■ Buku Nota Iman

Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Showing posts with label bisnes. Show all posts

Monday, October 03, 2016

Pendedahan Illustrator Jana Pendapatan melalui Karya

No comments :
Illustrator menjana pendapatan melalui platform seperti Patreon, Gumroad dan Kickstarter – tetapi adakah ianya semudah itu?

Artis komik dan illustrator bebas, Kuvshinov Ilya mendapat sekitar $ 3,129.85 setiap minggu melalui crowdfunding platform : Patreon. Ya, $ 3,129.85. Seminggu.

Artis kelahiran Rusia yang bermastautin di Yokohama, Jepun ini mula menyertai laman web ini (www.patreon.com/Kuvshinov_Ilya) pada bulan November 2014, tetapi ia telah menjadi sumber pendapatan utamanya, dan bukan dia seorang sahaja di dalamnya. Artis digital Paul Kwon, (ZeroNis), mempunyai 1,237 patron yang menyumbang $ 6,269.53 setiap dua minggu. Dan artis fantasi Kanada, Sakimichan mampu mengaut $ 28,421.57 dua minggu sekali, hasil sokongan daripada lebih kurang 3,432 penyumbang (www.patreon.com/sakimichan).


Hood - Kuvshinov Ilya

Patreon adalah salah satu daripada beberapa platform baru yang membolehkan pereka untuk membiayai projek-projek mereka melalui sumbangan daripada penyokong - atau patron, dalam kes ini. Tidak seperti Kickstarter, di mana kempen yang berjaya membawa sejumlah wang terkumpul, Patreon adalah model langganan: peminat berjanji untuk membuat bayaran bagi setiap hasil karya atau secara berulang, untuk membolehkan mereka terus menikmati kandungan eksklusif daripada pengkarya.

"Terima kasih kepada Patreon, saya boleh bekerja - melukis - apa yang saya suka. Saya tidak perlu melakukan perkara yang membosankan atau melakukan komisen yang saya tidak berminat hanya kerana saya perlu makan setiap hari," kata Ilya, yang menawarkan penyumbang beliau sistem ganjaran berperingkat. Untuk langganan sebanyak $1 atau lebih setiap minggu, peminat menerima 10 artwork setiap minggu, serta lakaran behind-the-scenes. Untuk $5 atau lebih, pelanggan juga mendapat dokumen Photoshop dan artwork bersaiz penuh, manakala bagi $10 atau lebih video proses pembuatan ditambah ke dalam pakej beliau. Sistem milestone ini juga membolehkan artis memberi penghargaan kepada peminat mereka apabila mencapai sasaran khusus - pendapatan $ 1,000 setiap minggu (sebagai contoh) dicapai.

Walau bagaimanapun, komitmen ini sememangnya mencabar, bukan hanya kerana kekangan masa. Satu contoh situasi sukar ini adalah untuk mengetahui apa jenis insentif terbaik yang akan menggalakkan penyumbang untuk melanggan.

"Apa-apa pun, ia lebih mudah sekarang," kata Ilya, "Kerana mereka memberi komen mengenai apa yang mereka mahukan - tutorial, misalnya. Tutorial boleh menjadi sukar, kerana saya sendiri masih belajar lagi. Tetapi jika anda mempunyai semangat dan suka dengan apa yang anda lakukan, ia akan menarik lebih ramai peminat."

"Antara sebab beberapa artis kurang berjaya adalah kerana kurang dari segi kandungan, konsistensi dan sudut pandang, " kata artis multimedia dan pereka permainan, Chris Ryniak, yang menyediakan 139 penyumbang beliau dengan kemas kini behind-the-scene studio, berita, rahsia jualan dan banyak lagi. (www.patreon.com/chrisryniak) "Yang pasti, ia bukan model yang sesuai untuk semua orang. "

PELANGGAN LAPAR

Untuk artis yang sudah mempunyai pengikut yang besar, laman web terus ke peminat seperti Patreon, Kickstarter dan Gumroad – satu platform yang membolehkan pereka menyewa atau menjual aset digital terus kepada pengguna - adalah sesuatu yang sangat memudahkan mereka. Kerana, jika orang tengah diperlukan, ianya pasti menelan kos tertentu apabila komuniti tidak sabar menanti karya anda yang seterusnya.

Jason Seiler adalah illustrator dari Chicago yang pakar dalam potret dan karikatur untuk penerbitan seperti Rolling Stone dan The New Yorker (www.jasonseiler.com).

