■ Buku Nota Iman

Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Saturday, November 27, 2010

Cinta Belum Termiliki.. ^^

16 comments :
3pm, Sabtu, 27 Nov 2010..

Penulis kini dilanda kebosanan...
Maka, beliau pun mula menjalankan hobi beliau ; melukis...
Setelah beberapa ketika, lukisan itu pun siap..
Maka, penulis pun menye'can' / meng'scan' lukisan terbut ke dalam komputer beliau..
Maka kini bermulalah pula sesi editing, colouring & designing...
Maka, setelah bebrapa ketika, siaplah hasil karya penulis tersebut..
Maka, inilah hasilnya...
Alhamdulillah...
Yeayy...~~~ \(^_^)/

(klik pada gambar utk paparan yg lebih besar)

Wallpaper ni saya namakan ;
"Kasih Belum Termiliki"
pehh...~~~
( Kasih Belum Termiliki..? eh, tu bukan tajuk lagu hafiz hamidun ke..?) :P
ok, tukar2..
"Cinta Belum Termiliki"
ok..? ^^


"Hati ini,
Hanya akan kuserahkan,
Bila tiba saat & masanya..
Pada insan yang selayaknya,
Kerana hanya insan terpilih itu,
Yang berhak memiliki hati ini,
Khas buatmu;
Suamiku.."


"Cinta ini,
Belum lagi milik sesiapa,
Aku tak berhak menyintainya,
Dan dia tak berhak menyintai aku,
Kerana hanya insan terpilih itu
yang berhak memiliki cinta ini,
Khas buatmu;
Isteriku.."

Asalnya, penulis dapat idea nak buat wallpaper ni drpd sebuah komik yg berjudul
"Cinta Kambing Gurun" (klik sini kalo nak tgk..)
Best..!

Apa-apapun, moga bermanfaat buat semua..
Maap, penulis masih dlm proses mempelajari teknik Photoshop..
Maka, hasilnya taklah begitu memuaskan..
Segala aspek shading, mood, dll... tak dihiraukan..


Saturday, November 06, 2010

Islamic Emoticons.. (experimental version)

14 comments :
Assalamu'alaikum..
Alhamdulillah, akhirnya berjaya gak emoticon2 ni ditempek kat sini..
Sebenarnya dah lama dah emoticon2 ni siap, cuma baru sekarang nk upload.. Hehe..
Please, try & comment..~~
Copy je kod2 dalam kotak tuh, lps tu paste kat blog ke, nk post kat portal ke, forum ke..
Maaf atas segala kekurangan & ke'terhad'an emoticon di sini.. Hamba budak baru belajar.
By the way, enjoy la karya yang tak seberapa ni..! \(^^)/

1) Salam..

2) Jazakallah / syukran / thank you..

3) Pray to our Lord, Allah 'Azza wa Jalla..

4) Zikrullah..

5)  Pray to our Lord, Allah 'Azza wa Jalla.. (2)

6) Let's study..!

7) Idea..!

8) What..?!

9) I'm sad..~

10) I'm really sad..~~
(Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..~)

11) Happy 'eid mubarak..!

12) Masya Allah..!!

13) Alhamdulillah.. I'm really happy..!

14) Assalamu'alaikum.. Hello brothers & sisters..~


15) Ta-ta.. Wa ilalliqa'.. Ma'assalamah..~

To view my arts collection, click here..

Monday, October 18, 2010

Kenapa alwanPelangi..?

8 comments :

alwanPelangi = warna-warna Pelangi..

Alwan bererti warna-warna..
Berasal daripada perkataan 'launun' ataupun 'laun' (jika dimatikan) yang bererti warna..
Terperincinya,

mufrad - Launun = warna,
muthanna - Launaani = dua warna ('Launain' jika mansub atau majrur)
jama' - Alwan = warna-warna

Ops, minta maaf kalau ada yg kurang faham.. hehe..
Cukuplah sekadar anda faham bahawa mufrad itu satu, muthanna itu dua, jama' itu banyak/ramai.. :)

Cadangan asalnya, saya nak namakan Pelangi je. Tapi macam tak cukup seri la pulak..
Hmm.. Jadi, saya namakan pulak Warna-warna Pelangi..
Aa.. Panjang sgt pulak..
Jadi, nak memendekkan frasa tersebut & menambahkan nilai Islamik pada nama tu, saya terjemahkan 'warna-warna' kpd bahasa Arab = alwan..

