■ Buku Nota Iman

Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Showing posts with label info seni. Show all posts

Monday, October 03, 2016

Pendedahan Illustrator Jana Pendapatan melalui Karya

No comments :
Illustrator menjana pendapatan melalui platform seperti Patreon, Gumroad dan Kickstarter – tetapi adakah ianya semudah itu?

Artis komik dan illustrator bebas, Kuvshinov Ilya mendapat sekitar $ 3,129.85 setiap minggu melalui crowdfunding platform : Patreon. Ya, $ 3,129.85. Seminggu.

Artis kelahiran Rusia yang bermastautin di Yokohama, Jepun ini mula menyertai laman web ini (www.patreon.com/Kuvshinov_Ilya) pada bulan November 2014, tetapi ia telah menjadi sumber pendapatan utamanya, dan bukan dia seorang sahaja di dalamnya. Artis digital Paul Kwon, (ZeroNis), mempunyai 1,237 patron yang menyumbang $ 6,269.53 setiap dua minggu. Dan artis fantasi Kanada, Sakimichan mampu mengaut $ 28,421.57 dua minggu sekali, hasil sokongan daripada lebih kurang 3,432 penyumbang (www.patreon.com/sakimichan).


Hood - Kuvshinov Ilya

Patreon adalah salah satu daripada beberapa platform baru yang membolehkan pereka untuk membiayai projek-projek mereka melalui sumbangan daripada penyokong - atau patron, dalam kes ini. Tidak seperti Kickstarter, di mana kempen yang berjaya membawa sejumlah wang terkumpul, Patreon adalah model langganan: peminat berjanji untuk membuat bayaran bagi setiap hasil karya atau secara berulang, untuk membolehkan mereka terus menikmati kandungan eksklusif daripada pengkarya.

"Terima kasih kepada Patreon, saya boleh bekerja - melukis - apa yang saya suka. Saya tidak perlu melakukan perkara yang membosankan atau melakukan komisen yang saya tidak berminat hanya kerana saya perlu makan setiap hari," kata Ilya, yang menawarkan penyumbang beliau sistem ganjaran berperingkat. Untuk langganan sebanyak $1 atau lebih setiap minggu, peminat menerima 10 artwork setiap minggu, serta lakaran behind-the-scenes. Untuk $5 atau lebih, pelanggan juga mendapat dokumen Photoshop dan artwork bersaiz penuh, manakala bagi $10 atau lebih video proses pembuatan ditambah ke dalam pakej beliau. Sistem milestone ini juga membolehkan artis memberi penghargaan kepada peminat mereka apabila mencapai sasaran khusus - pendapatan $ 1,000 setiap minggu (sebagai contoh) dicapai.

Walau bagaimanapun, komitmen ini sememangnya mencabar, bukan hanya kerana kekangan masa. Satu contoh situasi sukar ini adalah untuk mengetahui apa jenis insentif terbaik yang akan menggalakkan penyumbang untuk melanggan.

"Apa-apa pun, ia lebih mudah sekarang," kata Ilya, "Kerana mereka memberi komen mengenai apa yang mereka mahukan - tutorial, misalnya. Tutorial boleh menjadi sukar, kerana saya sendiri masih belajar lagi. Tetapi jika anda mempunyai semangat dan suka dengan apa yang anda lakukan, ia akan menarik lebih ramai peminat."

"Antara sebab beberapa artis kurang berjaya adalah kerana kurang dari segi kandungan, konsistensi dan sudut pandang, " kata artis multimedia dan pereka permainan, Chris Ryniak, yang menyediakan 139 penyumbang beliau dengan kemas kini behind-the-scene studio, berita, rahsia jualan dan banyak lagi. (www.patreon.com/chrisryniak) "Yang pasti, ia bukan model yang sesuai untuk semua orang. "

PELANGGAN LAPAR

Untuk artis yang sudah mempunyai pengikut yang besar, laman web terus ke peminat seperti Patreon, Kickstarter dan Gumroad – satu platform yang membolehkan pereka menyewa atau menjual aset digital terus kepada pengguna - adalah sesuatu yang sangat memudahkan mereka. Kerana, jika orang tengah diperlukan, ianya pasti menelan kos tertentu apabila komuniti tidak sabar menanti karya anda yang seterusnya.

Jason Seiler adalah illustrator dari Chicago yang pakar dalam potret dan karikatur untuk penerbitan seperti Rolling Stone dan The New Yorker (www.jasonseiler.com).

Dia telah menjual video tutorial bersama kerja-kerja mengenai Gumroad sejak musim luruh 2014 yang lalu, dan menjana pendapatan melalui media sosial untuk setiap tutorial baru dengan perkongsian trailer dan links dengan 163,000 pengikut Facebook & Instagram beliau.
"Saya telah menjadi seorang pengajar di Schoolism.com selama 10 tahun dan membuat kesimpulan bahawa saya boleh menggunakan tapak Gumroad itu sebagai satu cara untuk mendapatkan lebih ramai pelajar untuk mendaftar untuk kelas Schoolism saya, " kata Jason.

"Video adalah bahan saya untuk berkongsi tutorial dengan harga yang berpatutan, dan kemudian jika anda mahu lebih lagi anda boleh mendaftar untuk kelas saya. "
Untuk membuat wang tunai sebenar di laman crowdfunding, artis perlu melabur masa secara serius ke dalam platform itu.

"Apabila video pertama keluar," kata Jason, "Saya boleh lakukan dengan baik untuk beberapa minggu. Tetapi ianya agak tidak realistik untuk membuat wang secara serius. Bagi saya, ia hanya sedikit wang tunai tambahan. Jika saya mahu untuk membuat Gumroad sebagai kerjaya sepenuh masa saya, saya perlu meletakkan lebih banyak tenaga dan masa untuk itu. "
Artis juga perlu sedar isu cukai. Mulai 1 Januari 2015, peraturan baru VAT ke atas produk digital dijual di Kesatuan Eropah dikenakan di tempat membeli, dan bukannya tempat pembekalan.