Dia telah menjual video tutorial bersama kerja-kerja mengenai Gumroad sejak musim luruh 2014 yang lalu, dan menjana pendapatan melalui media sosial untuk setiap tutorial baru dengan perkongsian trailer dan links dengan 163,000 pengikut Facebook & Instagram beliau.
"Saya telah menjadi seorang pengajar di Schoolism.com selama 10 tahun dan membuat kesimpulan bahawa saya boleh menggunakan tapak Gumroad itu sebagai satu cara untuk mendapatkan lebih ramai pelajar untuk mendaftar untuk kelas Schoolism saya, " kata Jason.

"Video adalah bahan saya untuk berkongsi tutorial dengan harga yang berpatutan, dan kemudian jika anda mahu lebih lagi anda boleh mendaftar untuk kelas saya. "
Untuk membuat wang tunai sebenar di laman crowdfunding, artis perlu melabur masa secara serius ke dalam platform itu.

"Apabila video pertama keluar," kata Jason, "Saya boleh lakukan dengan baik untuk beberapa minggu. Tetapi ianya agak tidak realistik untuk membuat wang secara serius. Bagi saya, ia hanya sedikit wang tunai tambahan. Jika saya mahu untuk membuat Gumroad sebagai kerjaya sepenuh masa saya, saya perlu meletakkan lebih banyak tenaga dan masa untuk itu. "
Artis juga perlu sedar isu cukai. Mulai 1 Januari 2015, peraturan baru VAT ke atas produk digital dijual di Kesatuan Eropah dikenakan di tempat membeli, dan bukannya tempat pembekalan.

VATMOSS (VAT Mini One Stop Shop) bertujuan untuk menghalang syarikat-syarikat besar mengalihkan jualan melalui negara-negara rendah-VAT seperti Luxembourg. Peraturan baru ini juga sama melibatkan industri kreatif.

"Penjual bertanggungjawab untuk mengenakan cukai yang betul dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa cukai negara melalui VATMOSS, " kata Heather Burns, pereka laman web yang berpangkalan di Glasgow dan pakar undang-undang digital (www.webdevlaw.uk).
Oleh kerana banyak platform kreatif terletak di luar Kesatuan Eropah, terdapat soalan yang tidak dapat dijawab tentang bagaimana sistem ini dapat dipatuhi.

TERLALU KECIL UNTUK DIKENAKAN CUKAI?

"Dengan kewujudan banyak ketidaktentuan mengenai hal undang-undang dan masa depannya, ahli kreatif mesti mengetahui sama ada platform mereka mematuhi VATMOSS," kata Heather.
"Jika tidak, anda terdedah kepada tindakan pentadbiran dan beban cukai." Beliau mendedahkan bahawa Kempen VAT EU telah melaporkan kepada pihak berkuasa cukai Eropah untuk mengejar artis luar Kesatuan Eropah yang melanggar VATMOSS kurang daripada ¤5.

"Tiada artis kreatif harus berfikir mereka terlalu kecil untuk ditangkap. "
Jadi, adakah platform crowdfunding akan terus menyediakan sumber pendapatan lestari?

Buat masa ini, ya.

Menurut 2015CF - Laporan Industri Crowdfunding dari Massolution, crowdfunding berkembang secara global sebanyak 167 peratus pada tahun 2014, mencecah $ 16.2 bilion sumbangan, dan meningkat daripada $ 6.1 bilion pada tahun 2013.

"Saya fikir dengan mengeluarkan orang tengah daripada terlibat, boleh menjadi sesuatu yang sangat baik, dalam situasi tertentu, " kata Todd Lockwood. Dia melancarkan kempen Kickstarter dalam musim luruh tahun ini untuk buku koleksi artwork terbaru.

"Ianya situasi 'menang-menang' untuk kedua belah pihak:
artis disokong oleh peminat mereka, dan peminat membolehkan artis kegemaran mereka untuk memberi mereka lebih banyak apa yang mereka suka. "


Figure Bubblegut dari Chris Ryniak

Chris bersetuju dengan Todd: "Selagi ada pereka yang menjana kandungan yang orang suka, dan para pereka cenderung dengan komunitinya, saya fikir orang ingin merasa seperti mereka ada melakukan bahagian mereka,” katanya. "Oleh sebab sumbangan secara umumnya adalah rendah, penyumbang tidak begitu terkesan dengan harganya."

"Saya gembira dengan apa yang saya tawarkan dan saya yakin peminat juga dapat merasainya, " kata Jason. "Saya mahu memberi inspirasi kepada ramai orang dan membuat mereka teruja untuk melukis. Mudah-mudahan itu cukup untuk membolehkan mereka terus berminat.”

