■ Buku Nota Iman

Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Saturday, December 29, 2012

Muslimah OC Percuma !

No comments :
Muslimah OC Ver. 1.0

Hakcita tak terpelihara.
Dipersilakan untuk copy, downlaod, guna, edit & sebagainya.
Nak mengaku lukisan anda sendiri pun tak apa.. :3


Selepas ini, semua update terkini untuk artwork saya boleh dilihat di page FB yang baru ni :

Alfi Ramadhani Studio

Stay blessed in Rahmatillah ~
Moga bermanfaat, insyaAllah ~ :D

Friday, December 14, 2012

Pelangi Iman [Istimewa Jumaat]

4 comments :
Saya asingkan tulisan kali ini & tak jadikan ia nya [part 4] , sebab tulisan ini sekadar coretan ringkas saya bersempena pagi Jumaat ini. Jumaat, yang istimewa, mungkin?
[ 1 Safar 1434 = 1/2/34 ]
Tulisan kali ini lebih tidak formal daripada tulisan yang sebelumnya dan sangat tidak menepati syarat cerpen yang sepatutnya.
Sekadar mengisi ruang kosong dalam blog ini.

Apa-apa pun, selamat membaca ! :D
Maaf atas segala kekurangan.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

[artwork - credit : nurelYANA]

     Jam menunjukkan pukul 7.15 pagi. Pagi ini pagi yang sangat damai. Pagi yang berkat. Pagi Jumaat. Bermulanya hari yang digelar penghulu segala hari. Iman & Raudhah duduk bersama di sebuah bangku di hadapan kafe Halimah, menikmati sarapan pagi berupa bihun goreng & teh ‘o suam, sambil menikmati keindahan pagi yang permai itu. Mentari baru terbit memancarkan sinar di sebalik bukit-bukau. Kedengaran sayup-sayup kicauan burung, namun tak kelihatan kelibatnya. Mungkin jauh dari pandangan mata. Kepulan-kepulan awan pula sangat cantik. Comel. Subhanallah..

     Inilah rutin mereka setiap pagi Jumaat, bersarapan sambil bertukar-tukar cerita sambil menikmati pemandangan alam.

Monday, December 03, 2012

SAVE PALESTINE Project

No comments :
Lamanya tak update blog ~~~

Sibuk. Sibuk. Tak ada idea. Tu je la alasannya.
Tapi dah memang itu yg terjadi, nak buat macam mana ~~~ >__<"

Baru-baru ni sibuk buat video pula.
Akhirnya, hari ini, siap juga ~~ Alhamdulillah ~~

Nikmatilah video ini ~~ :'D
Maaf la, suara narrator yg agak slow.. sakit tekak kot. eh.



You may find this post relevant: Pray For Gaza, Syria & Rohingya Muslims

Monday, November 19, 2012

Pray For Gaza, Syria & Rohingya Muslims

No comments :
FB Cover Photo.
#PrayForGaza #PrayForSyria #PrayForRohingya
May Allah bless ~ :3

("open link in new tab" untuk tumbesaran)


Saturday, November 17, 2012

Commission & Request Opened !

5 comments :
Promoting my service.
Commission is opened !
(please read below)

For anybody who wants to hire me for my service to draw character(s), doodles, chibi or anything else, please do so. I'm glad to give you my service.

DRAWING & DIGITAL PAINTING ONLY

Minimum charge : RM 10
(this picture is an example of artwork for this price)


Muslimah OC - commission for someone.
For promotion purpose only.
[ you are not allowed to copy this artwork. please don't. >__<"]

I can do more.
But charges will be considered by the difficulties of the artwork.
More difficulties, more charges. And please don't ask me to draw something improper for a Muslim like me to draw.. ~__~
Any inquiries, please ask me via Private Message or comment here or Twitter or E-mail (check info) Check my album or visit my DeviantART gallery for more artworks !
Thanks ! :3

You may find this post relevant: Tempahan Design

Monday, October 22, 2012

Pelangi Iman [part 3]

8 comments :
[ saya belum baca Pelangi Iman [part 1] ]
[ saya belum baca Pelangi Iman [part 2] ]