VATMOSS (VAT Mini One Stop Shop) bertujuan untuk menghalang syarikat-syarikat besar mengalihkan jualan melalui negara-negara rendah-VAT seperti Luxembourg. Peraturan baru ini juga sama melibatkan industri kreatif.

"Penjual bertanggungjawab untuk mengenakan cukai yang betul dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa cukai negara melalui VATMOSS, " kata Heather Burns, pereka laman web yang berpangkalan di Glasgow dan pakar undang-undang digital (www.webdevlaw.uk).
Oleh kerana banyak platform kreatif terletak di luar Kesatuan Eropah, terdapat soalan yang tidak dapat dijawab tentang bagaimana sistem ini dapat dipatuhi.

TERLALU KECIL UNTUK DIKENAKAN CUKAI?

"Dengan kewujudan banyak ketidaktentuan mengenai hal undang-undang dan masa depannya, ahli kreatif mesti mengetahui sama ada platform mereka mematuhi VATMOSS," kata Heather.
"Jika tidak, anda terdedah kepada tindakan pentadbiran dan beban cukai." Beliau mendedahkan bahawa Kempen VAT EU telah melaporkan kepada pihak berkuasa cukai Eropah untuk mengejar artis luar Kesatuan Eropah yang melanggar VATMOSS kurang daripada ¤5.

"Tiada artis kreatif harus berfikir mereka terlalu kecil untuk ditangkap. "
Jadi, adakah platform crowdfunding akan terus menyediakan sumber pendapatan lestari?

Buat masa ini, ya.

Menurut 2015CF - Laporan Industri Crowdfunding dari Massolution, crowdfunding berkembang secara global sebanyak 167 peratus pada tahun 2014, mencecah $ 16.2 bilion sumbangan, dan meningkat daripada $ 6.1 bilion pada tahun 2013.

"Saya fikir dengan mengeluarkan orang tengah daripada terlibat, boleh menjadi sesuatu yang sangat baik, dalam situasi tertentu, " kata Todd Lockwood. Dia melancarkan kempen Kickstarter dalam musim luruh tahun ini untuk buku koleksi artwork terbaru.

"Ianya situasi 'menang-menang' untuk kedua belah pihak:
artis disokong oleh peminat mereka, dan peminat membolehkan artis kegemaran mereka untuk memberi mereka lebih banyak apa yang mereka suka. "


Figure Bubblegut dari Chris Ryniak

Chris bersetuju dengan Todd: "Selagi ada pereka yang menjana kandungan yang orang suka, dan para pereka cenderung dengan komunitinya, saya fikir orang ingin merasa seperti mereka ada melakukan bahagian mereka,” katanya. "Oleh sebab sumbangan secara umumnya adalah rendah, penyumbang tidak begitu terkesan dengan harganya."

"Saya gembira dengan apa yang saya tawarkan dan saya yakin peminat juga dapat merasainya, " kata Jason. "Saya mahu memberi inspirasi kepada ramai orang dan membuat mereka teruja untuk melukis. Mudah-mudahan itu cukup untuk membolehkan mereka terus berminat.”

--

Kredit :
http://www.creativebloq.com/career/should-you-be-jumping-crowdfunding-bandwagon-91516697

Dipetik daripada :
Artikel "Show me the money", majalah ImagineFX Isu 125, September 2015 (muka surat 17)
Alih Bahasa :
Hafizi Azmi

Saturday, September 03, 2016

Etika Menggunakan Karya di dalam Perniagaan

No comments :
Eh, bolehkah menggunakan artwork untuk perniagaan kita dengan percuma?

Isu copyright/hakcipta merupakan antara isu yang seringkali hangat timbul dan dibincangkan dalam kalangan pengkarya.
Antara pihak yang terlibat dalam isu seperti ini adalah :
- pengkarya
- penerbit, syarikat atau mana-mana pihak yang membayar pengkarya untuk menggunakan karya mereka
- pihak yang tidak membayar pengkarya untuk menggunakan karya mereka (lebih teruk lagi jika langsung tidak meminta izin pengkarya tersebut)
- peminat (fan)

Di bawah ini adalah salah satu contoh usaha saya sendiri bagi mengelakkan perkara-perkara sebegini terjadi.
Nampak tak betapa gigihnya saya memasukkan kredit untuk pengkarya yang menghasilkan karya ini, walaupun karya tersebut tiada watermark atau tiada apa-apa tanda hakmilik pengkarya.
Walaupun hakikatnya dengan skill yang saya ada, saya mampu membuang watermark ini dengan mudah. Haha..


Sesungguhnya pengkarya-pengkarya yang terlibat bersama saya telah diberi bayaran, namun bagi saya itu bukanlah tiket untuk anda menghilangkan kaitan antara pengkarya tersebut dengan hasil kerja mereka.
Apa yang saya rasa masyarakat masih kurang faham adalah :

- Ya, kita bayar mereka. Namun, bayaran itu adalah untuk nilai usaha/servis mereka & nilai manfaat yang akan kita peroleh melalui karya tersebut.
Kita membayar mereka untuk ini.
- Status pengkarya sebagai pencipta/penghasil masih tidak hilang, walau apa cara yang kita gunakan sekalipun.
Hakikatnya, karya itu hasil buatan beliau.
Mereka akan terkait dengan artwork tersebut walau apa pun berlaku.
Melainkan bayaran yang kita berikan setimpal dan telah dipersetujui bersama pengkarya, untuk nama mereka tidak dipaparkan.
Hal ini masih tidak menghilangkan status pengkarya sebagai pengkarya asal.

