Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Monday, October 18, 2010

Kenapa alwanPelangi..?

8 comments :

alwanPelangi = warna-warna Pelangi..

Alwan bererti warna-warna..
Berasal daripada perkataan 'launun' ataupun 'laun' (jika dimatikan) yang bererti warna..
Terperincinya,

mufrad - Launun = warna,
muthanna - Launaani = dua warna ('Launain' jika mansub atau majrur)
jama' - Alwan = warna-warna

Ops, minta maaf kalau ada yg kurang faham.. hehe..
Cukuplah sekadar anda faham bahawa mufrad itu satu, muthanna itu dua, jama' itu banyak/ramai.. :)

Cadangan asalnya, saya nak namakan Pelangi je. Tapi macam tak cukup seri la pulak..
Hmm.. Jadi, saya namakan pulak Warna-warna Pelangi..
Aa.. Panjang sgt pulak..
Jadi, nak memendekkan frasa tersebut & menambahkan nilai Islamik pada nama tu, saya terjemahkan 'warna-warna' kpd bahasa Arab = alwan..

Pelangi tu pula kiasan kepada keindahan hidup ini, yang mana hanya wujud seketika & sementara cuma..
Maka, wujudlah nama 'alwanPelangi' ini.. Yeayy....~ \(^^)/

Ringkasnya, alwanPelangi ini cerita berkenaan pengalaman & perjalanan hidup penulis yang berwarna-warni laksana pelangi.. Indah, bermacam warna, namun hanya seketika.. Sampai masanya, ia akan hilang juga..

Moral of the story :
dunia sementara, akhirat kekal selama2nya..
dunia penuh dugaan & cabaran.. Susah, penat, payah..
akhirat ada syurga yg penuh kenikmatan, nikmat yg paling best..! Yg tak pernah kita nmpk pulak tu, tak tergambar, tak pernah terlintas dlm fikiran..
Jadi, apesal la manusia ni bebal sgt kejar dunia ni, lps tu smpai lupa kat akhirat pulak..?

p/s : Last2 saya sendiri pelik dgn diri saya sendiri.. Akal ada, tapi tak guna.. Rasa mcm bodoh sgt2..
Ahh... Hinanya diri ini.. Ampunkan aku ya Tuhan.. Ampunkan kami, hamba2mu yg menzalimi diri sendiri lantaran kejahilan kami...~~


Jom 'amalkan do'a taubat ni :


Allahumma anta Rabbi, subhanaka, inni kuntu minazzhalimiin..
= Ya Allah Engkaulah Tuhanku, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong dalam golongan orang2 yg zalim..


Rabbana zhalamna anfusana wa in lam taghfirlana wa tarhamna lanakunanna minal khasiriin..
= Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan merahmati kami, nescaya kami akan tergolong dalam golongan orang2 yg rugi..

Taqabbalallahu minni wa minkum.. Amiin...

- Alfi -
alwanPelangi

8 comments :

Kata-kata anda amat berharga..! =D

Komen Terkini