“Hello, assalamu’alaikum,”
“Wa’alaikumussalam warahmatullah. Apa khabar, sayang..?”
“Alhamdulillah, masih boleh telefon mama Mila ni, kira sihat la ni.. Kekeke..”
“Amboi, ada ke cakap macam itu,”
Ops, sorry.. Mama Mila pula macam mana ?”
Alhamdulillah, macam angah la.. Kalau sayang mama sihat, sihat la mama. Kalau sayang mama demam, mama pun rasa nak demam,”
Haha.. Ada pula macam tu.. Kalau macam tu, angah tak boleh nak sakitlah, sebab angah tak nak mama Mila sakit juga,”
“Ada-ada saja la kamu ni, sayang.. Ha, ni tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba call mama ni kenapa? Mimpi dapat titah dari Sultan ke untuk call mama malam ni?”
Ala mama Mila ni, orang nak lepaskan rindu kat orang sana, tak boleh ke?”
“Mama pun nak bergurau dengan sayang mama, tak boleh ke..?”

      Masing-masing ketawa. Kemudian sunyi sejenak, sebelum Iman menyambung perbualan,

Sunday, October 21, 2012

Pelangi Iman [part 2]

2 comments :

      [ saya belum baca Pelangi Iman [part 1] ]

      Tangan kiri laju menekan kalkulator mengira perbelanjaan Syarikat MA. Tangan kanan pula mencatat jumlah baki akaun untuk dimasukkan ke dalam balance sheet. Taklah susah sangat subjek perakaunan ni sebenarnya. Yang jadi susah bila tak faham konsep & tak tahu makna terma-terma yang digunakan di dalam perakaunan. Bila dah faham semua itu, insya-Allah senang saja nak selesaikan masalah-masalah yang diberikan.

      Waktu ini Iman bersendirian di bilik. Hanya kedengaran bunyi kipas berpusing menyamankan udara bilik & bunyi punat kalkulator ditekan-tekan beserta bunyi pecutan pensel di atas kertas. Rakan-rakan sebilik yang lain semuanya sudah keluar sejak awal pagi tadi lagi dengan hal masing-masing. Tiba-tiba tangannya berhenti seketika. Terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Saturday, October 20, 2012

Pelangi Iman [part 1]

2 comments :


"Subhanallah.. Cantiknya awan.. Kan angah? Along?" Amin memulakan celotehnya kembali di halaman rumah itu.
“Ya, dik. Siap ada bentuk penyu pula tu.. Hihi.” Iman melayan celoteh adiknya.
“Ciptaan Allah yang mana tak cantik, dik..” Aiman menyambung.

      Iman tersenyum sendiri melihat adiknya. Amin masih terpegun ‘merenung’ langit biru. Entah apa la yang sedang dia ‘perhatikan’. Aiman pula sedang menikmati kopi putih 3-dalam-1 yang dibancuhnya tadi. Pagi ini pagi hujung minggu. Seperti biasa, Iman meluangkan masa hujung minggunya bersama abang dan adik bongsunya. Nasib baiklah semua assignment yang diberikan pensyarah sudah berjaya disiapkan semalam. Bolehlah lakukan pelbagai aktiviti yang menggembirakan hari ini !

      Makanya, selesai sahaja bersarapan & mengemas dapur pagi tadi, dia terus mengenakan tudung ekspres dan meluru ke halaman rumah. Adik & abangnya sudah selamat berbaring di atas rumput.

Friday, October 12, 2012

Life : Pakistan

4 comments :
[ All images credit to : BigPicture | Pakistan: daily life ]


Pakistani children play in a wooden cart in a slum area on the outskirts of Islamabad.
(Muhammed Muheisen/Associated Press)


Afghan refugee girls sit behind a wooden cart in a slum on the outskirts of Islamabad.
(Muhammed Muheisen/Associated Press)


Boys gather by a vendor selling tropical fish on his bicycle on the outskirts of Islamabad.
(Muhammed Muheisen/Associated Press)


An Afghan refugee girl stands with others in an alley of a slum on the outskirts of Islamabad.
(Muhammed Muheisen/Associated Press)


Pakistani youngsters, who sell shopping bags for a living, fight each other at a market in Islamabad.
(Anjum Naveed/Associated Press)

What say you..?
*smile*

Sunday, September 30, 2012

Be Strong , Yeah !