Kadang-kadang, sudahlah bayaran pun tidak seberapa, nama mereka pula hilang daripada karya mereka.
Contohnya (contoh sahaja ya..), mereka dibayar RM50 untuk artwork seperti contoh di bawah ini.
Alahai, apalah sangat RM50 dengan pulangan yang akan kita dapat selama kita menggunakan karya ini.
Andai kata artis ini menyiapkan karya ini dalam masa 4 hari, bererti gaji mereka hanya RM12.50/per hari.
Bukankah lebih baik mereka bekerja sebagai pelayan di restoran berbanding menghabiskan masa mereka selama 4 hari untuk menyiapkan kerja kita.

Untuk isu seperti kredit pengkarya dihilangkan daripada karya mereka (untuk dimuatnaik semula di halaman & page-page terkemuka).
Saya faham, pengkarya ini bukanlah mahu meminta sesuatu yang terlalu susah untuk dilakukan.
Kalau anda mahu menggunakan karya mereka untuk apa-apa, minta sahaja izin daripada pengkarya asal dan berikan sedikit kredit kepada mereka.
Cukuplah sedikit penghargaan yang ikhlas.
Kalau anda mahu membayar mereka, itu sudah sangat bagus.

Moga ini mampu membuka sedikit ruang pemikiran kita dalam berniaga atau melakukan apa-apa muamalat dengan pengkarya.
Berniagalah dengan hasil yang diberkati Ilahi.

Stay blessed in rahmatillah. ^^

Alfiya ini adalah sebuah projek hasil kerjasama dengan beberapa orang artis tempatan.
Boleh lihat laman web kami di www.alfiya.com.myInsya-Allah, akan datang, jika dimurahkan rezeki, ramai lagi artis yang akan terlibat.
Doakan kami sukses ya kalian !

*kredit artwork -- Cik 3zzah

Monday, August 03, 2015

Borak SUPREME bersama Pokcik Fingernailz

No comments :

Siapa Pokcik Fingernailz ni..?

Beliau kini menguruskan Comichat Academy (department Education - Comichat).
Pernah menjadi instructor di ComicXcel bersama De'Gwet.
Beliau ni awesome orangnya..
Karya beliau yang berjudul Paradigma Guru telah dinobatkan sebagai Karya Terbaik daripada para editor laman web pertandingan komik Malaysia ; SUPREME.
Setelah mendapat undian tertinggi daripada para pembaca untuk komik versi one-shot, Paradigma Guru terus mendapat sambutan hangat dan merupakan antara komik yang mendapat ranking tertinggi dalam siri SUPREME.


Jumaat yang lalu, pihak SUPREME Comichat telah mengadakan satu sesi khas yang dinamakan Borak Supreme.
Nak tahu lebih lanjut mengenai Pokcik..?
Jom kita ikuti perbualan abam Iqbal bersama Pokcik dalam sesi Borak SUPREME #1 ini ! ^^


Pokcik Fingernailz boleh dijumpai di -->

DeviantArt - http://fingernailz93.deviantart.com/
FB Page - https://www.facebook.com/PokcikFingernailz
FB Profile - https://www.facebook.com/emiree.haemoglobin

Jangan lupa tonton siri Borak SUPREME pada minggu hadapan -->
Borak SUPREME bersama Yoketouchi Yutaka pula ! ^^

Thursday, July 30, 2015

Seminar Menulis Proposal Komik

No comments :

Irfan Foner :

Tempoh hari saya bertanya pada seorang rakan peserta yang bakal menghadiri Seminar ini Sabtu minggu hadapan.
"Apa faktor cikpuan berminat menghadiri seminar ini?"
Jawapan beliau mudah.
"Saya seorang mahasiswa. Saya pernah hadapi rejection sebelum ini dan sekarang ini banyak syarikat mahukan proposal sebelum menghantar karya. Saya fikir Seminar ini bakal memberi ilmu kemahiran yang saya mahu."
Adakah seminar ini saya tawarkan hanya untuk pelukis komik? Sebenarnya, ada beberapa lagi 'target' yang saya mahukan mereka hadir.

1. PELUKIS KOMIK - Harapan menggunung penerbit untuk setiap pelukis komik dapat menghantar proposal yang mantap. 90 dari 100 proposal dihantar berpotensi di reject. Mari bersama mengurangkan kadar rejection bermula dari menulis proposal yang digemari editor.

2. USAHAWAN KREATIF - Tidak tertakluk pada pelukis komik semata2. Tapi bagi mereka yang berhasrat menaiki satu tangga lagi, proposal adalah 'tool' professional. Setiap idea yang anda ada, anda perlukan proposal untuk merealisasikannya. Tak kira komik, pengurusan event, bisnes atau penggunaan hakcipta.

3. PENULIS - Adakah hanya penulis komik sahaja yang layak menyertai? Tidak. Penulis novel pun boleh sertai. Pernah terfikir menghantar proposal novel dengan menggunakan storyboard komik? Kalau saya jadi editor, saya akan beri fokus lebih pada proposal anda.

4. EDITOR - Penulisan proposal bermula dari sistem dan polisi penerbitan syarikat. Editor adalah individu bertanggungjawab memberikan info2 begini kepada pengkarya.

=============

Jom ! Daftar tempat anda di Borang | Seminar Menulis Proposal Komik.
Maklumat lanjut juga ada pada borang di atas.
Tinggal 14 slot sahaja lagi. Sangat terhad.

COP ! COP !

Mengetahui Seminar Menulis Proposal tetapi merasakan yuran terlalu mahal?
Mahal itu subjektif. Tapi di sini saya bagi peluang untuk anda dapatkan diskaun 50% dari nilai asal.
Harga asal adalah RM 120, saya beri potongan istimewa pada anda, yurannya cuma RM 57 sahaja.
SEKIRANYA.

Ya, ada 'sekiranya' (saya tak beri diskaun ini pada semua orang)..
Sekiranya anda menepati salah satu daripada syarat2 ini :

1) Anda mempunyai sampel proposal anda yang pernah dihantar kepada mana-mana editor syarikat penerbitan, anda hanya perlu hantarkan pada e-mel mycomichat@gmail.com dalam tempoh 24 jam selepas status ini ditulis. (masa tamat adalah jam 11 malam esok) - Saya akan beri reviu pada proposal anda dan akan mencungkil di mana kelemahan proposal anda secara PERCUMA.

