■ Buku Nota Iman

Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Showing posts with label palestine. Show all posts

Monday, December 03, 2012

SAVE PALESTINE Project

No comments :
Lamanya tak update blog ~~~

Sibuk. Sibuk. Tak ada idea. Tu je la alasannya.
Tapi dah memang itu yg terjadi, nak buat macam mana ~~~ >__<"

Baru-baru ni sibuk buat video pula.
Akhirnya, hari ini, siap juga ~~ Alhamdulillah ~~

Nikmatilah video ini ~~ :'D
Maaf la, suara narrator yg agak slow.. sakit tekak kot. eh.



You may find this post relevant: Pray For Gaza, Syria & Rohingya Muslims

Monday, February 22, 2010

Zionis yahudi seksa kanak-kanak

No comments :
*copied from www.Halaqah.net
Editor : PenaHalaqah

PENASIHAT Kanan Ikatan Ulama Palestin, Syeikh Abu Bakar Al-Awawida, buta kedua-dua matanya akibat diseksa tentera rejim Israel pada 1981. Namun, perjuangannya tetap utuh, malah tidak berganjak sedikit pun untuk mempertahankan negaranya.


KEJAM… seorang mangsa menunjukkan cara tentera Israel menyeksa mereka di penjara.

     

BUKTI… antara kanak-kanak ditangkap tentera Israel,
 manakala keluarga mereka berhimpun menuntut pembebasan.





 DAPAT SAMBUTAN… hadirin daripada pelbagai pertubuhan mengikuti ceramah khas mengenai kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.
Perhimpunan yang dianjurkan bersama Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Palestine Centre of Excellence (Pace), Haluan Palestin, Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia, Pertubuhan Mawaddah, Kispa dan Viva Palestina Malaysia, menampilkan beberapa tokoh daripada pertubuhan pembebasan Palestin, termasuk Koordinator Bantuan Antarabangsa Palestin, Sheikh Abu Ahmad Ziad al-Qishawy.

Menurutnya, hanya lima juta daripada mereka menetap di tanah air sendiri manakala yang lain terus terusir sejak kezaliman rejim Israel lebih 50 tahun.

Tentera rejim membunuh beratus ribu penduduk Palestin, malah mencederakan ramai lagi. Bukan itu saja, mereka juga menangkap dan mengusir secara paksa, menghancurkan rumah dan menggantikannya dengan unit pemeriksaan tentera di Tebing Barat. Sehingga kini ada lebih 700 unit pemeriksaan tentera. Mereka juga menggali terowong di bawah Masjid al-Aqsa.

Jadi tidak mustahil, mungkin sekarang, satu jam atau beberapa saat lagi Masjid al-Aqsa boleh tersungkur, kerana tidak ada lagi penyangga yang menahan masjid berkenaan. Syeikh Abu Bakar, 48, yang berasal dari satu daerah kecil di a-Khalil, 35 kilometer dari al-Aqsa, mempunyai lapan anak, iaitu lima putera dan tiga puteri melalui seorang isteri. Pada usianya belum mencecah separuh abad, beliau juga dikurniakan tiga cucu.

Beliau sekeluarga yang dipaksa keluar dari bumi Palestin oleh tentera Israel dan kini tinggal di Damsyik, Syria berjuang dan menyuarakan nasib rakyat Palestin melalui Ikatan Ulama Palestin yang diasaskan pada 1990, di Tebing Barat dan Gaza.
Pertubuhan itu membabitkan keahlian kalangan ulama pelbagai daerah di Palestin, dengan tujuan mendidik serta memberikan kesedaran kepada generasi baru supaya mempertahan Palestin, khususnya Masjid al-Aqsa.

Ia turut mempunyai beberapa cawangan di luar Palestin dan di kawasan kem pelarian Palestin termasuk di Lubnan, Yaman, Syria dan Sudan, sekali gus dapat membantu meringankan penderitaan mereka, terutama di kem pelarian. Syeikh Abu Bakar berkata, rejim Israel semakin ganas, malah akibat penjajahan Israel, kanak-kanak hidup dalam ketakutan dan berdepan jaminan masa depan yang pudar.

