■ Buku Nota Iman

Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Sunday, August 23, 2015

Promosi Business Card Murah !

3 comments :

Buat para peniaga/usahawan & blogger yang sudah lama mengidam untuk memiliki kad bisnes sendiri.

Ingin tampil bergaya di hadapan kenalan, teman atau klien anda ?
Tonjolkan profesionalisme anda.
Kini anda boleh dapatkan kad bisnes anda dengan harga yang sangat istimewa !

Cetakan berkualiti (offset printing)
Matte Laminate
Cetakan warna depan/belakang
Ketebalan kad 260 gsm

Kuantiti Harga Postage
(Semenanjung)
Postage
(Sabah/Sarawak)
1 kotak (100 pcs) RM 30 + RM 6 + RM 10
2 kotak (200 pcs) RM 40 + RM 6 + RM 10

3 kotak (300 pcs)

RM 50

+ RM 6

+ RM 10


4 kotak (400 pcs)
RM 60 + RM 6 + RM 10

5 kotak (500 pcs)
RM 70 + RM 9 + RM 15

10 kotak (1,000 pcs)
RM 90 + RM 9 + RM 15

Pastikan rekabentuk grafik/design kad bisnes anda sudah tersedia.
Jika belum, anda boleh dapatkan servis rekabentuk grafik daripada kami dengan tambahan hanya RM 15 per design (simple design - untuk tempoh terhad sahaja).
Lihat portfolio design kami di sini ---> http://www.alfistudio.com/v1/bcard
Lihat cara pembayaran di sini ---> http://www.hafiziazmi.com/p/borang.html

Proses percetakan memakan masa 2-3 hari bekerja, bergantung kepada keadaan.
Kad bisnes anda akan terus dipos sebaik sahaja siap dicetak.
Kami menggunakan servis poslaju. Tracking code akan dihantar selepas selesai dipos.

Untuk menghantar design anda, emelkan tempahan anda ke :

info.alfistudio@gmail.com

atau mesej kami di FB Page ALFI Studio.
Butiran pembayaran akan dihantar melalui emel, atau boleh dilihat di sini --> http://www.hafiziazmi.com/p/borang.html

Terima kasih ! ^^

ALFI Studio didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SA0318913-D).
Menyediakan servis rekabentuk grafik, ilustrasi, laman web & servis komputer.
Tempahan anda dijamin.
Sebarang pertanyaan, hubungi 018-2132899.

Friday, August 14, 2015

Kenali Simple Hijab & Jana Pendapatan !

1 comment :

Simple Hijab ni adalah sebuah perniagaan yang didaftarkan di SSM (SA0313566-A), menawarkan pelbagai rekaan tudung/hijab. Terkini, mereka mempunya tudung jenis SH Exclusive & Feliciti Basic. memang tudung-tudung yang ada kat sini pun lawa-lawa !

Mereka juga sedang giat memasarkan program agen bagi memasarkan jenama Simple Hijab ni.
Jadi, kalau korang semua berminat untuk menjana pendapatan tambahan, bolehlah daftar secara PERCUMA di sini !
Tak perlu modal, tak perlu ambil produk.
Hanya pasarkan & promosikan ! ^^

Yang osemnya lagi, untuk pengguna Android, korang juga boleh muat turun aplikasi tutorial hijab Simple Hijab di sini --->
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.tutorial.simplehijab


Apalagi, jomlah jana pendapatan tambahan korang di sini !
Untuk maklumat lanjut, layari :
www.simplehijab.my/
bit.ly/simple-hijab

Bilakah Artis Boleh Melukis Komik yang Mereka Suka?

2 comments :
Bagi pelukis komik, adalah satu nikmat apabila penerbit suka menerbitkan apa saja yang terhasil dari tangan 'magik' mereka.

Bagi mereka, itulah yang sepatutnya berlaku!
Penerbit tak sepatutnya mengehadkan kebebasan kreativiti pengkarya!

Saya ketawa sahaja. Ini kesilapan besar dan biasa yang dilakukan pengkarya muda.

Karya pertama kita dengan penerbit, ada rezeki komik kita bersesuaian dengan pasaran pembaca dan polisi penerbit, barulah ada peluang komik kita diterbitkan.

Atau kebiasaannya, kita hanya akan lukis komik dari skrip penulis lain, atau projek komik yang ditentukan penerbit.

Adakah memang tiada peluang untuk melukis komik datangnya dari idea kepala kita sendiri?

Masih ada. Tapi peluangnya sangat nipis.

9 dari 10 proposal yang dihantar setiap hari berpotensi direject penerbit.
Pada celah mana anda fikirkan anda mempunyai peluang?

Penerbit tidak mahu layan pengkarya keras kepala.
Selagi anda tak boleh meletakkan justifikasi adakah karya anda boleh laku dijual, selagi itu penerbit tak mahu mengeluarkan modal menerbitkan karya anda.

Waktu bilakah penerbit akan beri kebenaran untuk kita melukis komik apa yang kita suka?

1. Hanya selepas kita sudah menerbitkan sekurang-kurangnya 5 buku bersama mereka.
2. Hanya selepas kita membuktikan kita berjaya memperoleh royalti RM 25k setahun.
3. Hanya selepas kita mempunyai puluhan atau ratusan ribu followers di media sosial.
4. Hanya selepas kita sudah membuktikan karya kita menjadi bestseller beberapa judul buku.

(Ini beberapa faktor yang saya pernah belajar dari editor dan pengurus penerbit. Kemungkinan lain penerbit, lain tanda arasnya)

Anda kena ingat satu perkara.

Ramai orang lain juga pandai melukis.
Ramai orang lain yang juga punya idea yang hebat.
Ramai orang lain yang mengaku ceritanya sangat meletup.
Jadi, apa istimewanya anda?