2) Anda adalah salah seorang aretis Supreme Isnin

3) Anda pernah menghantar komik kepada Supreme Ahad.

4) Anda berhasrat mendaftar bersama seorang lagi sahabat anda (kedua-duanya akan mendapat diskaun tersebut)

Anda salah seorang daripada mereka ?
Apa lagi, daftar tempat anda di Borang | Seminar Menulis Proposal Komik.


Jangan tunggu peluang anda terlepas.. :)

Wednesday, July 08, 2015

INKRAMADAN : Wawancara Bersama Presiden Comicore Club

No comments :
Disalin daripada :
INKRAMADAN: Ikuti Wawancara Kami Bersama Presiden Comicore Club | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -
Inkramadan adalah salah satu aktiviti anjuran Comire Club sempena bulan Ramadan yang mulia ini secara atas talian atau online. Inkramadan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan baik dari kalangan artis lama mahupun artis baru. Ikuti wawancara Comichatstroke bersama Presiden Comicore Club, Tuan Mior Azhar.

C: Boleh tuan ceritakan serba sedikit apakah Inkramadan ini dan bagaimanakah ia berlangsung/berjalan?
M: Inkramadan merupakan satu cabaran melukis sehari 1 lukisan selama 29 hari berdasarkan tugasan yang telah disenaraikan. Projek ini ada kesinambungan dengan projek Comicore Club pada tahun lepas, #30daysdrawingchallenge yang mendapat sambutan menggalakkan. Jadi untuk tahun ini kami buat pada bulan Ramadan. Sesuailah moto dengan perjuangan Comicore terkini, “Kita meneruskan perjuangan orang2 terdahulu.” Tapi kita improvise sedikit, ada 29 tugasan diberi setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Semua tema tentang bulan Ramadan dan akhir2nya tema akan menjurus kepada Hari Raya Aidilfitri. Boleh rujuk http://freewebcomic.com/2014/04/30-day-drawing-challenge-comicoreclub/ untuk melihat aktiviti seperti ini pada tahun 2014.

C: Jadi apakah objektif aktiviti Inkramadan ini?
M: Antara objektif Inkramadan adalah memeriahkan ramadan dengan kartun-kartun online tentang bulan puasa dan kedatangan Aidilfitri dan mempromosikan aktiviti melukis online dalam skop tempatan. Jika di Barat ada #inktober, kita ada #inkramadan. Pada masa yang sama ini aktiviti amal kami dan para peserta pada bulan Ramadan. Kalau ada unsur-unsur dakwah dlm lukisan, itu bonus. Kami tidak mengaut apa2 keuntungan dari aktiviti ini.

C: Siapakah yang terbabit dalam menjayakan aktiviti Inkramadan ini?
M: Penganjur asal adalah Comicore Club. Setelah aktiviti ini bermula, Sketches Online tampil untuk bekerjasama dengan menaja hadiah-hadiah kepada peserta. Kemudian diikuti dengan Mat Komik yang berminat untuk membangunkan arkib untuk Inkramadan di webkomik mereka. Jadi, Inkramadan dijayakan oleh 3 pihak iaitu Comicore Club selaku penganjur utama, Sketches Online dan Mat Komik.

C: Saya ada dengar tentang Inkramadan Palestin, boleh tuan terangkan pasal itu?
M: Semasa di Selangor Islamic Fest tempoh hari, pihak Comicore ada berjumpa dengan wakil dari al-Quds Foundations yang memperjuangkan hak rakyat Palestin. Jadi kami menyerahkan sumbangan lukisan Inkramadan semasa perbincangan tentang projek-projek yang kami jalinkan bersama. Justeru menandakan sokongan golongan kartunis dan pelukis komik Malaysia kepada Palestin.

C: Bagaimanakah reaksi dan sambutan peserta Inkramadan? Ramaikah peserta?
M: Memberangsangkan. Biarpun promosi dibuat lewat. Tambahan dengan penyertaan artis-artis lama seperti Mie, Megat, Zucafly, Momokz dan Emio. Penyertaan pelukis-pelukis baru juga amat menggalakkan.

C: Apakah perancangan Comicore Club selepas event ini?
M: Sebenarnya kita ada matlamat dan tujuan tertentu untuk peserta-peserta Inkramadan ini, iaitu:

1) Menggalakkan pelukis komik Malaysia supaya biasa dengan kehebatan media sosial seperti Hashtag, Facebook, Instagram, Twitter, Website, Apps. Jadi pada bulan Ramadan, kami perkenalkan website dan apps terbaru Comicore Club.

2) Selepas ini kami berhasrat mengadakan bengkel komik self-publish, dengan harapan 29 muka surat karya Inkramadan ini sudah boleh jadi content untuk zine self publish para peserta nanti.

3) Pada mulanya kami mahu globalkan Inkramadan, tapi kami eksperimen dahulu dengan audiens tempatan. InsyaAllah tahun depan, kita akan tambah audiens secara global di mana kita akan gunakan Bahasa Inggeris untuk Inkramadan akan datang.

C: Ucapan tuan kepada semua pihak yang menjayakan aktiviti ini?
M: Terima kasih kepada pihak Comichat, rakan-rakan, semua penggiat dan peminat komik Malaysia kerana sudi sama2 menyertai dan mempromosikan aktiviti Inkramadan. Semoga semangat support each other ini akan berterusan.

Untuk info lanjut mengenai Inkramadan dan Comicore Club :

1. http://comicoreclub.com/index.php/2015/06/26/inkramadan-cabaran-melukis-sempena-ramadan-the-ramadan-drawing-challenge/
2. https://www.facebook.com/groups/comicoreclub/

Friday, July 03, 2015

SILENT MANGA Kembali Lagi !

