cuba teka bisnes apa..? hehe.. :P)
Kalau nak tau, tanyalah beliau ye..

Nak cari beliau kat mana..?

Aa... Ntah.. XD


Ok, that's all for this morning..
(dah nak tgh hari dah pun.. =.=)
Moga bermanfaat..
May Allah bless, insha-Allah.. (^^)

Wednesday, July 20, 2011

| DESIGN | Wordless Wednesday #3 - Fakebook

5 comments :

-----------------------------------------------------------
Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan.. :)

Tuesday, July 19, 2011

| ARTWORK | CikPutih & NurAreefah.. ^^

8 comments :
Alhamdulillah..
Malam semalam dapat siapkan 2 design request (dah berapa lama ntah tangguh.. =.=")

1) Request daripada Cik Putih
(Blog Banner)
So, ni la banner beliau.. :D

Blog Cik Putih




2) Request daripada Nur Areefah ...
(Simple Muslimah Character)
So, karakter ni adalah milik beliau.. ;D




Nak..? Hantar request kat e-mel, lps tu, tggu saya reply..
Tapi, nak siapkannya tu......
(x sanggup nak cakap..)
Kena banyak bersabar la ea.. Isk.. Isk..
Buat masa ni mmg tak dapat nak fokus buat benda ni je...
Kalau ada masa free + mood, baru buat.. >.<"
(Bila la nak ubah attitude ni... T__T)
Request yg lain2 tu pun, minta bersabar ye..
Maap.. Maap.. Maap.. Maap.. Maap.. Maap.. Maap.. Maap.. Maap.. Maap.. >.<"

Lastly, moga bermanfaat..
May Allah bless, insha-Allah.. :)

Friday, July 15, 2011

Paint.NET - Graphic Software

10 comments :
Assalamu'alaikum warahmatullah..
Pagi ni saya nak share satu software grafik yang saya rasa menarik sgt2 untuk dikongsi dengan semua..
Nama software ni Paint.NET
Ala-ala Microsoft punya Paint tu..
Tapi, Paint.NET ni lagi advance la daripada Paint yg default ada kat Windows tu..
Lagipun, software ni memang dicipta untuk menambah fungsi yang ada pada Paint tu sendiri..
Cuba tengok dia punya interface nih..


Lain kan..?
Saya suka guna software ni sebab pertamanya dia simple, tapi banyak jugak function dia..
Lepas tu saya suka dgn function panel2 kat bucu2 tu mcm Tools, Colours, Layers, History..
Ada macam2 tools la yang boleh diguna & memang senang sgt nak guna.. User friendly la senang cerita..
Kalau sape2 yg tak reti sangat guna Adobe Photoshop (macam saya ni) ,
software ni antara software yang harus dicuba untuk cipta/edit gambar, lukisan..
Lagi-lagi untuk blogger yang suka design header, dll..
Untuk design simple, tapi cun.. :)

Lagi satu, software ni walaupun banyak function, tapi dia mmg ringan..
Installer dia pun cuma lebih kurang 3.5 MB je..


Ha.. Apa lagi..
Kalau belum ada lagi software nih, boleh la download kat sini :
http://www.getpaint.net/

Just sharing.. hihi..
May Allah bless.. (^^)

Thursday, July 14, 2011

Review : Kau Di Hatiku 4 (KTI)

5 comments :
Assalamu'alaikum warahmatullah...!
Entri kali mungkin agak skema & formal sikit..
Sedikit review ala-ala laporan tak rasmi gitu, pasal program Kau Di Hatiku 4, anjuran Komuniti Teman Inteam (KTI) Ahad lepas (10 Julai 2011).. ^^

Sekitar jam 8 - 9am, para AJK, fasilitator & peserta (ahli2 Rumah Permata Hatiku) baru tiba di tapak progam, Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam, Selangor.
Setelah semua peserta tiba, mereka semua dibawa bersiar-siar oleh fasi-fasi, melihat pemandangan sekitar Taman Botani tersebut.
Setelah selesai mengelilingi kawasan tersebut, kami semua berkumpul di ruangan Amphitheater untuk sarapan, sesi taklimat permualaan, taaruf & sesi memanaskan badan sebelum memulakan acara explorace.

Kira-kira jam 11.15am semua peserta dilepaskan untuk acara explorace.
Mereka perlu melalui 6 checkpoint & menyelesaikan tugas2 yg disediakan di setiap checkpoint ;
Surau (...), Taman Padi (...), Pintu Gerbang (...), Taman Haiwan (Husaini), Flying Fox (Syahmi) & Taman Burung (Hafizi).
Selepas hampir sejam, semua peserta selesai melepasi kesemua checkpoint tersebut.
Kebetulan, hujan mula turun dengan lebat selepas acara explorace selesai.
Ada beberapa kumpulan yg terpaksa meredah hujan supaya dapat sampai ke tapak perkumpulan (Amphitheater).
Alhamdulillah , tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku & semuanya selesai dengan baik.

Di ruangan Amphitheater, acara penutup untuk sesi pagi dimulakan.
Sesi penutup ini diisi dengan pengumuman pemenang-pemenang acara explorace & sesi penyampaian hadiah.
Acara pagi itu diakhiri dengan sesi fotografi & makan tengah hari.






Kami kemudiannya bergerak ke Masjid Shah Alam / Masjid Negeri untuk mengemas diri & menunaikan solat Zuhur berjemaah..
Usai solat, semua peserta berkumpul di hadapan masjid untuk bergerak bersama-sama ke Yayasan Restu, Shah Alam untuk melawat Pameran Pedang Rasulullah S.A.W & Sahabat R.A.
Di situ, kami juga sempat melawat replika kediaman Rasulullah S.A.W.




Selesai melawat Yayasan Restu, kami semua bergerak ke Masjid Negeri kembali untuk mendirikan solat Asar berjemaah.
Semua peserta kemudiannya berkumpul di bahagian tepi halaman masjid untuk sesi terakhir.
Kami semua menikmati minum petang disertai dendangan nasyid daripada Inteam secara acapella.
Antara lagu-lagu yang didendangkan adalah Akrab Persahabatan, Kasih-Kekasih, Siti Khadijah, Allahu Rabbi & akhir sekali dendangan selawat beramai-ramai.
Persembahan yang sangat unik & sempoi.. ^^




Sebelum majlis berakhir, pihak Inteam & Rumah Permata Hatiku menyampaikan sedikit ucapan buat semua yang hadir.Kemudian, pihak KTI menyampaikan sumbangan-sumbangan daripada beberapa pihak yang bermurah hati memberi sumbangan kepada rumah Permata Hatiku, moga-moga dapat menyuntik sedikit kegembiraan buat mereka bagi meraikan kedatangan Ramadhan akan datang.

Program Kau Di Hatiku kali ini diakhiri dengan sesi bersalaman beramai-ramai bersama alunan selawat dari semua yang hadir & sesi fotografi tak rasmi antara ahli KTI & ahli rumah Permata Hatiku.
Moga-moga program ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang bersama penambahbaikan, insha-Allah.

Sekian, salam mahabbah.
Mohon maaf andai ada sebarang khilaf dalam laporan ni.. :)

*All pictures, credited to :

Wednesday, July 13, 2011

| ARTWORK | Wordless Wednesday #2 - Lidi

6 comments :

Member sebelah : Err.. Ni je ke yang ang mampu buat dengan tablet ang yang "canggih" tu..? =.="
Me : Ha'ah. Terkial-kial lagi nak guna menatang nih.. >.<"

| ARTWORK | Wordless Wednesday #1 - Thief

4 comments :

:)

Komen Terkini