Sesetengahnya bergelar yatim sejak bayi kerana ibu bapa terkorban dalam konfrontasi. “Bagi sesetengah kanak-kanak, orang tua mereka sudah syahid, cacat anggota badan dan ditangkap tentera Israel. Sekolah pula rata-ratanya hancur akibat pengeboman tentera rejim Zionis.

“Mereka diharamkan daripada mengikuti kelas pembelajaran, untuk mendapat ubat-ubatan, malah diharamkan untuk mempunyai peralatan mainan seperti kanak-kanak sebaya lain. “Bahkah, kertas sukar diperoleh walaupun hanya sekadar untuk menulis. Mereka sangat susah, seolah-olah berteriak kepada dunia, ‘lihatlah wahai saudaraku, apa sudah dilakukan tentera Israel terhadap kami dan kenapa kamu semua diam’.

“Ramai juga kanak-kanak ditangkap dan diseksa tentera Israel, malah ada yang kehilangan penglihatan akibat diseksa, kehilangan tangan dan kaki, tetapi mereka tetap bersemangat untuk belajar,” katanya. Beliau berkata, mereka memanfaatkan ruang yang ada di kem pelarian untuk belajar, malah ada yang menggunakan kemudahan di masjid untuk membaca dan menghafal al-Quran.

“Kanak-kanak Palestin di luar negara pula sangat menderita kerana berjauhan dari tanah air dan tidak tahu menahu di mana ibu bapa mereka. “Mereka di luar Palestin seperti di Syria, Lubnan, Yaman, Iraq dan Sudan serta Malaysia sangat memerlukan perhatian kerana mereka mahukan hak sama seperti kanak-kanak lain, terutama hak untuk belajar,” katanya.

Beliau berharap kerajaan Malaysia juga membantu kanak-kanak Palestin untuk mendapat hak dalam bidang pendidikan.
“Kedua-dua mata saya menjadi buta selepas diseksa dan dipukul di dahi sewaktu ditahan dan dipenjarakan rejim Zionis selama 54 hari ketika masih belajar di Ma’had Syarie di al-Quds. “Saya akui penglihatan memberikan banyak kelebihan dan dengan keterbatasan ini membuatkan pergerakan saya sedikit terhalang, tetapi saya berusaha dengan gigih bersama bantuan anak dan isteri, sehingga kini saya dapat melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana,” katanya sesekali menongkat pipi dan menggosok bahagian matanya yang tidak boleh melihat akibat diseksa ketika usia remaja.

Syeikh Abu Bakar sudah membuktikan kepada tentera Israel, memang benar dirinya diseksa hingga hilang penglihatan tetapi masih tidak terdaya menghalangnya untuk membantu perjuangan kaum Muslimin Palestin. “Tentunya saya, malah kita umat Islam sentiasa berusaha untuk memberikan sesuatu buat rakyat Palestin,” katanya.

Wednesday, June 03, 2009

Palestin Kini...

1 comment :




Syarikat janakuasa Gaza : Satu unit elektrik akan berhenti beroperasi disebabkan oleh kekurangan minyak


Jumaat, 07/08/2009 – Syarikat bekalan elektrik Gaza mengingatkan bahawa satu daripada unit jana elektriknya akan berhenti beroperasi pada hari Jumaat atau Sabtu ini jika Israel masih tidak membenarkan masuk kuantiti tambahan bahan api untuk kegunaan stesen tersebut.

Pengarah syarikat tersebut, Suhail Sakik menyatakan sejumlah elektrik yang diagihkan kepada rangkaian-rangkaian di Gaza akan mengecut jika unit tersebut berhenti dan kemudiannya akan menyebabkan jumlah penggunaan kuasa meningkat akibat kekurangan bahan api itu.

Sakik menyatakan bahawa stesen janakuasa memerlukan kira-kira 3,200 liter bahan api setiap minggu untuk membolehkan stesen itu terus beroperasi.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nurul





Tuesday, January 06, 2009

BOIKOT ISRAEL & SEKUTUNYA - BUAT SELAMANYA !!