No comments :
Disalin daripada :
SILENT MANGA kembali lagi! | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -

http://www.manga-audition.com/silent-manga-audition-2015-summer-entry-details/


Komik. Tanpa. Teks. Hanya lukisan semata-mata.

SILENT MANGA. Itulah nama tema pertandingan yang diadakan setahun sekali. Manga tanpa dialog tetapi pembaca masih boleh memahami cerita hanya berpandukan lukisan.

Kali ini SILENT MANGA kembali lagi dengan tarikh siap sebelum 30 September 2015.
Bagaimana mahu menjelaskan jalan cerita tanpa dialog ? Jika mereka yang pernah memenangi pertandingan sebelum ini mampu melakukannya, anda pun boleh juga.
Boleh juga lihat pada contoh-contoh yang manga ada didalam website tersebut sebagai rujukan.

Ayuh, serlahkan bakat anda!

4 Judul Majalah Ini Dihentikan Terbitannya. Kenapa?

No comments :
Disalin daripada :
4 Judul Majalah Dari Syarikat Ini Dihentikan Operasinya Baru-baru Ini. Kenapa? | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -



Berita Publishing Sdn Bhd dilaporkan telah pun menamatkan penerbitan 4 majalahnya. Antara majalah yang dihentikan penerbitannya adalah majalah Jelita, Anjung Seri dan Malaysian Business. Majalah-majalah ini dihentikan penerbitan dan jualannya berikutan catatan jualan yang teruk merudum terutamanya selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Tiga faktor utama dikenalpasti sebagai punca ditamatkan penerbitan ini adalah

1. Saingan yang semakin hebat dan pengiklanan yang merosot.
2. Kesukaran mengekalkan kakitangan.
3. Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Pengarah Eksekutif Berita Publising Sdn Bhd, Juhaidi Yean Abdullah, GST adalah punca utama syarikat itu mematikan operasinya.

“Bayangkan daripada 30,000 naskhah majalah yang diterbitkan, jumlah yang dipulangkan kepada kami mencecah 28,000, ia sama sekali tidak menguntungkan,"

“Tiga faktor utama yang menyebabkan syarikat terpaksa mengambil keputusan menamatkan penerbitan majalah adalah saingan yang semakin hebat termasuk pengiklanan yang merosot, kesukaran mengekalkan kakitangan dan paling membunuh adalah GST,” katanya sebagaimana yang dilaporkan oleh mStar Online ketika beliau dihubungi.

Menurutnya lagi, ramai peniaga didapati menghentikan jualan majalah kerana mereka masih gagal mengubah sistem pembayaran supaya seiring dengan pelaksanaan GST. Keadaan dikeruhkan lagi dengan rungutan dari pelanggan yang tidak berpuas hati jumlah yang dibayar berbeza dengan resit yang dicetak. Sebagai langkah mengelakkan dikenakan tindakan, pekedai tidak lagi meletakkan majalah tersebut di rak sebaliknya di bahagian bawah meja.

Ditanya berkenaan keadaan pekerja dan kakitangan syarikatnya, Juhaidi mengatakan bahawa seramai 40 daripada 50 orang kakitangan yang terdiri dari mereka yang berpengalaman dalam pelbagai bidang dan sektor terpaksa diberhentikan dengan pampasan setimpal dan mereka tetap dibantu untuk mendapat pekerjaan tetap.

Thursday, July 02, 2015

9 Fakta Menarik tentang 'Paperman' dan Walt Disney

No comments :
Disalin daripada :
9 FAKTA MENARIK TENTANG ‘PAPERMAN’ DAN WALT DISNEY | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -

1. Video animasi pendek Paperman mula ditayangkan pada bulan Jun 2012 di Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy. Animasi ini kemudiannya dilancarkan secara serentak bersama filem animasi Wreck It Wralph pada 2 November 2012. Pada 29 Januari 2013, barulah ia dimuatnaik ke YouTube. Seminggu selepas disiarkan, Paperman berjaya mencapai 14 juta view di laman YouTube.

2. Tidak lama selepas animasi ini menjadi viral, animasi pendek tanpa suara berdurasi 7 minit ini berjaya merangkul beberapa anugerah antaranya memenangi anugerah Oscar di Academy Awards 2013, USA sebagai filem Animasi Pendek Terbaik , merangkul anugerah Annie di Annie Awards 2013 sebagai Animasi Pendek Terbaik serta anugerah CinEuphoria di CinEuphoria Awards 2014 sebagai Filem Animasi Terbaik dan Karakter Animasi Terbaik.

3. Menjelang Mac 2013, Disney menarik semula Paperman dari YouTube dan Hulu sebelum ia dijual di iTunes dan Home Video seminggu kemudian.

4. Paperman adalah animasi Walt Disney yang menggabungkan teknologi grafik komputer (CG) dan animasi tradisional lukisan tangan (2D). Animasi ini menimbulkan spekulasi tentang kemunculan semula animasi dua dimensi oleh Disney pada masa akan datang namun ia dinafikan sendiri oleh CEO Disney, Bob Iger.

5. Menurut John Kahr, direktor animasi Paperman, beliau sangat teruja dengan hasil karya yang dihasilkan oleh artis-artis Disney dan baginya menghidupkan lukisan-lukisan tangan dua dimensi ini dengan grafik komputer (CG) dengan mengekalkan kualiti lukisan tangan asal merupakan satu cabaran yang amat besar bagi dirinya.

6. Latar belakang dan setting bagi Paperman adalah sekitar pada tahun 1940-1950 di Manhattan dan ia dipilih oleh John Kahr kerana waktu itu merupakan era kegemilangan bandar tersebut.

7. Dalam animasi Paperman, kelihatan babak watak kanak-kanak memegang belon di dalam tren. Kanak-kanak tersebut dikatakan dipinjam dari filem pendek The Red Balloon yang ditayangkan pada tahun 1956. Filem The Red Balloon ini juga pernah menerima 5 anugerah termasuk anugerah Oscar.


