Saturday, October 20, 2012
Pelangi Iman [part 1]
[img credit --> ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com]
"Subhanallah.. Cantiknya awan.. Kan angah? Along?" Amin memulakan celotehnya kembali di halaman rumah itu.
“Ya, dik. Siap ada bentuk penyu pula tu.. Hihi.” Iman melayan celoteh adiknya.
“Ciptaan Allah yang mana tak cantik, dik..” Aiman menyambung.
Iman tersenyum sendiri melihat adiknya. Amin masih terpegun ‘merenung’ langit biru. Entah apa la yang sedang dia ‘perhatikan’. Aiman pula sedang menikmati kopi putih 3-dalam-1 yang dibancuhnya tadi. Pagi ini pagi hujung minggu. Seperti biasa, Iman meluangkan masa hujung minggunya bersama abang dan adik bongsunya. Nasib baiklah semua assignment yang diberikan pensyarah sudah berjaya disiapkan semalam. Bolehlah lakukan pelbagai aktiviti yang menggembirakan hari ini !
Makanya, selesai sahaja bersarapan & mengemas dapur pagi tadi, dia terus mengenakan tudung ekspres dan meluru ke halaman rumah. Adik & abangnya sudah selamat berbaring di atas rumput.
“Masya-Allah.. Dah syahid abang & adik aku ni..”
Aiman mencelikkan mata sambil buat ‘muka sandwich’. (=_=). Amin pula masih memejamkan mata sambil tersenyum.
“Tak aci ! Angah kemas dapur, Along & adik dah berehat kat sini !”
“Hehe.. Tak dapek eden nak nolongnya..” jawab Amin selamba sambil terkekeh-kekeh ketawa.
“Buruk benar loghatnya dik oii..” Aiman pula bersuara, kemudian menyambung,
“Baiklah cik angah sayang.. Tengah hari nanti along tolong cik angah sayang basuh pinggan pula ya..” Sengaja ditekan perkataan ‘sayang’ itu. Bukan selalu dapat mengusik adik aku seorang ni. Hujung minggu macam ini barulah ada peluang. Hehs.
“Sweetness overdose !” Iman buat muncung. Tak fasal-fasal muncungnya ditarik Aiman pula.
“Along ni la kan ! Sakitlah !” Dicubit perut abangnya yang sedikit terkehadapan itu.
“Buncit !”
“Amboi.. Sedapnya mulut.. Kalau betul buncit pun, salah angahlah. Siapa suruh masak sedap-sedap.. ”
“Hello.. Angah masak hujung minggu je. Yang hari-hari lain tu, mama Mila yang masak kan..”
“Tak boleh ke panggil mama je?”
“Sorry.. Belum boleh,”
“Jadi nak salahkan mama la perut abang ni buncit ?”
Iman malas nak layan.
Sunyi seketika. Mama Mila merupakan ibu tiri mereka ataupun isteri kedua kepada arwah ayah mereka, Haji Imran. Haji Imran & ibu mereka puan Fatimah telah meninggal dunia akibat satu insiden kemalangan beberapa bulan yang lepas ketika pulang dari solat Isya’ di masjid bersama Amin. Alhamdulillah, Amin terselamat daripada kemalangan tersebut namun kedua belah matanya telah buta selepas kejadian itu. Mujurlah Amin dapat menerima segala yang berlaku dengan redha, setelah dipujuk & diberi sokongan oleh abang & kakaknya serta mama Mila. Kini, mereka tinggal bersama mama Mila di rumahnya.
“By the way, terima kasih sangat-sangat sebab puji masakan Angah sedap..” Iman tiba-tiba bersuara kembali sambil buat mata terkelip-kelip.
“Bbrbbrrbrbrrbbrrr..” Aiman buat bunyi pelik. Eleh angah ni, menggoda la mata tu konon.
“Awalnya mama keluar hari ni.. Belum Subuh dah lesap dari rumah..” tiba-tiba Amin bersuara juga.
“Rindu mama Mila ke.. Tengah hari nanti dia balik la kan..”
“Mama,” Aiman membetulkan Iman.
“Mama Mila,” Iman degil tak mahu sebut mama saja.
“Apa-apa la..”
Entah kenapa susah betul Iman mahu memanggil mama Mila dengan sebutan mama saja. Walaupun dia tahu mama Mila begitu baik dengan mereka, sanggup menjaga mereka setelah kehilangan suami tercinta selepas hanya beberapa bulan berkahwin dengan ayahnya. Dia tahu, mama Mila memang sangat baik. Namun, bagi Iman, panggilan mama hanya khusus buat arwah ibunya saja. Tiada orang lain yang boleh menggantikan tempat mamanya.
“Hello.. Selamat pagi Iman..” Uncle Lim, jiran di sebelah kami tiba-tiba menyapa . Iman tersentak. Oh, sudah pukul 8 pagi. Baru pulang dari berjogginglah tu.
“Selamat pagi uncle..” Iman menyapa kembali dengan senyuman.
“Ala uncle.. Kami bertiga di sini, Iman saja yang uncle ucap selamat pagi..” Aiman mencebik. “Tak aci..”
“Ala.. Iman tu mewakili kamu semua la.. Nak sebut nama seorang-seorang nanti panjang sangat.. Uncle ringkaskan la.. Hehe..”
“Ada-ada saja la uncle ni..” Amin pula bersuara. Diikuti hilai tawa masing-masing.
“Aunty tak ikut berjogging dengan uncle ke..?” Iman menyambung perbualan.
“Aunty kamu tu kata tak larat pula nak jogging hari ni.. Dia duduk di rumah saja.. Ok la, uncle masuk dalam dulu ya, Aiman..”
“Hehe.. Ok uncle..” Heh, saja uncle ni perli aku. Iman dah ketawa di sebelah.
“Cakap kat aunty jaga kesihatan.. Jangan buat kerja berat-berat sangat..” sambung Iman pula.
“Ok.”
“Jaga aunty elok-elok ya uncle,” giliran Amin pula mengusik.
“Iya.. Amboi, sudah pandai ya kamu sekarang..”
“Hehe.. Angah yang ajar..”
“Ek eh.. Angah pula yang kena..” Iman mencubit hidung adiknya.
“Adui..”
“Macam-macam hal la kamu semua ni.. Ok la.. Kalau terus macam ni, sampai tengah hari nanti uncle tak masuk rumah ni..”
“Haha.. Ok, sorry uncle.. Masuk rumah dengan senyuman ya..” Iman melambai uncle Lim sambil tangan kiri masih mencubit hidung Amin.
Pagi yang indah. Moga hari ini terus indah & ceria !
- - - - - - - - - - - - - - - - - - -
bersambung, insya-Allah..
Stay blessed in Rahmatillah.. :D
- - - Baca Pelangi Iman [Part 2]
- - - [baca Pelangi Iman [part 3] ]
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
thumbs uP! subhanallah. nice, waiting, untuk yang seterusnya . moga Allah beri mudah.
ReplyDelete@aku-bukan-robot. terima kasih.. insya-Allah akan jadi cerita bersiri di blog ini.. :)
ReplyDelete