■ Buku Nota Iman

Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Monday, October 18, 2010

Kenapa alwanPelangi..?

8 comments :

alwanPelangi = warna-warna Pelangi..

Alwan bererti warna-warna..
Berasal daripada perkataan 'launun' ataupun 'laun' (jika dimatikan) yang bererti warna..
Terperincinya,

mufrad - Launun = warna,
muthanna - Launaani = dua warna ('Launain' jika mansub atau majrur)
jama' - Alwan = warna-warna

Ops, minta maaf kalau ada yg kurang faham.. hehe..
Cukuplah sekadar anda faham bahawa mufrad itu satu, muthanna itu dua, jama' itu banyak/ramai.. :)

Cadangan asalnya, saya nak namakan Pelangi je. Tapi macam tak cukup seri la pulak..
Hmm.. Jadi, saya namakan pulak Warna-warna Pelangi..
Aa.. Panjang sgt pulak..
Jadi, nak memendekkan frasa tersebut & menambahkan nilai Islamik pada nama tu, saya terjemahkan 'warna-warna' kpd bahasa Arab = alwan..

Pelangi tu pula kiasan kepada keindahan hidup ini, yang mana hanya wujud seketika & sementara cuma..
Maka, wujudlah nama 'alwanPelangi' ini.. Yeayy....~ \(^^)/

Ringkasnya, alwanPelangi ini cerita berkenaan pengalaman & perjalanan hidup penulis yang berwarna-warni laksana pelangi.. Indah, bermacam warna, namun hanya seketika.. Sampai masanya, ia akan hilang juga..

Moral of the story :
dunia sementara, akhirat kekal selama2nya..
dunia penuh dugaan & cabaran.. Susah, penat, payah..
akhirat ada syurga yg penuh kenikmatan, nikmat yg paling best..! Yg tak pernah kita nmpk pulak tu, tak tergambar, tak pernah terlintas dlm fikiran..
Jadi, apesal la manusia ni bebal sgt kejar dunia ni, lps tu smpai lupa kat akhirat pulak..?

p/s : Last2 saya sendiri pelik dgn diri saya sendiri.. Akal ada, tapi tak guna.. Rasa mcm bodoh sgt2..
Ahh... Hinanya diri ini.. Ampunkan aku ya Tuhan.. Ampunkan kami, hamba2mu yg menzalimi diri sendiri lantaran kejahilan kami...~~


Jom 'amalkan do'a taubat ni :


Allahumma anta Rabbi, subhanaka, inni kuntu minazzhalimiin..
= Ya Allah Engkaulah Tuhanku, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong dalam golongan orang2 yg zalim..


Rabbana zhalamna anfusana wa in lam taghfirlana wa tarhamna lanakunanna minal khasiriin..
= Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan merahmati kami, nescaya kami akan tergolong dalam golongan orang2 yg rugi..

Taqabbalallahu minni wa minkum.. Amiin...

- Alfi -
alwanPelangi

Thursday, October 14, 2010

Di Sini Bermula, alwanPelangi..

No comments :
alwan Pelangi = warna-warna Pelangi..
(formerly known as Bingkisan Qalbi @ http://hafiziazmi.blogspot.com)

AlwanPelangi merupakan sebuah blog yang terbuka buat tatapan umum..
Menyampaikan tulisan, cerita, karya seni & kisah perjalanan hidup penulis..
Tulisan-tulisan yang terdapat di dalam blog yang dijenamakan semula ini kini lebih berkonsep ilmiah & santai..
Juga lebih asli kerana penulis akan cuba sedaya mungkin untuk tidak memuatkan karya yang ditiru daripada sumber lain lagi..
Namun, andai ada sesuatu perkara yang perlu dirujuk daripada sumber yang asal, akan penulis lampirkan bersama post tersebut..

Apa yang penting, penulis amat berharap agar tulisan2 di sini mampu menginsafkan, memberi pengajaran, pedoman dan memotivasikan diri para pembaca malah diri penulis sendiri, insyaAllah..
Moga segala kebaikan yang kita peroleh dapat dikongsi buat saudara2 Muslim yang lain..
Dan moga2 segala usaha ini dapat kita sama2 tuai hasilnya di negeri abadi nanti, insyaAllah..

p/s : segala artikel di sini ditulis berdasarkan ilmu penulis yang terbatas..
Sebarang kesalahan, mohon ada yang lebih berilmu & lebih memahami tolong perbetulkan..
Penulis bukanlah manusia sempurna, sekadar berkongsi kefahaman yang sedia ada..

Salam ukhuwwah, salam mahabbah, salam mawaddah..

- Alfi -
alwanPelangi

Komen Terkini