3 comments :

Currently fighting with conflicts in life.

Please pray for me, to be calm, to be patient & managed to face all these things successfully ! ^___^

Allah knows better. Yeah, He knows the best for us.

Stay blessed in Rahmatillah everyone ! Amiin ~~~ :3

(rasa mcm nak pergi bookstore.. nak baca buku banyak2.. oh bahagianya la hai andai dapat ke sana sekarang juga.. TT ^ TT)

Thursday, August 16, 2012

Refleksi Akhir Ramadhan

6 comments :

Ni adalah apa yang saya fikirkan setelah muhasabah pencapaian Ramadhan saya untuk tahun ni..

Hampir sebulan melalui Ramadhan, baru saya faham..
Kalau nak betul-betul memanfaatkan sebulan Ramadhan yang penuh barakah ni dengan sepenuh penghayatan, kena buat persiapan diri betul-betul, paling kurang 1-2 bulan sebelum tu lagi..

Kalau dah hujung-hujung, dah nak masuk Ramadhan baru nak berubah, baru nak bersiap sedia, kemungkinan besar pencapaian Ramadhan kita tak setara mana, tak sebaik apa yang kita harapkan.. :'(

Rasa macam tak layak je nak sambut raya..
Sedangkan 'eidulfitri tu sepatutnya adalah perayaan utk mukminin yang berjaya kembali kepad fitrah setelah sebulan melalui Ramadhan.. T__T

But I can wish you Happy 'Eid Mubarak..!
I wish all of you have go back to your fitrah as a Muslim..
As a real Muslim..

May Allah bless us, in this Ramadhan, and after Ramadhan..

- - - - - - - - - - - - -

p/s : penulis ketika ini masih berada di UIA.. doakan perjalanan penulis untuk pulang ke kampung halaman esok hari selamat & diberkati, insya-Allah.. :)

Dan masih terkejut sebenarnya, dengan pemergian seorang sahabat di Sek Men Raja Dr Nazrin Shah dahulu; Muhammad Nur Hafizi bin Ahmad Zahedi, yang kembali ke rahmatullah tengah hari tadi.. Moga Allah merahmati pemergian beliau di penghujung Ramadhan yang mulia ini.. :'(

Tuesday, August 14, 2012

Cerpen Kontot | 'Abidurrahman [test 1]

No comments :

“Aku rasa hidup kebanyakan manusia kat dunia ni rugi yang teramat-amat rugi.. Rugi sangat-sangat,”
“Kenapa kau kata macam tu?”
“Kita semua tahu kan yang tujuan hidup kita kat dunia ni untuk sembah Allah SWT.. Tapi, ramai lagi yang masih lalai, leka dengan cara hidup keduniaan masing-masing.. Entah masa bila nak ingat kat Allah..” Zaid mengeluh perlahan.

“Lagi-lagi sekarang ni bulan Ramadhan.. Tapi ramai je lagi yang hidup aci selamba je buat maksiat merata-rata tempat,” Muka Zaid semakin serius. Susah nak faham pemikiran umat 'Islam' zaman ni.
“Tak semua manusia tahu.. Dan, tak semua manusia sedar..”
“Yang tak tahu tu, memang tak boleh nak salahkan diorang seratus peratus la.. Tapi yang tak sedar tu.. Yang leka.. Bagi aku, tu yang masalah..”
“Kenapa pula?”
“Sebab diorang dah tahu, tapi apa guna kalau sekadar tahu, tapi tak amalkan?”
Aiman terdiam sejenak. Cuba mentafsir dan memikir.

“Kita buat ibadah kat dunia ni saja, Aiman. Kat dunia ni saja. Kat akhirat nanti Allah dah tak suruh kita buat ibadah dah. Kat akhirat nanti tinggal nak bagi pembalasan saja atas segala amal kita.”
“Buat ibadah sekejap kat dunia, dapat syurga yang best gila tu selama-lamanya! Subhanallah!”
“Dan buat maksiat sekejap saja kat dunia, dapat azab neraka yang dahsyat tak ingat seksa tahap petala keberapa entah.. Masya-Allah..”
“Memang manusia sangat rugi..”