8. Pada tahun 2012, Disney turut menghasilkan satu lagi animasi iaitu Wreck it Ralph dan dilancarkan pada 2 November 2012 serentak dengan animasi Paperman. Menariknya, di dalam satu babak dari animasi Wreck It Wralph, kelihatan kertas yang berkesan gincu Meg (watak perempuan dari Paperman) ditampal di papan buletin BAD-ANON.


9. Sejurus selepas animasi Paperman memenangi animasi pendek terbaik, produser Paperman, Kristina Reed mula melayangkan 3 atau 4 kapal terbang kertas dengan kesan gincunya (seperti babak di dalam animasi) dari tempat duduknya. Malangnya, perbuatan tesebut langsung tidak menjadi perhatian malah dia dihalau oleh pihak sekuriti dari auditorium Teater Dolby! Akhirnya setelah bantahan dibuat, 10 minit kemudian dia dibawa semula ke tempat duduknya.

Rujukan:

http://chrisoatley.com/making-of-paperman/
http://www.imdb.com/title/tt2388725/awards
http://wreckitralph.wikia.com/wiki/Bad-Anon
http://www.imdb.com/media/rm2884998912/tt0048980
http://disney.wikia.com/wiki/Paperman

Sunday, June 28, 2015

Filem Animasi Tempatan Yang Menelan Belanja RM 4 Juta Ini Hanya Berjaya Mengutip RM 37 Ribu

No comments :
Disalin daripada :
Filem Animasi Tempatan Yang Menelan Belanja RM 4 Juta Ini Hanya Berjaya Mengutip RM 37 Ribu | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -


(Artikel ini diperoleh dari laman blog Amanz.my)

Industri animasi negara sedang berkembang pesat sekarang dengan siri animasi Upin dan Ipin serta Boboiboy mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton tempatan serta luar negara. Upin dan Ipin juga mendapat ruang tayangan di saluran Disney yang cukup berprestij. Jelas sekali sambutan terhadap animasi tempatan adalah amat baik sekali.

BACA : 10 Komik Paling Mahal Di Dunia

BACA : 3 Tips Bagaimana ‘Memancing’ Pembaca Untuk Setia Membaca Karya Anda

Malangnya tidak semua animasi tempatan akan menerima sambutan menggalakkan dan berjaya seperti Upin dan Ipin. Oh! La La yang merupakan filem animasi muzikal pertama Malaysia baru sahaja menamatkan tayangan di pawagam dan sambutannya adalah amat mengecewakan. Filem ini menelan belanja RM 4 juta tetapi hanya berjaya mengumpul RM 37 000 selepas 12 hari tayangan. Jumlah ini adalah amat mengejutkan bagi sebuah filem yang ditayangkan di 47 buah pawagam seluruh negara. Secara purata hanya 6 orang menonton filem ini setiap hari di setiap pawagam.

Di manakah silapnya sehingga jumlah kutipan sebuah filem yang mendapat dana dan sokongan dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini gagal teruk di pawagam. Secara peribadi kami hanya mengetahui kewujudan filem animasi selepas membaca laman Finas. Apakah pendapat anda?

10 Komik Paling Mahal Di Dunia

No comments :
Disalin daripada : 10 Komik Paling Mahal Di Dunia | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -
(Artikel ini kami ambil dari laman web http://10teratas.com/?p=752 . Tiada sebarang perubahan artikel yang dibuat.)

Kalau kau seorang pencinta komik, carta ni kami tujukan khas buat kau. Tapi kalau tidak, jadikanlah carta ini sebagai info tambahan untuk otak kau yang cergas itu. Kali ini mari kita lihat siri2 komik paling mahal di dunia.

BACA : 3 Tips Menghasilkan Komik Malaysiana Yang Berpotensi Best-seller dan Award Winning

BACA : 3 Tips Mencipta Karakter Untuk Cerita Anda

10. Captain America Comics #1 – $353,000 (RM1.32 Juta)



Komik ini memperkenalkan Captain America dalam kumpulan Avengers untuk pertama kalinya. Ianya diterbitkan pada bulan March 1941. Di mana dalam siri ini, menunjukkan bagaimana kejadian Captain America dan paling mencuri perhatian adalah babak watak hero ni menumbuk muka Adolf Hitler. Komik dilukis oleh Jack Kirby dan Joe Simon. Ia telah berjaya dijual secara lelong dengan harga $353,000 pada 9 Ogos 2011.

9. Action Comics #7 – $405,000 (RM1.52 Juta)

9

Komik Action ni dilukis oleh Jerry Siegel dan Joe Shuster. Ia telah diterbitkan pada 18 April 1938. Kalau kau nak tau, ni la bapak segala komik superhero dalam dunia ni. Dalam isu komik ni, dorang telah memaparkan Superman dengan kasut warna kuning. Berbeza dengan Superman yang ada pada covernya. Perbuatan dorang tu dah melonjakan lagi jualan komik ni. Harga asal komik ni adalah 1 sen. Tapi hari ini, harganya $405,000.

8. Amazing Fantasy #15 – $442,000 (RM1.66 Juta)

8

Tajuk asal komik ni sebenarnya, Amazing Adult Fantasy. Tapi ditukar saat akhir sebelum ia dicetak. Diterbitkan oleh Marvel Comics pada 1961 hingga 1962. Kemudian ia diulang cetak lagi pada tahun 1995 dan 2000. Steve Ditko dan Stan Lee antara manusia yang menjadi tulang belakang kepada isu komik ini.

Pada tahun 1962, Marvel Comics telah menghadapi masalah kewangan. Sebagai langkah untuk memulihkan keadaan, Marvel membenarkan penulis dan pelukis mereka untuk mencipta watak2 baru. Pada episode terakhir komik ini terciptanya watak Spidey atau sekarang terkenal dengan nama Spiderman. Ia merupakan watak nombor satu dalam carta 100 watak terbaik Marvel Comics sepanjang zaman.

