Showing posts with label nukilan. Show all posts
Sunday, March 17, 2013
Iman & Aiman - Laksa
"Along.."
"Ya..?"
"Iman lapar.."
"Hai... Baru jalan dua tiga langkah dah lapar.. Nak shopping macam mana ni?"
"Dua tiga langkah apanya... Dah nak habis satu kompleks ni kita pusing.. Kaki pun dah mula lenguh ni.."
"Hehe.. Tau tak apa.."
"Cis, perli la tu ! Jom la Along.. Jom la.."
"Iman nak makan apa?"
"Iman nak makan.. Hmm.. Hmmm..."
"Apa?"
"Laksa.."
"Laksa..? Hmm..."
"Rasanya kat ground floor ni orang kata ada kedai yang jual laksa sedap.. Tu yang tiba-tiba rasa nak makan laksa tu.."
"Oh, ye ke.."
"Jom la.. Jom la.."
"Ya lah.. Ya lah.. Jom.."
"Yeay !!"
- - - - - - - - -
"Along tak makan apa-apa ke..?"
"Tak mahulah.."
"La.. Takkan Iman makan seorang-seorang je kot.."
"Iman makan la.. Along diet. Tak nak jadi gemuk macam Iman,"
"Huh?!"
"Haha.. Along puasa la.."
"*gulp* La.. Apasal tak cakap awal-awal.. Ni yang rasa bersalah ya amat ni.."
"Puasa setengah hari.. Ni nak berbuka la ni.."
"Apakah....???"
"Dah.. Dah.. Makan elok-elok.. Along nak pergi order air kejap.."
*buat muka*
"Huh? Senyum sikit. Along nak belanja ni.."
Huuh... Nasib baik nak belanja. Kalau tak, rasa macam nak simbah je kuah laksa ni ke muka dia. Mengarut je kerja. Tak apalah, yang penting habiskan laksa yang sedap ni.. Hee ~ Nyum ~ Nyum ~
- - - - - - - -
p/s : Cerita ini ditulis dalam hanya beberapa minit untuk menghilangkan stress.
Ini salah satu cara saya nak cuba relaks sebentar semasa mengulangkaji.
Esok dah mula exam.. Moga segalanya baik-baik saja, insya-Allah.. Amiin..
You may find this post relevant: Pelangi Iman [part 1]

Friday, December 14, 2012
Pelangi Iman [Istimewa Jumaat]
Saya asingkan tulisan kali ini & tak jadikan ia nya [part 4] , sebab tulisan ini sekadar coretan ringkas saya bersempena pagi Jumaat ini. Jumaat, yang istimewa, mungkin?
[ 1 Safar 1434 = 1/2/34 ]
Tulisan kali ini lebih tidak formal daripada tulisan yang sebelumnya dan sangat tidak menepati syarat cerpen yang sepatutnya.
Sekadar mengisi ruang kosong dalam blog ini.
Apa-apa pun, selamat membaca ! :D
Maaf atas segala kekurangan.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

[artwork - credit : nurelYANA]
Jam menunjukkan pukul 7.15 pagi. Pagi ini pagi yang sangat damai. Pagi yang berkat. Pagi Jumaat. Bermulanya hari yang digelar penghulu segala hari. Iman & Raudhah duduk bersama di sebuah bangku di hadapan kafe Halimah, menikmati sarapan pagi berupa bihun goreng & teh ‘o suam, sambil menikmati keindahan pagi yang permai itu. Mentari baru terbit memancarkan sinar di sebalik bukit-bukau. Kedengaran sayup-sayup kicauan burung, namun tak kelihatan kelibatnya. Mungkin jauh dari pandangan mata. Kepulan-kepulan awan pula sangat cantik. Comel. Subhanallah..
Inilah rutin mereka setiap pagi Jumaat, bersarapan sambil bertukar-tukar cerita sambil menikmati pemandangan alam.

Monday, October 22, 2012
Pelangi Iman [part 3]
[ saya belum baca Pelangi Iman [part 1] ]
[ saya belum baca Pelangi Iman [part 2] ]
“Hello, assalamu’alaikum,”
“Wa’alaikumussalam warahmatullah. Apa khabar, sayang..?”
“Alhamdulillah, masih boleh telefon mama Mila ni, kira sihat la ni.. Kekeke..”
“Amboi, ada ke cakap macam itu,”
“Ops, sorry.. Mama Mila pula macam mana ?”
