■ Buku Nota Iman

Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Monday, December 05, 2016

All You Need to Know About BR1M 2017

No comments :
Semua yang Anda Perlu Tahu mengenai BR1M 2017



Info tentang BR1M 2017

  • Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2017 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang adalah bermula pada 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016.
  • Aplikasi BR1M Dalam Talian tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
  • Tarikh akhir penunaian baucar BR1M 2016 telah dilanjutkan oleh MOF sehingga 15 Disember 2016.
  • MOF telah menetapkan tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2016 adalah pada 31 Januari 2017.

Syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017.
Kemukakan Salinan:
  • MyKad bagi pemohon
  • MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  • Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.

Lagi F.A.QKlik di sini

Hubungi :

Laman Web : https://ebr1m.hasil.gov.my
Talian Bebas Tol : 1-800-88-2716 (BR1M)
Hotline BR1M MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Hotline BR1M LHDNM : 1-800-88-2716
E-Mel : br1m@treasury.gov.my
Faksimili BR1M MOF : 03-8882 3933
Sekretariat BR1M :
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

- - -

Dipetik daripada BERNAMA :
PUTRAJAYA, 5 Dis -- Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dibuka mulai hari ini hingga 31 Disember ini, menurut Kementerian Kewangan.

Menurut kenyataan kementerian itu notis dan surat pemakluman lulus atau gagal permohonan BR1M 2017 akan diposkan kepada pemohon mulai minggu kedua Februari 2017.

Bayaran BR1M akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat pada pertengahan Februari tahun depan, menurut kementerian itu lagi.

"Kerajaan berhasrat pembayaran BR1M tahun 2017 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Menurut Kementerian Kewangan lagi permohonan dan kemas kini maklumat itu boleh dilakukan secara manual atau dalam talian.

"Pemohon perlu mengemukakan maklumat peribadi dengan lengkap dan perlu dinyatakan maklumat waris, maklumat akaun bank dan nombor telefon yang boleh dihubungi," kata kementerian itu. Borang BR1M 2017 boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM), Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Pemohon juga boleh memuat turun borang permohanan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my atau www.treasury.gov.my. Kementerian Kewangan berkata pemohon perlu menyediakan dokumen tambahan seperti salinan kad pengenalan waris/tanggungan, dokumen slip pendapatan atau dokumen lain yang berkaitan.

Kementerian itu berkata permohonan juga boleh dibuat di portal rasmi BR1M LHDNM https://ebr1m.hasil.gov.my.

"Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan komputer sahaja dan salinan permohonan perlu disimpan bagi tujuan rekod. Aplikasi eBR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih," katanya.

Menurut Kementerian Kewangan penerima BR1M 2016 sedia ada juga perlu membuat pengemaskinian maklumat terkini. Permohonan yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak dapat diproses atau gagal," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober lepas mengumumkan pemberian BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,200.

Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, beliau mengumumkan pemberian BR1M dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.

Individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 pula BR1M dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.

Komen Terkini