■ Buku Nota Iman

Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Monday, February 22, 2010

Zionis yahudi seksa kanak-kanak

No comments :
*copied from www.Halaqah.net
Editor : PenaHalaqah

PENASIHAT Kanan Ikatan Ulama Palestin, Syeikh Abu Bakar Al-Awawida, buta kedua-dua matanya akibat diseksa tentera rejim Israel pada 1981. Namun, perjuangannya tetap utuh, malah tidak berganjak sedikit pun untuk mempertahankan negaranya.


KEJAM… seorang mangsa menunjukkan cara tentera Israel menyeksa mereka di penjara.

     

BUKTI… antara kanak-kanak ditangkap tentera Israel,
 manakala keluarga mereka berhimpun menuntut pembebasan.





 DAPAT SAMBUTAN… hadirin daripada pelbagai pertubuhan mengikuti ceramah khas mengenai kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.
Perhimpunan yang dianjurkan bersama Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Palestine Centre of Excellence (Pace), Haluan Palestin, Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia, Pertubuhan Mawaddah, Kispa dan Viva Palestina Malaysia, menampilkan beberapa tokoh daripada pertubuhan pembebasan Palestin, termasuk Koordinator Bantuan Antarabangsa Palestin, Sheikh Abu Ahmad Ziad al-Qishawy.

Menurutnya, hanya lima juta daripada mereka menetap di tanah air sendiri manakala yang lain terus terusir sejak kezaliman rejim Israel lebih 50 tahun.

Tentera rejim membunuh beratus ribu penduduk Palestin, malah mencederakan ramai lagi. Bukan itu saja, mereka juga menangkap dan mengusir secara paksa, menghancurkan rumah dan menggantikannya dengan unit pemeriksaan tentera di Tebing Barat. Sehingga kini ada lebih 700 unit pemeriksaan tentera. Mereka juga menggali terowong di bawah Masjid al-Aqsa.

Jadi tidak mustahil, mungkin sekarang, satu jam atau beberapa saat lagi Masjid al-Aqsa boleh tersungkur, kerana tidak ada lagi penyangga yang menahan masjid berkenaan. Syeikh Abu Bakar, 48, yang berasal dari satu daerah kecil di a-Khalil, 35 kilometer dari al-Aqsa, mempunyai lapan anak, iaitu lima putera dan tiga puteri melalui seorang isteri. Pada usianya belum mencecah separuh abad, beliau juga dikurniakan tiga cucu.

Beliau sekeluarga yang dipaksa keluar dari bumi Palestin oleh tentera Israel dan kini tinggal di Damsyik, Syria berjuang dan menyuarakan nasib rakyat Palestin melalui Ikatan Ulama Palestin yang diasaskan pada 1990, di Tebing Barat dan Gaza.
Pertubuhan itu membabitkan keahlian kalangan ulama pelbagai daerah di Palestin, dengan tujuan mendidik serta memberikan kesedaran kepada generasi baru supaya mempertahan Palestin, khususnya Masjid al-Aqsa.

Ia turut mempunyai beberapa cawangan di luar Palestin dan di kawasan kem pelarian Palestin termasuk di Lubnan, Yaman, Syria dan Sudan, sekali gus dapat membantu meringankan penderitaan mereka, terutama di kem pelarian. Syeikh Abu Bakar berkata, rejim Israel semakin ganas, malah akibat penjajahan Israel, kanak-kanak hidup dalam ketakutan dan berdepan jaminan masa depan yang pudar.

Sesetengahnya bergelar yatim sejak bayi kerana ibu bapa terkorban dalam konfrontasi. “Bagi sesetengah kanak-kanak, orang tua mereka sudah syahid, cacat anggota badan dan ditangkap tentera Israel. Sekolah pula rata-ratanya hancur akibat pengeboman tentera rejim Zionis.

“Mereka diharamkan daripada mengikuti kelas pembelajaran, untuk mendapat ubat-ubatan, malah diharamkan untuk mempunyai peralatan mainan seperti kanak-kanak sebaya lain. “Bahkah, kertas sukar diperoleh walaupun hanya sekadar untuk menulis. Mereka sangat susah, seolah-olah berteriak kepada dunia, ‘lihatlah wahai saudaraku, apa sudah dilakukan tentera Israel terhadap kami dan kenapa kamu semua diam’.