“Alhamdulillah, macam angah la.. Kalau sayang mama sihat, sihat la mama. Kalau sayang mama demam, mama pun rasa nak demam,”
“Haha.. Ada pula macam tu.. Kalau macam tu, angah tak boleh nak sakitlah, sebab angah tak nak mama Mila sakit juga,”
“Ada-ada saja la kamu ni, sayang.. Ha, ni tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba call mama ni kenapa? Mimpi dapat titah dari Sultan ke untuk call mama malam ni?”
“Ala mama Mila ni, orang nak lepaskan rindu kat orang sana, tak boleh ke?”
“Mama pun nak bergurau dengan sayang mama, tak boleh ke..?”
Masing-masing ketawa. Kemudian sunyi sejenak, sebelum Iman menyambung perbualan,

Sunday, October 21, 2012
Pelangi Iman [part 2]
[ saya belum baca Pelangi Iman [part 1] ]
Tangan kiri laju menekan kalkulator mengira perbelanjaan Syarikat MA. Tangan kanan pula mencatat jumlah baki akaun untuk dimasukkan ke dalam balance sheet. Taklah susah sangat subjek perakaunan ni sebenarnya. Yang jadi susah bila tak faham konsep & tak tahu makna terma-terma yang digunakan di dalam perakaunan. Bila dah faham semua itu, insya-Allah senang saja nak selesaikan masalah-masalah yang diberikan.
Waktu ini Iman bersendirian di bilik. Hanya kedengaran bunyi kipas berpusing menyamankan udara bilik & bunyi punat kalkulator ditekan-tekan beserta bunyi pecutan pensel di atas kertas. Rakan-rakan sebilik yang lain semuanya sudah keluar sejak awal pagi tadi lagi dengan hal masing-masing. Tiba-tiba tangannya berhenti seketika. Terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Saturday, October 20, 2012
Pelangi Iman [part 1]
[img credit --> ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com]
"Subhanallah.. Cantiknya awan.. Kan angah? Along?" Amin memulakan celotehnya kembali di halaman rumah itu.
“Ya, dik. Siap ada bentuk penyu pula tu.. Hihi.” Iman melayan celoteh adiknya.
“Ciptaan Allah yang mana tak cantik, dik..” Aiman menyambung.
Iman tersenyum sendiri melihat adiknya. Amin masih terpegun ‘merenung’ langit biru. Entah apa la yang sedang dia ‘perhatikan’. Aiman pula sedang menikmati kopi putih 3-dalam-1 yang dibancuhnya tadi. Pagi ini pagi hujung minggu. Seperti biasa, Iman meluangkan masa hujung minggunya bersama abang dan adik bongsunya. Nasib baiklah semua assignment yang diberikan pensyarah sudah berjaya disiapkan semalam. Bolehlah lakukan pelbagai aktiviti yang menggembirakan hari ini !
Makanya, selesai sahaja bersarapan & mengemas dapur pagi tadi, dia terus mengenakan tudung ekspres dan meluru ke halaman rumah. Adik & abangnya sudah selamat berbaring di atas rumput.
Tuesday, August 14, 2012
Cerpen Kontot | 'Abidurrahman [test 1]
“Aku rasa hidup kebanyakan manusia kat dunia ni rugi yang teramat-amat rugi.. Rugi sangat-sangat,”
“Kenapa kau kata macam tu?”
“Kita semua tahu kan yang tujuan hidup kita kat dunia ni untuk sembah Allah SWT.. Tapi, ramai lagi yang masih lalai, leka dengan cara hidup keduniaan masing-masing.. Entah masa bila nak ingat kat Allah..” Zaid mengeluh perlahan.
“Lagi-lagi sekarang ni bulan Ramadhan.. Tapi ramai je lagi yang hidup aci selamba je buat maksiat merata-rata tempat,” Muka Zaid semakin serius. Susah nak faham pemikiran umat 'Islam' zaman ni.
“Tak semua manusia tahu.. Dan, tak semua manusia sedar..”
“Yang tak tahu tu, memang tak boleh nak salahkan diorang seratus peratus la.. Tapi yang tak sedar tu.. Yang leka.. Bagi aku, tu yang masalah..”
“Kenapa pula?”
“Sebab diorang dah tahu, tapi apa guna kalau sekadar tahu, tapi tak amalkan?”
Aiman terdiam sejenak. Cuba mentafsir dan memikir.