--

Kredit :
http://www.creativebloq.com/career/should-you-be-jumping-crowdfunding-bandwagon-91516697

Dipetik daripada :
Artikel "Show me the money", majalah ImagineFX Isu 125, September 2015 (muka surat 17)
Alih Bahasa :
Hafizi Azmi

Saturday, September 03, 2016

Etika Menggunakan Karya di dalam Perniagaan

No comments :
Eh, bolehkah menggunakan artwork untuk perniagaan kita dengan percuma?

Isu copyright/hakcipta merupakan antara isu yang seringkali hangat timbul dan dibincangkan dalam kalangan pengkarya.
Antara pihak yang terlibat dalam isu seperti ini adalah :
- pengkarya
- penerbit, syarikat atau mana-mana pihak yang membayar pengkarya untuk menggunakan karya mereka
- pihak yang tidak membayar pengkarya untuk menggunakan karya mereka (lebih teruk lagi jika langsung tidak meminta izin pengkarya tersebut)
- peminat (fan)

Di bawah ini adalah salah satu contoh usaha saya sendiri bagi mengelakkan perkara-perkara sebegini terjadi.
Nampak tak betapa gigihnya saya memasukkan kredit untuk pengkarya yang menghasilkan karya ini, walaupun karya tersebut tiada watermark atau tiada apa-apa tanda hakmilik pengkarya.
Walaupun hakikatnya dengan skill yang saya ada, saya mampu membuang watermark ini dengan mudah. Haha..


Sesungguhnya pengkarya-pengkarya yang terlibat bersama saya telah diberi bayaran, namun bagi saya itu bukanlah tiket untuk anda menghilangkan kaitan antara pengkarya tersebut dengan hasil kerja mereka.
Apa yang saya rasa masyarakat masih kurang faham adalah :

- Ya, kita bayar mereka. Namun, bayaran itu adalah untuk nilai usaha/servis mereka & nilai manfaat yang akan kita peroleh melalui karya tersebut.
Kita membayar mereka untuk ini.
- Status pengkarya sebagai pencipta/penghasil masih tidak hilang, walau apa cara yang kita gunakan sekalipun.
Hakikatnya, karya itu hasil buatan beliau.
Mereka akan terkait dengan artwork tersebut walau apa pun berlaku.
Melainkan bayaran yang kita berikan setimpal dan telah dipersetujui bersama pengkarya, untuk nama mereka tidak dipaparkan.
Hal ini masih tidak menghilangkan status pengkarya sebagai pengkarya asal.

Kadang-kadang, sudahlah bayaran pun tidak seberapa, nama mereka pula hilang daripada karya mereka.
Contohnya (contoh sahaja ya..), mereka dibayar RM50 untuk artwork seperti contoh di bawah ini.
Alahai, apalah sangat RM50 dengan pulangan yang akan kita dapat selama kita menggunakan karya ini.
Andai kata artis ini menyiapkan karya ini dalam masa 4 hari, bererti gaji mereka hanya RM12.50/per hari.
Bukankah lebih baik mereka bekerja sebagai pelayan di restoran berbanding menghabiskan masa mereka selama 4 hari untuk menyiapkan kerja kita.

Untuk isu seperti kredit pengkarya dihilangkan daripada karya mereka (untuk dimuatnaik semula di halaman & page-page terkemuka).
Saya faham, pengkarya ini bukanlah mahu meminta sesuatu yang terlalu susah untuk dilakukan.
Kalau anda mahu menggunakan karya mereka untuk apa-apa, minta sahaja izin daripada pengkarya asal dan berikan sedikit kredit kepada mereka.
Cukuplah sedikit penghargaan yang ikhlas.
Kalau anda mahu membayar mereka, itu sudah sangat bagus.

Moga ini mampu membuka sedikit ruang pemikiran kita dalam berniaga atau melakukan apa-apa muamalat dengan pengkarya.
Berniagalah dengan hasil yang diberkati Ilahi.

Stay blessed in rahmatillah. ^^

Alfiya ini adalah sebuah projek hasil kerjasama dengan beberapa orang artis tempatan.
Boleh lihat laman web kami di www.alfiya.com.myInsya-Allah, akan datang, jika dimurahkan rezeki, ramai lagi artis yang akan terlibat.
Doakan kami sukses ya kalian !

*kredit artwork -- Cik 3zzah

Saturday, July 02, 2016

Ebook "Tak Ada Duit, Boleh Beli Rumah Ke?"

No comments :

Apa yang anda akan dapat dalam ebook "Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke?"