No comments :

Saya kongsi sedikit mesej yang saya terima daripada sahabat saya...
Mungkin ramai dah dapat,tp kalau x dpt lagi,baca la mesej ni elok2 yek!

BERITA BAIK! Harap anda mengetahui berita tentang surat khabar Denmark yang telah mempermainkan kekasih junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang hingga sekarang mereka langsung tiada kekesalan. Semoga mereka merasa kekesalan mereka kali ini! Denmark Ambassador, Perdana Menteri dan Denmark Channel semuanya cuba untuk menghentikan boikot yang telah dilakukan oleh Muslim di seluruh dunia sejak bulan lepas di mana sehingga kini mereka menanggung kerugian sehingga 2 BILLION EURO! Jika kita terus memboikot DENMARK untuk 7 bulan lagi, mereka boleh rugi hampir 40 BILLION EURO! Jangan biarkan mesej ini terhenti di sini sahabatku. Tolong forwardkan kepada seberapa ramai muslim yang ada. Saya meminta anda sebagai seorang muslim juga. Copy je kat sini.. Boikot barangan sekutu Israel!!!







ANTARA BARANG-BARANG YANG HARUS DIBOIKOT

Coca-Cola,
Pepsi,
Nestle (Maggie,Milo,Nescafe,etc..),
Mc Donald,
KFC,
Sprite,
Sunkist,
Fanta,
Kotex,Kleenex,
Revlon,
Kraft.
Marlboro,Dunhill
Citybank,Mastercard,
Dr. Pepper
Kia Ora Fruit Squashes
Buitoni
Danone
Perrier
Libby's
Shreddies cereal
Vittel
Kimberly Clark
Kotex
Huggies
Biotherm
Sanex
Garnier
Clinique
Helena Rubinstein (HR)
L'oréal Paris
Origins Natural Resources
Maybelline
La RochePosay
Redken 5th Avenue
NYC
Vichy
Johnson & Johnson
Revlon
Brylcreem
Boss (Hugo Boss)
Calvin Klein
Lancôme Paris
Giorgio Armani
Estée Lauder
Tommy Hilfiger
Donna Karan New York (DKNY)
Ralph Lauren
Aramis
Prescriptives
La Mer
Bumble and Bumble
Jo Malone
Kate Spade
River Island
GAP
JC Penney
Timberland
J. Crew
Champion
Outer Banks
Ambi Pur
Kiwi (shoe care)
Sara Lee
Douwe Egberts
Maison Café
Superior Coffee
Pickwick
Piláo Café
Starbucks Coffee
ICQ
AOL
Nokia!!!!
(NOKIA ada wat tabungan KHUSUS utk ISRAEL beli senjata utk bunuh umat ISLAM!)
IBM
Intel
Apple Computer
Sky TV Network
20th Century FOX!!!!
Star TV Network
National Geographic Channel
The Weekly Standard
New York Post
News of the World (UK)
The Sun (UK)
The Times (UK)
The Daily Telegraph (Australia)
Harper Collins
Nursery World
Disney
TIME Magazine
CNN
DIM
Victoria's Secret
Banana Republic
Structure
Pryca
Lindex
Playtex
Auchan
Just My Size
Hema
Wonderbra
Bali
Hanes
L'eggs
Lovable
Nur Die
Gossard
Tesco
Carrefour
Tschibo
Marks & Spencer
Selfridges & Co.
The White Barn Candle Co.
Mast Industries Inc.
Express- Structure
Henri Bendel
Intimate Brands Inc.
The Limited
New York & Company
Lerner New York
Expo Design Centers
Georgia Lighting
Villager's Hardware
Maintenance Warehouse
The Home Depot
Apex Supply Company
dan ada lagi yang tak disebutkan di sini..

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

JADI, BOIKOT SEHABIS MUNGKIN!!!!

JANGANLAH KITA MENYUMBANG KEPADA PEMBUNUHAN SAUDARA KITA SENDIRI..!

Please....SEBARKAN !!!!!

Komen Terkini