“Kita buat ibadah kat dunia ni saja, Aiman. Kat dunia ni saja. Kat akhirat nanti Allah dah tak suruh kita buat ibadah dah. Kat akhirat nanti tinggal nak bagi pembalasan saja atas segala amal kita.”
“Buat ibadah sekejap kat dunia, dapat syurga yang best gila tu selama-lamanya! Subhanallah!”
“Dan buat maksiat sekejap saja kat dunia, dapat azab neraka yang dahsyat tak ingat seksa tahap petala keberapa entah.. Masya-Allah..”
“Memang manusia sangat rugi..”
- - bersambung - -
Stay blessed in Ramadhan. today is 26th. Dah tak lama. TT___TT
Thursday, December 01, 2011
| ARTIKEL | Chat : Iman & Amin - Prioriti Cinta Pelajar
Chat : Iman & Amin - Prioriti Cinta Pelajar
by Alfi Ramadhani
Amin , Status : Grr.. Lelaki tak guna ! D:<
Iman : BUZZ!
Iman : Assalamu’alaikum.
Amin : Wa’alaikumussalam warahmatullah. Ha, kak, duduk la.
Iman : Akak bukannya ada kat sebelah kamu. =.="
Amin : Duduk je la kat situ. Tak semestinya kat sebelah Amin. Hehe..
Iman : Memang tengah duduk pun. Tak ada kerja nak menghadap laptop sambil berdiri. =.="
Amin : Kekeke.. XD
Iman : Apa yang tak guna?
Amin : “Apa yang tak guna” ?
Iman : La, Amin yang tulis kat status Amin tu. Apa yang tak guna?
Amin : Oh. Ni, Amin terbaca berita ni ; ‘Derita Isteri Didera Suami’.
Iman : Oh, ok. Jadi?
Amin : Jadi apa?
Iman : Jadi, apa yang tak guna?
Amin : Aduh akak ni. Lelaki ni la. Amin tak puas hati betul la. Ada ke dah elok-elok ada isteri yang baik macam ni, dideranya teruk-teruk pulak. Motif? Sakit mental ke apa? =.=”
Iman : Jangan bencikan orangnya. Bencikan akhlaknya.
Amin : Yes, of course Amin bencikan sikap dia yang mendera isteri dia tu. Tapi, dia tetap bersalah kan..
Iman : Dia bersalah sebab sikap dia. Tapi manusia boleh berubah kan.. Bila sikap jahat tu dah hilang, patut ke kita benci dia lagi?
Amin : Emm…
Iman : Fikir dalam-dalam.
Amin : Tak patut, kot. Tapi, Amin bukannya kenal lelaki ni pun.
Iman : Yup. Tak kisah la kenal ke tak, dia tetap manusia kan.. Sebab tu, kita patut bencikan sikap dia, supaya kita tak mencontohi sikap dia yang buruk tu.
Iman : Kalau orang tu dah ada sikap yang baik, kita memang tak patut bencikan dia. Muslim yang baik itu sentiasa berkasih sayang sesama mereka, kan? ^_^
Amin : Good point you have there.
Iman : Of course, I’m your sis ! Kekeke.. ;p
Amin : Ye la tu. Amin bukannya apa kak…
Iman : “Bukannya apa” ?
Amin : Amin sebenarnya tension + jealous dengan lelaki tu.
Iman : Reason?
Amin : Ye la. Dah elok-elok ada isteri, dibuat macam gitu pulak. Orang lain yang bujang ni punya la mengidam nak berkahwin. Kalau Amin ada isteri nanti, Amin janji Amin tak akan buat benda bodoh macam tu!
Iman : ..... Good.
Amin : So, that’s why I’m jealous with him.
Iman : Amin.
Amin : Ye?
Iman : Umur Amin berapa?
Amin : Age is not a matter, my dear sis...
Iman : Yes, I know. Just asking.
Amin : Macam la akak tak tau. 20 la.
Iman : Umur akak?
Amin : Umur sendiri pun tanya orang ke?
Iman : Jawab je.
Amin : 22, right?
Iman : Are you sure? XD
Amin : Err.. Jap, nak kira. Ta – ta – ta. Oh, yes, confirm! 22!
Iman : Hehe.. Saja tanya. Tak ada kaitan pun.
Amin : Hmmph?! =.=”
Iman : Kekeke.. Ok, back to our topic.
Amin : Ok. Sebenarnya, Amin…
Iman : Angau?
Amin : Lebih kurang macam tu la.