+ 7 sebab utama kenapa anda wajib melabur dalam pelaburan hartanah yang ramai orang tak Tahu
+ Betul ke boleh beli rumah tanpa letak sebarang downpayment?
+ 3 cara berkesan yang anda boleh gunakan untuk buat pelaburan hartanah secara zero-downpayment
+ Faktor penting menentukan lokasi terbaik untuk beli rumah pertama anda
+ Bagaimana nak runding harga dengan pemilik rumah untuk dapat lebih banyak diskaun?
+ Bagaimana nak dapatkan diskaun dari pihak pemaju?
+ Kisah bagaimana 12 pelabur hartanah beli 100 biji rumah dengan modal yang minima.

Klik sini untuk dapatkan ebook ini sekarang:
http://bit.ly/BeliHartanah

Featuring :

-> Faizul Ridzuan - CEO, FAR Capital Sdn Bhd
-> Adrian Un - CEO, Skybridge International
-> Gavin Liew - The Makeover Guys
-> Meor Zaidee @ Abang Ensem - Pakar Pelaburan Hartanah dan blogger terkenal
-> Shafie Bustan - Pakar Pelaburan Hartanah Lelong
-> Azlan Majid - Perunding Hartanah Berdaftar
-> Muhd Khairulnawawi - Perunding Hartanah Berdaftar
-> Dr. Azizul Azli Ahmad- Pakar Pelaburan Hartanah Luar Bandar
-> Jimmy Haryzul - Pakar Pelaburan Hartanah Sublet
-> Zaidi Ismail - Pakar Pengurusan Kewangan Peribadi
-> Ariff Shah - Blogger dan pakar pelaburan hartanah
-> Khairul Ezuwan - Pakar pelaburan hartanah dan perancangan kekayaan peribadi

P/S: Ebook ini adalah dalam bentuk file PDF, bukan buku yang dicetak secara fizikal. Ia juga bukan skim cepat kaya "Labur Duit, Dapat Rumah". Tetapi, dengan ilmu dalam ebook ini, anda boleh jimat bayaran downpayment berpuluh ribu ringgit.
Harga ebook mungkin akan dinaikkan pada bila-bila masa. Dapatkannya sekarang pada harga istimewa hanya RM60 sahaja.

Dapatkannya sekarang:
http://bit.ly/BeliHartanah

Friday, August 14, 2015

Kenali Simple Hijab & Jana Pendapatan !

1 comment :

Simple Hijab ni adalah sebuah perniagaan yang didaftarkan di SSM (SA0313566-A), menawarkan pelbagai rekaan tudung/hijab. Terkini, mereka mempunya tudung jenis SH Exclusive & Feliciti Basic. memang tudung-tudung yang ada kat sini pun lawa-lawa !

Mereka juga sedang giat memasarkan program agen bagi memasarkan jenama Simple Hijab ni.
Jadi, kalau korang semua berminat untuk menjana pendapatan tambahan, bolehlah daftar secara PERCUMA di sini !
Tak perlu modal, tak perlu ambil produk.
Hanya pasarkan & promosikan ! ^^

Yang osemnya lagi, untuk pengguna Android, korang juga boleh muat turun aplikasi tutorial hijab Simple Hijab di sini --->
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.tutorial.simplehijab


Apalagi, jomlah jana pendapatan tambahan korang di sini !
Untuk maklumat lanjut, layari :
www.simplehijab.my/
bit.ly/simple-hijab

Tuesday, August 04, 2015

#notabisnes : Mula, Sedia dan Kembangkan Bisnes Anda

4 comments :
Mula, Sedia, dan Kembangkan Bisnes Anda
Konsep, Strategi, dan Teknik dalam memulakan bisnes, membina bisnes dan mengembangkan bisnes
Tidak kisah yang baru berniat atau sedang berusaha
Masih takut-takut nak berbisnes? Takut duit terbakar dan tiada hasilnya?
Sudah bermula tetapi semakin hari semakin penat layan order?
Tidak faham apakah strategi sebenar buat iklan?

Teruskan pembacaan #notabisnes di sini :)

Baca juga #notaduit di sini :)

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Izwan Robotys adalah persona dalam talian milik Izwan Wahab. Bekerja sebagai programmer di e-sentral.com sebuah pasaraya ebook terkemuka tanah air, dan sebelum itu berjawatan yang sama di PTS Media Group, antara penerbit buku terbesar negara.

"Aku mahu memetakan lanskap duit dan kewangan dengan lengkap dan teratur" adalah misi yang menjadi obsesi beliau. Beliau membaca ratusan buku, menonton pelbagai video dan juga mendamping mentor dan guru khusus untuk mengumpul maklumat dalam genre kewangan peribadi, bisnes dan juga pemasaran.Buku #notabisnes beliau adalah cepisan kecil daripada Peta Kewangan tersebut.

Teruskan pembacaan #notabisnes di sini :)

Baca juga #notaduit di sini :)

Komen Terkini