- - bersambung - -

Stay blessed in Ramadhan. today is 26th. Dah tak lama. TT___TT

Saturday, August 04, 2012

"Akak Nak Minum?"

No comments :
(Klik untuk gambar yang lebih besar)

Tak tahu nak tulis apa..
Cuma, ini la contengan untuk hari ni..
Sekian, terima kasih.. :3

Monday, July 30, 2012

Wajah Baru alwanPelangi.com

No comments :

Sedikit preview wajah baru laman utama alwanPelangi.com & blog alwanPelangi.com..
Wajah baru sempena Ramadhan..
Wajah baru bersama visi, misi, matlamat & semangat yang baru, insya-Allah ! :D

Setelah bermacam-macam cubaan menimpa, menjalani 'fasa lesu', digodam oleh penggodam Indonesia, dan macam-macam lagi, akhirnya hari ini, Alhamdulillah, laman web baru ni dapat direalisasikan !
Alhamdulillah.. :D

Insya-Allah alwanPelangi.com akan mula aktif beroperasi mulai malam ini.
Buat permulaan ini kami masih kekurangan bahan untuk dikongsi di sini.
Tapi insya-Allah kami akan cuba memperbaiki & menyediakan bahan-bahan secukupnya, dari semasa ke semasa.

Akhir kata, moga bermanfaat ! :D


*[ DISCLAIMER: I do not own the right to the background music ]
Background Music : Bakuman OST - #1 Manga to Gensaku
Software used : CamStudio, Sony Vegas
Desktop Wallpaper : Ramadan; ilmi-islam.com

Tuesday, July 24, 2012

Tazkirah #2 (IM Asyraf & Ameen Misran)

3 comments :
+ Tazkirah Ramadhan
+ Isnin, 23 Julai 2012 = malam 4 Ramadhan 1433H
+ Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak


gambar tangkap sendiri.. ;p

Ini antara point-point utama yang saya dapat daripada tazkirah malam tadi..
Sangat ringkas & padat..
Moga bermanfaat ! :D

Sesi Pertama, selepas solat Isya'
Oleh Imam Muda Asyraf

Ramadhan - bulan turunnya kitab Al-Quran, Suhuf Ibrahim, Taurat & Injil

Kitab (Al-Quran) itu, tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa” - Al-Baqarah, 2:2

Al-Quran disifatkan sebagai huda = petunjuk
Muttaqin = orang-orang yang bertaqwa = orang yang berhati-hati.
Dia akan sentiasa berjaga-jaga dengan apa yang dia sebut & apa yang dia lakukan, berpandukan Al-Quran.

Hiduplah bersama Al-Quran, moga menjadi sepertimana yang dikatakan 'Al-Quran berjalan' ,
yakni sentiasa mengamalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran, sehingga peribadinya terserlah.

Di bulan Ramadhan ini, Allah nak latih orang-orang muda khususnya, untuk mengawal diri mereka yang masih belum mampu untuk bernikah.. :P

Perut yang kosong, mampu untuk menahan nafsu.

Hamba Allah yang diberi nikmat seperti kekuatan, berasa lapang & selesa sehingga terlupa pada Allah, Allah akan datangkan ujian berupa sakit, dll, supaya dia kembali ingat kepada-Nya..

Wallahu a'lam..