Iman : Couple?
Amin : Mana ada ! Of course I’m not!
Iman : Ok, Alhamdulillah. Jadi?
Amin : I like a girl.
Iman : You like her. How about her?
Amin : I don’t know.
Iman : Ok, nanti akak tanya dia. Lepas tu Amin nikah la dengan dia.
Amin : What?! You know I’m just 20!
Iman : So what? Tak ada masalah kalau dah mampu, yakin & bersedia.
Amin : You know I'm not ready yet.
Iman : Ok, don't worry. You have another option.
Amin : Apa dia?
Iman : Kalau dah tak bersedia, kena la buat persediaan.
Amin : Mesti makan masa yang lama kan.
Iman : It depends on you.
Amin : Kak..
Iman : Ye.
Amin : Amin rindukan dia. Rindu sangat-sangat. Kalau la Amin boleh nikah dengan dia sekarang, sekarang jugak Amin nak nikah dengan dia.
Iman : Lorh.. Tadi Amin yang cakap, Amin baru umur 20 la, tak bersedia zahir & batin la.
Amin : That's the problem. Eh, 'zahir & batin' tu akak yang saja tambah-tambah, ok.
Iman : Hehe.. Just kidding~ Ok, Amin rindu dia?
Amin : Yup. But...
Iman : But what?
Amin : I hate that feeling.
Iman : Reason?
Amin : Cinta macam ni melalaikan, kan?
Iman : Mat jiwang.
Amin : Akak !
Iman : Ok, kita masuk mood serious & fasa penyelesaian masalah.
Amin : That's what I'm waiting for.
Iman : Ye ke. Ingatkan nak luahkan perasaan je tadi. ;p
Amin : =.="
Iman : OK, satu benda yang akak suka, Amin sedar yang melayan perasaan macam ni membawa kelalaian. Tapi, apa yang akak tak suka, Amin bencikannya.
Amin : Eh?
Iman : Siapa yang berkuasa menghadirkan perasaan cinta ni?
Amin : Aa.. Allah.
Iman : Yup. Jadi?
Amin : We shouldn't hate this feeling.
Iman : Should not & must not. Apa yang kita patut buat bukannya membenci perasaan tu, tapi mengawalnya.
Amin : Macam mana nak kawal, kak? Susah..
Iman : Setiap kesusahan tu ujian. Hatta, kesenangan pun ujian. Nak buat benda baik memang la susah sikit, kan..
Amin : Erk. Betul.
Iman : Jangan risau. Lagi besar ujian, lagi besar pahalanya. Yang penting kena sabar. Perasaan tu bukannya tak boleh dikawal, cuma kita je yang selalu melayan perasaan tu. Ikut sangat dorongan nafsu.
Amin : Jadi, nak buat macam mana?
Iman : My dear brother, pada pandangan akak la, pertama-tamanya kita kena ubah cara minda kita berfikir.
Amin : How?
Iman : Jangan bagi diri kita asyik berfikir tentang si dia je. Otak kita ni mampu melakukan perkara-perkara yang jauh lebih hebat daripada tu. Jangan disebabkan cinta tak nyata ni, seluruh minda kita dikuasainya, sampai dah tak dapat nak fikir benda lain.
Amin : Ok.
Iman : Cuba fikir, banyak lagi benda lain yang perlu kita fikirkan selain daripada cinta yang tak pasti tu. Mula-mula sekali, ingat yang kita ni hidup di muka bumi ni untuk mengabdikan diri kita kepada Allah. Apa-apa yang kita buat, semuanya kita sandarkan atas niat untuk beribadah kepada Allah.
Amin : Betul.
Iman : Itu kunci utamanya. Lepas tu, Amin sendiri boleh fikir kan, apa yang perlu kita lakukan, apa tugas kita, prioriti kita sebagai hamba Allah, khalifah di muka bumi, anak kepada kedua orang tua kita, penuntut ilmu, saudara kepada sahabat-sahabat Muslimin kita di Palestin sana & banyak lagi. Tengok, banyak lagi kan tugas kita yang lebih penting? Semua tu akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Akak rasa Amin boleh fikir sendiri. Tak payah akak explain panjang-panjang kot.
Amin : Hmm... Maybe.
Iman : Akal kita ni hebat, dik. Jangan bazirkannya macam tu je. Manusia rugi sebab tak manfaatkan akal tu sebaiknya. :)
Amin : Nice words. Tu la kan. BIla manusia dah utamakan nafsu, akal tu dah pergi entah ke mana.