“Ramai juga kanak-kanak ditangkap dan diseksa tentera Israel, malah ada yang kehilangan penglihatan akibat diseksa, kehilangan tangan dan kaki, tetapi mereka tetap bersemangat untuk belajar,” katanya. Beliau berkata, mereka memanfaatkan ruang yang ada di kem pelarian untuk belajar, malah ada yang menggunakan kemudahan di masjid untuk membaca dan menghafal al-Quran.

“Kanak-kanak Palestin di luar negara pula sangat menderita kerana berjauhan dari tanah air dan tidak tahu menahu di mana ibu bapa mereka. “Mereka di luar Palestin seperti di Syria, Lubnan, Yaman, Iraq dan Sudan serta Malaysia sangat memerlukan perhatian kerana mereka mahukan hak sama seperti kanak-kanak lain, terutama hak untuk belajar,” katanya.

Beliau berharap kerajaan Malaysia juga membantu kanak-kanak Palestin untuk mendapat hak dalam bidang pendidikan.
“Kedua-dua mata saya menjadi buta selepas diseksa dan dipukul di dahi sewaktu ditahan dan dipenjarakan rejim Zionis selama 54 hari ketika masih belajar di Ma’had Syarie di al-Quds. “Saya akui penglihatan memberikan banyak kelebihan dan dengan keterbatasan ini membuatkan pergerakan saya sedikit terhalang, tetapi saya berusaha dengan gigih bersama bantuan anak dan isteri, sehingga kini saya dapat melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana,” katanya sesekali menongkat pipi dan menggosok bahagian matanya yang tidak boleh melihat akibat diseksa ketika usia remaja.

Syeikh Abu Bakar sudah membuktikan kepada tentera Israel, memang benar dirinya diseksa hingga hilang penglihatan tetapi masih tidak terdaya menghalangnya untuk membantu perjuangan kaum Muslimin Palestin. “Tentunya saya, malah kita umat Islam sentiasa berusaha untuk memberikan sesuatu buat rakyat Palestin,” katanya.

Monday, February 01, 2010

~MAJLIS DOA SELAMAT INTEAM & KTI 2010~
1 comment :
Muslimin KTI
Muslimat KTI
VERSE di Inteam Records...?
best friends kat UIA..!!

Alhamdulillah...
semalam,30 Jan '10,dah selesai pun aktiviti pertama KTI buat tahun ni...
Majlisnya sangat2 la simple...
Tapi insyaAllah ada manfaat yg dapat kami peroleh sama2 daripadanya...
Tentatif program ni...

11.00am - Ketibaan peserta & inteam
12.00pm - Doa Selamat
12.30pm - Makan-makan
01.30pm - Solat Zohor Berjemaah
02.00pm - Majlis Bersurai

Moga ukhwah yg terjalin sesama ahli2 KTI & Inteam berpanjangan dan terus erat selamanya...
Ukhwah inilah yg kita impikan, ukhwah fillah...

Doakan juga keberangkatan Inteam ke UK nnti mendapat berkah Allah SWT...
Moga selamat sampai di sana...
Moga mesej dakwah yg Inteam bawa sampai kepada mereka, insyaAllah...
Selaku pendukung & penyokong Inteam,kami sentiasa mendoakan yg terbaik buat Inteam...
Akhirun kalam...
Terima kasih buat semua yg telah menjayakan program kali ni,abg2 Inteam,staff Inteam Records,AJK Tertinggi KTI, semua AJK Pelaksana...
Terima kasih yg x terhingga juga buat AJK makanan & tukang masak yg sudi menghidangkan makanan yg sgt3 sedap untuk kami...
Cuma lain kali sediakan la air yg xde ais... sakit tekak deyh... ngeh3...=P

Terima kasih & TAHNIAH buat semua...!!
Layarilah...

Komen Terkini