Pelangi tu pula kiasan kepada keindahan hidup ini, yang mana hanya wujud seketika & sementara cuma..
Maka, wujudlah nama 'alwanPelangi' ini.. Yeayy....~ \(^^)/

Ringkasnya, alwanPelangi ini cerita berkenaan pengalaman & perjalanan hidup penulis yang berwarna-warni laksana pelangi.. Indah, bermacam warna, namun hanya seketika.. Sampai masanya, ia akan hilang juga..

Moral of the story :
dunia sementara, akhirat kekal selama2nya..
dunia penuh dugaan & cabaran.. Susah, penat, payah..
akhirat ada syurga yg penuh kenikmatan, nikmat yg paling best..! Yg tak pernah kita nmpk pulak tu, tak tergambar, tak pernah terlintas dlm fikiran..
Jadi, apesal la manusia ni bebal sgt kejar dunia ni, lps tu smpai lupa kat akhirat pulak..?

p/s : Last2 saya sendiri pelik dgn diri saya sendiri.. Akal ada, tapi tak guna.. Rasa mcm bodoh sgt2..
Ahh... Hinanya diri ini.. Ampunkan aku ya Tuhan.. Ampunkan kami, hamba2mu yg menzalimi diri sendiri lantaran kejahilan kami...~~


Jom 'amalkan do'a taubat ni :


Allahumma anta Rabbi, subhanaka, inni kuntu minazzhalimiin..
= Ya Allah Engkaulah Tuhanku, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong dalam golongan orang2 yg zalim..


Rabbana zhalamna anfusana wa in lam taghfirlana wa tarhamna lanakunanna minal khasiriin..
= Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan merahmati kami, nescaya kami akan tergolong dalam golongan orang2 yg rugi..

Taqabbalallahu minni wa minkum.. Amiin...

- Alfi -
alwanPelangi

Thursday, October 14, 2010

Di Sini Bermula, alwanPelangi..

No comments :
alwan Pelangi = warna-warna Pelangi..
(formerly known as Bingkisan Qalbi @ http://hafiziazmi.blogspot.com)

AlwanPelangi merupakan sebuah blog yang terbuka buat tatapan umum..
Menyampaikan tulisan, cerita, karya seni & kisah perjalanan hidup penulis..
Tulisan-tulisan yang terdapat di dalam blog yang dijenamakan semula ini kini lebih berkonsep ilmiah & santai..
Juga lebih asli kerana penulis akan cuba sedaya mungkin untuk tidak memuatkan karya yang ditiru daripada sumber lain lagi..
Namun, andai ada sesuatu perkara yang perlu dirujuk daripada sumber yang asal, akan penulis lampirkan bersama post tersebut..

Apa yang penting, penulis amat berharap agar tulisan2 di sini mampu menginsafkan, memberi pengajaran, pedoman dan memotivasikan diri para pembaca malah diri penulis sendiri, insyaAllah..
Moga segala kebaikan yang kita peroleh dapat dikongsi buat saudara2 Muslim yang lain..
Dan moga2 segala usaha ini dapat kita sama2 tuai hasilnya di negeri abadi nanti, insyaAllah..

p/s : segala artikel di sini ditulis berdasarkan ilmu penulis yang terbatas..
Sebarang kesalahan, mohon ada yang lebih berilmu & lebih memahami tolong perbetulkan..
Penulis bukanlah manusia sempurna, sekadar berkongsi kefahaman yang sedia ada..

Salam ukhuwwah, salam mahabbah, salam mawaddah..

- Alfi -
alwanPelangi

Tuesday, July 13, 2010

Rehlah KTI 2010

1 comment :

 Rehlah Komuiti Teman INTEAM (KTI) 2010

Alhamdulillah, akhirnya rehlah ini berjaya direalisasikan dgn jayanya.. Apa2 pun terima kasih yg tak terhingga buat saudara Aliff Nizan yg banyak membantu dan jg AJK plaksana serta tdk lupa jga kpd semua yg tlibat utk rehlah pada tahun ini.. Byk sbnarnya pengalaman yg ana dapat sepanjang rehlah pada kali ini, tp yg paling penting ialah ukhwah kit asemua... Moga program2 sperti ini dapat lg kt teruskan dan lbh ramai lg warga KTI yg akan turut serta utk masa2 yg akan dtg, insyaAllah... (^_^)

Thursday, July 01, 2010

Cukup-cukuplah duhai hati...

3 comments :

Hati yg belayar di samudera cinta...~~

Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah al 'Adzim...
Alladzi la ilaha illa Huwal-Hayyul-Qayyum, wa-atubu ilaiH...

Terasa hati ini kian lama kian gelap diselaputi dosa...
Pelbagai dosa...
Yg tersirat, mahupun yg tersurat...
Yg sengaja, mahupun yg tak sengaja...
Kian lama, kian parah...