Sesi ke-2, selepas tarawih 8 rakaat
Oleh saudara Muhaimin (Ameen Misran) - LangitIlahi.com
(tazkirah kali ini di dalam bahasa Inggeris)

+ currently, you are doing Bachelor of Taqwa from University of Ramadhan
+ University of Ramadhan = the best university ever --> the shortest course, just within 4 weeks (1 month)
+ always put in our heart, we will strive the best within this 4 weeks & we will be graduated from school of taqwa !
+ Taqwa means being careful (like IM Asyraf said just now)
+ Taqwa = defensive system for us.
+ without taqwa, we will be going astrayed
+ in Ramadhan, gates of heavens opened, while gates of naar (hell) closed.
+ we are all sinners
+ so, Allah gives us Ramadhan
+ Ramadhan is a GIFT
+ Narrated Abu Huraira: The Prophet said, "Whoever fasted the month of Ramadan out of sincere Faith (i.e. belief) and hoping for a reward from Allah, then all his past sins will be forgiven,"
+ do our best in this Ramadhan to the fullest before we leave it (Ramadhan)!
+ we are all in a race
+ let's compete, who will win this race ?! :D

That's all..
Wallahu a'lam..

Stay blessed in this belssful month.. :3

Monday, July 23, 2012

Tazkirah #1 - Taqwa

No comments :
+ Tazkirah Ramadhan selepas solat Isya'
+ Ahad, 22 Julai 2012 = malam 3 Ramadhan 1433H
+ Masjid A-Sharif (Simpang Tiga), Gombak
+ oleh Ustaz .........

Topik : Taqwa

+ Taqwa = takut kepada Allah
+ Taqwa menentukan nilai seseorang manusia itu, nilai seorang hamba kepada Tuhan-Nya
+ Tiada taqwa dalam diri manusia, tiada nilainya
+ Manusia yang tiada nilai, sama seperti sudah diabaikan Allah
+ Justeru, bagi meningkatkan nilai manusia di sisi-Nya, Allah mengurniakan satu bulan mulia; Ramadhan bagi memberi peluang manusia meningkatkan taqwa mereka kepada-Nya

+ Mulianya manusia hanya bila bertaqwa
+ Selamat & amannya dunia hanya bila manusia bertaqwa
+ Salah satu perkara wajib dalam khutbah Jumaat : Berpesan supaya bertaqwa..
+ Tidak sah khutbah sekiranya tiada pesanan menyuruh bertaqwa

+ Semua umat Islam harus bertaqwa
1) Anak
- Anak bertaqwa, selamatlah keluarga
- Anak akan mentaati ibu bapa, berbakti & bertanggungjawab kepada ibu bapa
- Tiada masalah sosial seperti meninggalkan ibu bapa di rumah warga emas

2) Suami
- dengan taqwa, suami mampu memberikan nafkah Ruhiah/Deeniah yang diperlukan isteri & keluarganya
- suami tanpa taqwa itu tidak hebat, maka tiada sebab untuk isteri taat kepada suaminya yang tidak hebat

3) Isteri
- isteri yang tiada taqwa, tidak akan taat kepada suami
- tidak takut akan azab Allah sekiranya menderhaka kepada suami

4) Alim / Ulama'
- mereka berilmu, tapi tak semestinya bertaqwa
- taqwa akan menjaga mereka supaya amanah dengan ilmu
- tidak akan menyembunyikan ayat-ayat Allah
- ulama' yang bertaqwa sahaja akan menyampaikan kebenaran dengan ilmunya
- anologi : Harimau di dalam hutan lebih hebat, berbanding harimau yang sudah diletakkan di zoo
- ulama' bila dalam genggaman manusia, tiada hebatnya, seperti harimau yang sudah berada di dalam zoo


+ Diriwayatkan dari Anas ra, dia berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda, "Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim atau dizalimi". Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, kami memang harus menolong orang yang dizalimi, tetapi bagaimana kami harus menolong orang yang berbuat zalim?" Rasulullah SAW bersabda: "Cegah dia dari perbuatan zalim"
- Hadith riwayat Bukhari

Wallahu a'lam..

Stay blessed in Ramadhan, insya-Allah.. :D

Monday, July 02, 2012

Note to Self, 2nd July 2012

No comments :

Pagi Isnin, 2 Julai 2012.
Dah 20 tahun 11 bulan 1 hari aku hidup kat dunia ni.
Sedar tak sedar, kurang dari 3 minggu lagi kita akan menjengah ke bulan mulia itu lagi.
Ramadhan.. ^^
Cepatnya masa berjalan kan..?