Iman : Pelik kan. Akal yang power macam tu pun boleh kalah dengan nafsu. Bukannya tak tau yang mana betul, yang mana salah.
Amin : Senang dilafaz, sukar dilaksana.
Iman : Right.
Amin : Tapi akak tak sentuh pun pasal cintakan Allah. Bukan ke itu yang paling utama?
Iman : Macam yang Amin kata tadi, senang dilafaz, sukar dilaksana. Cinta Allah itu anugerah teragung buat hamba-Nya yang suci jiwanya, mantap peribadinya.
Amin : Layak ke kita untuk dapat anugerah tu? T__T
Iman : Layak atau tak, itu urusan Allah. Yang penting, kita kena berusaha untuk dapatkannya. Selalu bertaubat kepada-Nya, mohon ampun setiap masa, selalu mengingati-Nya, taat perintah-Nya, jauhi larangan-Nya & akhir sekali, istiqamah dalam mengamalkan semua ni. :)
Amin : Senang dilafaz, sukar dilaksana.
Iman : Allah menilai usaha kita, bukan hasilnya.
Amin : Yup.
Iman : Teringat kisah cinta serikandi Islam, Rabi'atul Adawiyah.
Iman : Cinta yang satu. Seluruh jiwa, hanya buat Allah semata-mata. Hatta tiada ruang buat cinta manusia. Cinta beliau sangat agung.
Amin : Tapi cintanya melawan fitrah.
Iman : Tak. Cinta beliau unik. Mungkin hanya sesuai buat seorang insan bernama Rabi'atul Adawiyah semata-mata.
Amin : Maknanya kita tak boleh tiru cinta sebegitu?
Iman : Kalau nak tiru sekalipun, mampu ke? Cukup sekiranya kisah cinta Rabi'atul Adawiyah itu dijadikan teladan, pedoman & pengajaran. Untuk dijadikan ikutan, manusia biasa tak mampu rasanya. Ikut la apa yang memenuhi fitrah kita. Islam itu kan mudah, dan melengkapkan fitrah? :)
Amin : Betul.
Iman : Jadi, apa maknanya cintakan 'dia' kalau semua tugas-tugas kita tadi tak terlaksana? :)
Amin : Tapi, alangkah lebih indah andai dapat meraih cinta-Nya bersama si dia?
Iman : Ya, kalau mampu menyunting dirinya, silakan. Tafaddhal masykura.
Amin : Erk, belum. T__T Lagipun, dia tu baik kak. Baik sangat. Rasa macam diri ni tak layak je. Bukan ke perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. T__T
Iman : Dah tau dia baik, jadi, usaha la untuk jadi baik macam dia! :D
Amin : Insha-Allah. Guide me, sis? Please~~
Iman : Insha-Allah. I'll try my best. But, if you want a better result, you are the one who should guide me, coz you're the one who'll be the leader, the imam. :)
Amin : I'll try my best too.
Iman : Jangan fikirkan sangat, ok. Apa-apa pun, semuanya bergantung pada takdir Allah. Semuanya dah ditakdirkan Allah. Nak risau apa? Cuma masanya je mungkin belum tiba. Buat masa ni kita sediakan diri kita untuk jadi Muslim yang baik dulu. Bila dah rasa cukup bersedia nanti, masa tu, terpulang pada kita apa tindakan kita seterusnya.
Amin : Ok. Syukran jiddan ya ukhti~~ ^_^
Iman : My pleasure. It's my responsibility to help my dear brother. Harap-harap apa yang kita sembang tadi berguna la ye. :)
Iman : Ingat, pentingkan perkara yang terpenting sebelum perkara yang penting kerana perkara yang terpenting itu lebih penting daripada perkara yang penting. ^^
Amin : Oh, ok. Btw, akak cakap pasal orang ni, akak tu bila pulak? Hehe..
Iman : Kan akak dah kata, pentingkan perkara yang terpenting dulu. Ada jodoh nanti, ada la. Ok, discussion kita pun dah tamat dengan jayanya kan. Akak ada kerja lain ni. Ilalliqa', ma'assalamah.
Amin : Ok-ok. Assalamu'alaikum.:)
Iman : Wa'alaikumussalam warahmatullah.
Iman has signed out.
---------
P/s : suka gila dengan nama Iman tu.. Sangat comel & sweet.. Aha~

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)

.jpg)