Dan kini, kesannya mula terasa...
Diri kian lalai...
Fikiran sering memikirkan perkara2 yg lagha...
Semuanya berpunca dari hati...

Benarlah sabda Nabi,
"Dlm diri manusia ada seketul darah, bila baik ia, maka baiklah seluruh (anggota badan),
bila rosak ia, maka rosaklah seluruh (anggota badan),
ketahuilah, itulah HATI.."

Dunia remaja, dunia yg sering memberi begitu banyak ujian pada hati..
Dan ujian terberat, yg amat sukar ditangani & tak dapat lari dari diri remaja ialah,
ujian cinta...

Ujian inilah yg sudah bnyk menumbangkan pemuda2 yg asalnya hidup berlandaskan Islam, mengikut sepenuh ajaran Islam, tapi akhirnya hanyut, hanyut & terus hanyut... Hinggalah terjunam ke dalam lembah yg amat hina..
Na'udzubillah...

"Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya ia adalah perkara yg terkutuk & jalan yg keji"
Maknanya, jangan ada zina mata, zina telinga, zina mulut, zina hati....
Kerana semua ini adalah perkara2 yg mendekati zina atau jalan yg menuju ke lembah zina...
Maka, hindarilah...!!

Rasanya, sudah cukup setakat ini aku memulakan langkah ke alam yg tak sepatutnya aku lalui ini...
Berfantasi, berimaginasi dgn sesuatu yg aku sendiri tak pasti...
Cinta itu mmg FITRAH, namun bila gagal mengawalnya, maka itu yg jadi PARAH...
InsyaAllah, bila tiba masanya nanti, cinta itu akan bertaut juga...
Jodoh tak ke mana, kerana segalanya sudah ditakdirkan-Nya...

"Aku tak ada hak untuk mengasihi dia,
Dan dia tiada hak untuk mengasihi aku,

Aku tak ada hak untuk merindui dia,
Dan dia tiada hak untuk merindui aku,

Aku tak berhak utk berada di hatinya,
Dan dia tak berhak utk berada di hatiku...

Kerana HAK itu hanya milik pasangannya yg SAH...!!"

Cuba kita fikirkan,

Kalau la org yg kita suka tu bukan pasangan yg ditakdirkan utk kita,
Maka sebenarnya kita dah mengambil hak isteri/suami org yg kita suka tu...
Dan org yg mengambil hak org lain adalah org yg zalim...

Dan kalau la isteri/suami org yg kita suka tu tahu yg kita pernah suka kat suami/isteri depa,
mesti depa rasa lain macam dgn kita kan..?
Kadang2 mungkin boleh menimbulkan ketidakpuashatian, ataupun yang lebih bahaya boleh menimbulkan fitnah kpd kita & dia...
Na'udzubillah...

Cinta sebelum nikah itu cinta yg tak bermakna...
Cinta tanpa asas yg kukuh utk dipegang...
Cinta yg perit...
Kerana tatkala hati kian diambung gelora cinta,
namun anggota tak bisa melakukan apa2...
Syariat tetap membataskan...
Hati perlu dijaga, angota badan perlu dijaga...
Maruah, nama keluarga...
Dan yg paling penting panji Islam itu, yg sgt perlu dipelihara...
Jadi, mengapa perlu menyeksa jiwa tatkala jasad tak bisa melakukan apa2....??
Buang masa....

"Tiada cara lain utk mengawal syahwat, selain mengadu & mendekatkan diri kpd Allah dan rasa takut dgn azabNya,"
Bila diri kian jauh dari Allah, maka makin mudah la syaitan nak perangkap kita dgn muslihatnya...
Bg yg belajar agama, perkara2 yg mengundang dosa pun boleh diislamikkan (kononnya...), mcm couple islamik, dll....
Ni la tipu daya & muslihat syaitan...
Jadi, kenangkan azab Allah bila kita terfikir utk melakukan kemungkaran, lg2 yg berlandaskan syahwat...
InsyaAllah, kalau kita benar2 org yg beriman, kita taka akan berani melakukan kemungkaran itu...

Allah itu yg mencipta kita, mencipta dia...
DIAlah yg mengawal segala2nya...
Membolehkan sesuatu yg tak boleh, & menggagalkan sesuatu yg sepatutnya berhasil...
Hanya DIA yg berkuasa atas segalaNya...

Jadi.. Mintalah segala2nya kpdNya...
Allah berfirman, "Dan berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan kepadamu,"
Tapi, makbul atau tidak itu soal kedua...
Apa2pun, kita cuma berserah kepadaNya...
Kalau dimakbulkan, alhamdulillah....
Kalau tak, insyaAllah, Allah menyediakan sesuatu yg lebih baik dari apa yg kita minta...