Rasa macam baru semalam je puasa kat CFS IIUM..
Baru semalam je start guna nama Alfi Ramadhani..
Baru semalam je beraya dengan mak, adik2, atuk, nenek..
Tup-tup dah nak masuk Ramadhan balik..?
Hmm.. Ye tak ye..
Elok sangat la kalau nak puasa hari ni kan..
Training sebelum nak masuk Ramadhan nanti..
Tak la terkejut sangat bila dah betul-betul masuk Ramadhan nanti.. Ehe~

Dan, tak sampai sebulan lagi, genap 21 tahun aku hidup kat bumi ni.
21 tahun dah..
Perasaan..?
Makin dekat dengan mati..
Harap-harap dapat la nikmati Ramadhan yang bakal menjelma ni dengan penuh erti sebelum ajal itu tiba..
Ramadhan lepas dah rasa macam sia-sia..
Sebab banyak opportunity yang tak sempat nak grab masa tu..
Memang bila fikir-fikir balik, rasa wasted habisan la..
Apa la..

Tiba-tiba terfikir,
Kalau la aku mati waktu umur genap 21 tahun ni..
Macam mana la ye..?
Banyak mana je amalan yang dah ada..?
Banyak mana pula dosa yang dah bertimpa..?
Banyak mana je tanggungjawab yang dah selesai..?
Banyak mana je hutang yang dah langsai..?

Dah settle ke semua amanah yang Allah dah beri kat kita untuk kita laksanakan sebelum kita mati..?
Amanah sebagai : Khalifah.. Anak.. Muslim.. Penuntut ilmu.. dan lain-lain..
Banyaknya la kan..
Padahal semua tu la yang akan dihisab suatu masa nanti..
Bukan hisab gitu-gitu je..
Hisab dia level terperinci habisan..
Hatta sekecil-kecil benda pun boleh bawa kita pergi ke syurga atau ke neraka..
Ya Allah.. Macam mana ni.. TT__TT

Kenapa tak bersedia dengan maut..?
Kenapa tak bersedia awal-awal..?
Kenapa tak bersedia setiap masa..?
Padahal tahu je yang maut tu akan datang bila-bila, kan..?

Mohon hidayah-Mu ya Rabbi..
Mohon istiqamahkan kami dengan amalan soleh hingga ajal itu tiba..
Hingga nafas terhenti.. Bersama senyuman..
Melihat jannah-Mu.. Memandang wajah-Mu..
Insya-Allah, suatu masa nanti..
Kabulkanlah impian tinggi melangit ini ya Rahim..

Harap doa bukan sekadar doa.
Impian tak terlaksana tanpa usaha.
Itu fitrah alam. #note to self

p/s : Bosan dengan all those romantic-jiwang-sarkastik posts in Facebook.. Zzz... ~___~
Matanglah wahai anak bangsaku...~~~~ (walaupun aku ni tak la matang sgt pun sebenarnya..)
Apa kata baca entri ni : http://bukunotaiman.blogspot.com/2011/12/artikel-chat-iman-amin-prioriti-cinta.html
Moga bermanfaat ! n__n

ps (ii) : Bahasa aku kadang-kadang memang sukar difahami sikit..
Sorry ea..

-- Alfi Ramadhani --
UIAM Gombak,
Taman Ilmu dan Budi..
Taman menyemai cinta Ilahi..
Moga-moga hendaknya..

Friday, May 18, 2012

| KOMIK | Exam - Tahajjud [Malay-English]

2 comments :
Assalamu'alaikum semua !

Alhamdulillah.. Hari ni artwork yg berkaitan exam ni berjaya disiarkan..
Dan 1 lagi artwork sedang menanti untuk disiarkan nanti..
Apa-apa pun, yang penting bagi kami, mesej yg disampaikan dapat diterima dengan baik..
Biarpun mesejnya ringan & sedikit, tapi yang sedikit itulah yang kami harapkan anda semua terima.. Moga-moga apa-apa yang kita lakukan semuanya bermanfaat & memberi kebaikan kepada semua, insha-Allah..

Enjoy it !
Salam mahabbbah wa rahmah.. :)
(Bahasa Melayu)
(klik untuk tumbesaran.. :p)
(English)
(click to enlarge)

Komen Terkini