■ Buku Nota Iman

Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Monday, October 22, 2012

Pelangi Iman [part 3]

8 comments :
[ saya belum baca Pelangi Iman [part 1] ]
[ saya belum baca Pelangi Iman [part 2] ]

“Hello, assalamu’alaikum,”
“Wa’alaikumussalam warahmatullah. Apa khabar, sayang..?”
“Alhamdulillah, masih boleh telefon mama Mila ni, kira sihat la ni.. Kekeke..”
“Amboi, ada ke cakap macam itu,”
Ops, sorry.. Mama Mila pula macam mana ?”
Alhamdulillah, macam angah la.. Kalau sayang mama sihat, sihat la mama. Kalau sayang mama demam, mama pun rasa nak demam,”
Haha.. Ada pula macam tu.. Kalau macam tu, angah tak boleh nak sakitlah, sebab angah tak nak mama Mila sakit juga,”
“Ada-ada saja la kamu ni, sayang.. Ha, ni tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba call mama ni kenapa? Mimpi dapat titah dari Sultan ke untuk call mama malam ni?”
Ala mama Mila ni, orang nak lepaskan rindu kat orang sana, tak boleh ke?”
“Mama pun nak bergurau dengan sayang mama, tak boleh ke..?”

      Masing-masing ketawa. Kemudian sunyi sejenak, sebelum Iman menyambung perbualan,

Sunday, October 21, 2012

Pelangi Iman [part 2]

2 comments :

      [ saya belum baca Pelangi Iman [part 1] ]

      Tangan kiri laju menekan kalkulator mengira perbelanjaan Syarikat MA. Tangan kanan pula mencatat jumlah baki akaun untuk dimasukkan ke dalam balance sheet. Taklah susah sangat subjek perakaunan ni sebenarnya. Yang jadi susah bila tak faham konsep & tak tahu makna terma-terma yang digunakan di dalam perakaunan. Bila dah faham semua itu, insya-Allah senang saja nak selesaikan masalah-masalah yang diberikan.

      Waktu ini Iman bersendirian di bilik. Hanya kedengaran bunyi kipas berpusing menyamankan udara bilik & bunyi punat kalkulator ditekan-tekan beserta bunyi pecutan pensel di atas kertas. Rakan-rakan sebilik yang lain semuanya sudah keluar sejak awal pagi tadi lagi dengan hal masing-masing. Tiba-tiba tangannya berhenti seketika. Terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Saturday, October 20, 2012

Pelangi Iman [part 1]

2 comments :


"Subhanallah.. Cantiknya awan.. Kan angah? Along?" Amin memulakan celotehnya kembali di halaman rumah itu.
“Ya, dik. Siap ada bentuk penyu pula tu.. Hihi.” Iman melayan celoteh adiknya.
“Ciptaan Allah yang mana tak cantik, dik..” Aiman menyambung.

      Iman tersenyum sendiri melihat adiknya. Amin masih terpegun ‘merenung’ langit biru. Entah apa la yang sedang dia ‘perhatikan’. Aiman pula sedang menikmati kopi putih 3-dalam-1 yang dibancuhnya tadi. Pagi ini pagi hujung minggu. Seperti biasa, Iman meluangkan masa hujung minggunya bersama abang dan adik bongsunya. Nasib baiklah semua assignment yang diberikan pensyarah sudah berjaya disiapkan semalam. Bolehlah lakukan pelbagai aktiviti yang menggembirakan hari ini !

      Makanya, selesai sahaja bersarapan & mengemas dapur pagi tadi, dia terus mengenakan tudung ekspres dan meluru ke halaman rumah. Adik & abangnya sudah selamat berbaring di atas rumput.

Friday, October 12, 2012

Life : Pakistan

4 comments :
[ All images credit to : BigPicture | Pakistan: daily life ]


Pakistani children play in a wooden cart in a slum area on the outskirts of Islamabad.
(Muhammed Muheisen/Associated Press)


Afghan refugee girls sit behind a wooden cart in a slum on the outskirts of Islamabad.
(Muhammed Muheisen/Associated Press)


Boys gather by a vendor selling tropical fish on his bicycle on the outskirts of Islamabad.
(Muhammed Muheisen/Associated Press)


An Afghan refugee girl stands with others in an alley of a slum on the outskirts of Islamabad.
(Muhammed Muheisen/Associated Press)


Pakistani youngsters, who sell shopping bags for a living, fight each other at a market in Islamabad.
(Anjum Naveed/Associated Press)

What say you..?
*smile*

Komen Terkini