7. All-American Comics #16 – $497,000 (RM1.86 Juta)

7

All-American Comics adalah produk utama untuk syarikat penerbitan All-American Publications. Terdapat 102 siri diterbitkan bermula dari tahun 1939 sehingga 1948, yang mana beberapa watak terkenal hingga ke hari ini tercipta. Pada Julai 1940, iaitu ketika isu #16 diterbitkan, satu watak terkenal telah dicipta. Watak itu The Green Lantern namanya. Jalan ceritanya ditulis oleh Bill Finger dan pelukisnya adalah Martin Nodell.

Pada tahun 1946, All-American Publications berdepan dengan masalah kewangan dan hampir ditutup. Sebuah syarikat bernama National Periodicals telah membelinya dan menukar nama syarikat tersebut kepada DC Comics. Manakala siri All-American Comics ditukar kepada All-American Western atas permintaan ramai.

6. Detective Comics #1 – $529,000 (RM1.98 Juta)

6

Siri Detective Comics ini diterbitkan oleh DC Comics setiap bulan sejak tahun 1937 sehinggalah ke hari ini. Isu #1-#10 siri ini lebih cenderung kepada cerita penyiasatan semata-mata. Sehinggalah Batman dan Superman dicipta dan diserap masuk ke dalam siri ini. Selain daripada dua watak utama itu, beberapa watak lain juga diperkenalkan antaranya Robin (issue #38), Penguin (#58), Two-Face (#66), Riddler (#140), Batwoman (#233).

5. Batman #1 – $530,000 (RM1.99 Juta)

5

Bermula di dalam siri Detective Comics, Batman akhirnya diterbitkan dalam satu komik khas pada tahun 1940. Isu pertama untuk siri Batman ni bertajuk “The Legend of Batman – Who He Is and How He Came to Be.” Siri komik ini juga memaparkan isu tentang Joker yang bertajuk “The Joker” dan “The Joker Return”.

Pada mulanya siri ini diterbitkan secara mingguan. Tapi selepas itu, ditukar menjadi edisi bulanan. Batman adalah seorang watak hero paling berpengaruh dalam dunia komik. Merupakan produk terbesar DC Comics sepanjang zaman.

4. Marvel Comics #1 – $578,000 (RM2.17 Juta)

4

Isu pertama Marvel Comics diterbitkan pada Oktober 1939. Memperkenalkan watak2 seperti The Human Torch, Namor the Sub-Mariner, dan The Angel. Syarikat Marvel adalah antara penerbitan komik yang terkenal dan paling lama menerbitkan komik. Banyak watak dari komik mereka yang difilemkan dan dijadikan koleksi permainan. Namun di sebalik kejayaan itu, pada tahun 2009 dunia komik dikejutkan dengan kejayaan Walt Disney membeli syarikat tersebut.

3. Superman #1 – $712,000 (RM2.67 Juta)

3

Ini adalah siri komik single character pertama pernah dibuat. Ia diterbitkan pada bulan Jun 1939. Komik ini telah menjadikan watak Superman mendapat permintaan ramai. Komik ini juga sudah banyak kali diulang cetak dan dibuat semula. Tetap permintaan ke atasnya tinggi.

2. Detective Comics #27 – $2,220,000 (RM8.25 Juta)

2

Ini adalah siri komik paling panjang dari sejarah komik. Semuanya kerana siri #27 ini. Di mana buat pertama kalinya watak Batman diperkenalkan.

Dalam siri ini, cerita Batman yang diberi tajuk “The Case of the Chemical Syndicate” telah mencatatkan jualan paling lumayan buat pertama kalinya sejak isu-isu terdahulu. Ia ditulis oleh Bill Finger dan dilukis oleh Bob Kane.

1. Action Comics #1 – $3,207,852 (RM12.03 Juta)

1

Diterbitkan pada 30 Jun 1938. Di mana buat pertama kalinya Superman diperkenalkan kepad dunia. Sejumlah 200,000 berjaya dijual. Pada 24 Ogos 2014, komik ini telah dijual harga $3.2 Juta melalui eBay. Menjadikan ia komik paling mahal di dunia. Dipercayai masih adalah dalam 50 ke 100 naskah original komik ini masih wujud.

Thursday, December 26, 2013

EVENT | Comichat #1 @ Comic Fiesta 2013

2 comments :
Comichat attended Members

Sabtu, 21 Disember 2013
Depan Kolam Air Pancut, KLCC

Assalamu'alaikum warahmatullah ~
Ini juga cerita beberapa hari yang lepas..

Sempena Comic Fiesta yang diadakan pada 21-22 Disember yang lepas, kami-kami ada buat gathering kecil-kecilan untuk sesi ta'aruf & sesi perkongsian mengenai dunia komik, ilustrasi, animasi & yang berkaitan dengannya serta perkongsian pengalaman dari abang-abang/kakak-kakak yang sudah pun memasuki industri ini di Malaysia.

EVENT | Art for Grabs 2013

2 comments :

Sabtu, 14hb Disember 2013
Annexe Gallery, Central Market, KL

Cerita beberapa hari yang lepas.. :)

Ini adalah beberapa hasil dapatan daripada event tersebut..
Ya, [kalau ikutkan hati memang nak beli macam-macam kat situ tapi saya hanya rakyat marhaen yang bukan berada dalam status berada apatah lagi kerabat diraja]

Ada macam-macam artprints, artcrafts & souvenirs yang available kat situ.
Tapi yang paling dinanti-nanti booth kak *azreenchan* sebenarnya..
Sampai je kat booth dia terus buat muka teruja macam hapa..
And she was like "Apahal mamat berbaju Melayu oren nih ~" mungkin
Ahha ~

Beli la sebutir dua artprint..

The rest, cuma mampu tengok-tengok dan belek-belek je..
Dan, habis..