Allah itu lebih mengetahui atas tiap2 sesuatu...
Jadi, bila kita terima apa2, redha & pasrah...
Kerana org yg beriman itu yakin Allah hanya akan memberikan apa yg terbaik utknya....

Tentang perasaan ini, mmg susah nak hilang...
Tapi, kita akan lupa bila kita mendekati Allah..
Bila hati ini khusyuk mengingatiNya...
Lupakan la segala cinta tak bermakna tu...
Layarkan hati menyusuri cinta seagungnya, cinta kpd Tuhan semesta alam...
Jua cinta kepada Rasul petunjuk seluruh umat...
Itu yg sebaiknya, itu yg seharusnya...

"Hidup ini perlu realistik... Laksanakan apa yg sudah ada di dpn mata, bukan memikirkan sesuatu yg x pasti akan datang dalam hidup kita.."
Sbg pelajar Muslim, anak soleh (insyaAllah..), abang kpd 3 adik...
Laksanakan dulu segala kewajipan ini...
Baru la fikir nak jadi suami mithali pulak... (ehem2...)

ops, ok.. Cukup setakat ini luahan hati yg sekian lama terbungkam di sanubari...
Moga bukan saja memberi manfaat buat diri saya, jua bermanfaat buat semua hendaknya...
Wallahu a'lam... Mohon pembetulan andai tersalah kata...

Saturday, May 29, 2010

Catatan Kau Di Hatiku 3

No comments :
Alhamdulillah, program Kau Di Hatiku 3 berjalan dengan jayanya pada hari Ahad, 23hb Mei lalu dan pastinya meninggalkan kenangan tersendiri kepada semua peserta di kalangan warga KTI dan Family Unique.

Keaktifan anak-anak warga Kompleks Penyayang Bakti pastinya mencuit perasan semua dan satu cabaran serta pengalaman bagi kita untuk mengawal emosi dan mendekati mereka secara psikologi. Pastinya pengalaman sebegini sukar untuk kita dapati di dalam kehidupan seharian kita.

Dalam masa yang sama, kita juga harus mengawal kata-kata dan tindak tanduk supaya tidak melukakan hati ibu-ibu dan bapa-bapa warga emas yang pastinya sensitif dan lembut hatinya.

Tahniah kepada semua yang menjayakan program amal kali ini, dari pengarahnya, AJKnya, hinggalah kepada pesertanya. Walaupun penat dan berpeluh-peluh nak mengawal adik-adik kita, namun pastinya setitis sumbangan kita ini dapat menceriakan adik-adik kita dan ibu-ibu bapa-bapa yang kadangkala kesepian.

Semoga semuanya dikira sebagai amal jariah dan penambah semangat dan pengalaman kita untuk melalui hari-hari mendatang yang lebih mencabar.

Syukur juga dengan ikatan silaturrahim antara KTI dan FamilyUNIQUE yang semakin erat, bermakna 'manpower' atau tenaga manusia yang kita ada untuk menjalankan program amal akan bertambah ramai lagi.

Tahniah dan syabas sekali lagi!!!
Semua peserta dan AJK Kau Di hatiku 3

Cenderamata dari Kompleks Penyayang Bakti

Kek Istimewa 'Hari Ibu' tajaan Abai Os, Terima kasih ya... :-)

Sumbangan untuk Kompleks Penyayang Bakti

Antara warga emas yang hadir

Adik-adik Kompleks Penyayang sedang gembira
dengan aktiviti yang disediakan

Persembahan santai Inteam & Unique

Antara tenaga kerja & AJK program KD3

Adik-adik yang comel dan sangat aktif (terlajak aktif.. =P)

Bazli UNIQUE dengan teka-tekinya
Di kediaman warga emas
Salah seorang peserta bergotong royong mengemas rumah warga emas.. =P

Source: edited from http://iniamin.blogspot.com =D

Monday, March 22, 2010

KTI & krew Inteam Records/Publishing di Pesta Buku Antarabangsa KL '10

No comments :
Salamullahi 'alaikum... (^^)
Hmm... Kali ni nk post pasal Pesta Buku Antarabangsa KL '10 yg berlangsung dari 19 Mac - 28 Mac '10....
Huhu...~

booth Inteam Records/Publishing
Inteam & skuad KTI yg hadir..


Hmm... Tetiba je rasa malas nk menaip skrg ni.. Antum buka je la post yg dah dipublish kat 3 blog ni.. hehe.. (pemalasnya...~~ =P)

Komen Terkini