Ok, penat-penat pergi ke KL semata-mata nak dapat sebutir dua barang ni je.. LOL.. ;p

Dan, lepas singgah Annexe Gallery CM tu la saya pusing-pusing sekitar Jalan Masjid India, singgah kedai-kedai buku, jalan-jalan sambil menilai hidup masayarakat (konon) --> [boleh baca sini]

Cerita dah habis. OKbai ~ ^^

Stay blessed in Rahmatillah ~

Sunday, December 15, 2013

Pemuzik Jalanan - They are Awesome!

2 comments :
14 Dec 2013 - sekitar Jalan Masjid India
They perform for their passion. For their life. For their survival, maybe?
I'm not sure.
(I know that feel when we can only do one thing, and we only depend on it for our rezeki to survive..)

They are talented.
Their performance LIVE.
They cheer others.
Senyum tak pernah lekang. At every moment. (a simple thing yet aku kagum gile)

They don't need a big event for them to have a big payment.
Kalau pemuzik di pentas perform dibayar beriban2 hanya untuk beberapa lagu, mereka perform bermacam-macam lagu hanya untuk beberapa ringgit.
Dari bayaran ihsan & penghargaan.
Seriously, they deserve to get more payment for their performances.

Aku memang minat bunyi piano, string orkestra & seruling.
So, aku minat abg main seruling tu lebih, haha.. XD
(oh abang, I'm a big fan of yours ~)

Respek ~ :)

Sunday, October 06, 2013

EVENT | Photography Workshop bersama Sifoo.com @ KAEDFEST '13

2 comments :
GOMBAK, 5 Oktober - Bersempena Kulliyyah of Architecture & Environmental Design Festival atau lebih dikenali dengan KAEDFEST '13 , satu bengkel fotografi telah dianjurkan bagi meningkatkan kemahiran fotografi dalam kalangan pelajar di UIAM.

Bengkel ini dianjurkan oleh ARCHIMIC Students' Society, IIUM dengan kerjasama Sifoo.com & Information & Communication Technology Student's Society (ICTSS), IIUM.

Bengkel ini terbahagi kepada 2 slot. Slot pertama menjelaskan teori-teori fotografi yang perlu diketahui oleh setiap jurugambar (indoor) yang diadakan di dalam Lecture Theater 2 KAED Building, manakala slot kedua pula adalah sesi praktikal di luar dewan (outdoor).


Ketika sesi pembelajaran teori, para pelajar diberi sedikit taklimat pengenalan mengenai Sifoo.com & penerangan ringkas tentang teori fotografi, tips & teknik menggunakan kamera dengan betul yang dikendalikan oleh bro. Imran Abdul Jabar, Founder Sifoo.com.


Manakala sesi kedua pula adalah sesi demonstrasi oleh para fasilitator yang berpengalaman dari Sifoo.com & sesi praktikal/ aplikasi untuk menguji kefahaman peserta mengenai teori yang telah diterangkan sebentar tadi di sekitar kawasan UIAM.


Sesi bengkel fotografi ditutup dengan sesi penyampaian hadiah bagi para pemenang pertandingan fotografi yang telah diadakan oleh penganjur sebelum ini (bermula 23 September 2013 sehingga 30 September 2013). Pemenang dipilih oleh para jurugambar profesional daripada Sifoo.com. Bengkel berakhir dengan lafaz tasbih kaffarah & surah al-'Asr.

terharu jap. LOL..

Disediakan oleh
Mohd Norhafizi bin Noor Azmi
Peserta
Photography Workshop with Sifoo Training Solution

Saturday, October 05, 2013

EVENT | Adobe Photoshop Workshop - media PEMBINA UIAM

2 comments :

GOMBAK, 29 September – Biro Media PEMBINA IIUM Chapter (Gombak) telah mengadakan satu bengkel khas buat para pelajar UIAM yang meminati bidang seni reka bentuk menggunakan perisian Adobe Photoshop. Bengkel ini disertai oleh seramai 50 orang peserta di Computer Teach Lab E3-2-9,  Kulliyyah of Engineering, IIUM.

Sebahagian daripada para peserta

Program dimulakan seawal jam 8.30 pagi untuk sesi pendaftaran & sarapan pagi. Para peserta kemudian memulakan konfigurasi perisian Adobe Photoshop pada PC masing-masing. Sesi tutor bermula tepat jam 9.50 pagi dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis dan bacaan sepotong ayat suci al-Quran beserta terjemahannya.



Sesi tutor dibahagikan kepada 2 slot; slot pertama dikendalikan oleh saudari Nur Aisyah bt Mohamad Hijazi, bekas Penolong Ketua Biro Media PEMBINA IIUM Chapter (2011/2012) merangkap Ketua Beliawanis PEMBINA IIUM Chapter & slot kedua disampaikan oleh saudara Mohd Norhafizi bin Noor Azmi, Ketua Biro Media PEMBINA IIUM Chapter.

Slot pertama dimulakan dengan pengenalan fungsi-fungsi tools di dalam perisian Adobe Photoshop CS6 & perkongsian step-by-step bagi menghasilkan sebuah design yang mudah.



Slot kedua pula berkisar tentang cara asas mewarna lukisan menggunakan Adobe Photoshop & sedikit tambahan mengenai tips-tips seni rekabentuk grafik.

credit --> Lily Insani
 Acara diteruskan dengan ucapan daripada saudara Mohd Azriq bin Rosman, Timbalan Presiden 1 PEMBINA IIUM Chapter, pop kuiz & perkongsian respon bengkel daripada beberapa orang peserta.


Bengkel ditutup dengan konklusi daripada saudari Aisyah & saudara Hafizi dan diakhiri dengan lafaz tasbih kaffarah dan surah al-‘Asr. Program tamat tepat jam 1 tengah hari.

Disediakan oleh
Mohd Norhafizi bin Noor Azmi
Pengurus Program
Adobe Photoshop Workshop

- - - - - - - -

Ok, ni ada entri daripada salah seorang peserta kami.. Jemput baca juga ! ^^
--> http://lilyinsani.blogspot.com/2013/10/bengkel-adobe-photoshop.html

Komen Terkini