Fikirkan cara bagaimana anda boleh lebih stand-out dari pengkarya lain.


8 Peringkat Pembacaan (Part 1)

2 comments :

Secara purata, berapa kali kita ulang baca satu komik yang sama? 5 kali? 3 kali? 1 kali? Atau separuh pun kadang2 tak habis?

Pembacaan yang berulang kali memberi pengaruh. Baik dari tindakan, pemikiran, mental dan mungkin fizikal pembaca. Hanya disebabkan mereka suka membaca berulang2 kali komik yang sama.

Bagi pengkarya, pembaca yang membaca karya mereka berulang2 kali adalah satu anugerah. Itu menunjukkan harga yang mereka bayar berbaloi dengan segala usaha dan penat lelah yang mereka curahkan dalam karya.

Andai purata pembaca kebanyakannya tidak pernah habis baca, itu satu alamat buruk bagi pengkarya. Jangka hayatnya tidak akan lama!

Mahu tidak mahu, pengkarya bertanggungjawab mencari cara untuk improvasi karya sendiri. Memahami tabiat pembacaan pembaca adalah satu solusi yang terbaik.

Semalam saya baca sebuah manga bertajuk Kounodori, sebuah manga berkaitan perubatan bersalin anak. Segala jenis info dan cerita kes tentang orang beranak ni semua ada. Dari kes anak luar nikah, kes bayi tak cukup bulan, kes abortion dan banyak lagi. Nanti saya akan ceritakan lebih lanjut tentang ini.

Bagaimana saya boleh terjebak membaca manga ini? Bukan disebabkan promosi rakan, bukan disebabkan saya pernah baca manga ini dahulu, dan juga bukan disebabkan iklan2 yang muncul di newsfeed.

Sejujurnya saya terserempak dengan manga ini apabila sedang scroll senarai manga dalam apps. Tiba2 saya tertarik pada covernya. Kenapa? Sebab lukisan covernya seperti ilustrasi Takehiko Inoue, pelukis komik kegemaran saya.

Malangnya bukan. Tapi strokenya lebih kurang, saya fikir mungkin pelukisnya adalah anak murid beliau.

Tapi tak mengapa, saya cuba2 juga baca dari episod pertama. Saya baca secara santai, saya lihat lukisan, saya lihat karakternya. Dari segi lukisan mungkin kebanyakan pembaca tidak berapa berkenan. Tapi pada akhirnya, yang membuatkan saya melekat untuk baca adalah kerana jalan ceritanya.

Sedangkan ceritanya tentang Medik. Saya bukanlah seorang peminat term2 medik, tapi entah kenapa saya suka baca ceritanya walaupun satu apa pun saya tak faham.

Bayangkan, lukisannya tak menarik.
Saya bukan peminat dan pelajar bidang perubatan.
Saya tiada kena mengena dengan orang sakit bersalin.
Saya cuma tertarik dengan lukisan cover sahaja.
Saya baca sekali lalu sahaja.

Tapi saya masih melekat baca, sehingga ke episod 10. Mengapa?

(Bersambung...)


Thursday, August 13, 2015

CPUV Nuffnang Bulan Ogos 2015

8 comments :
OMG.
Seriously..?!

Dapat ad CPUV wehh ~~~ Ahaha..

Uhuk2.. Maap.. Maap..
Teruja kejap, sebab ni first time nampak kejadian macam ni kat blog yang tak seberapa ni.. ^^"


Entah macam mana tadi terasa nak check akaun Nuffnang..
Tup-tup baru perasan diorang dah letak ads kat sini.. :O
(Aaaa... Kenapa baru hari ni aku perasan ~~~~)

Sebenarnya, blog ni memang dah lama bersawang sejak tahun lepas..
Entah kenapa tiba-tiba awal bulan hari tu terasa macam nak aktifkan balik blog ni..
Macam nak re-branding la konon..
Domain/URL pun dah ditukar daripada .blogspot.com kepada www.hafiziazmi.com ..
Simple. Kemas. Anggun. Gituu... :v

Tiba-tiba dah dapat peluang macam ni, memang kena aktif betul la lepas ni..
Wehhh bukan senang blog yang tak glamour macam ni nak dapat CPUV ads ni ~~
(Lain lah kalau saya ni hijabster anggun berwajah floles, senang sikit nak dapat followers.. Eh. :v )

Terima kasih Encik-encik, Cik-cik & Puan-puan yang meluluskan ads ni diletakkan kat blog ni..
--> Encik Kepci, Puan Megi dan UForLife ~

Nak tahu apa rahsia saya boleh dapat CPUV ads ni..?
Aha.. Nanti kalau rajin saya cerita.. Keke..
Eh, ada ke orang nak baca cerita aku ni..? :v

Ok semua, insya-Allah nanti ada cerita saya update lagi ya ~
Singgah-singgah la sini selalu ~
Banyak idea dah masuk otak ni..
Tinggal rajin tak rajin je nak update.. huhu..

-- stay blessed in rahmatillah --

Tuesday, August 04, 2015

#notabisnes : Mula, Sedia dan Kembangkan Bisnes Anda

4 comments :
Mula, Sedia, dan Kembangkan Bisnes Anda
Konsep, Strategi, dan Teknik dalam memulakan bisnes, membina bisnes dan mengembangkan bisnes
Tidak kisah yang baru berniat atau sedang berusaha
Masih takut-takut nak berbisnes? Takut duit terbakar dan tiada hasilnya?
Sudah bermula tetapi semakin hari semakin penat layan order?
Tidak faham apakah strategi sebenar buat iklan?

Teruskan pembacaan #notabisnes di sini :)

Baca juga #notaduit di sini :)

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Izwan Robotys adalah persona dalam talian milik Izwan Wahab. Bekerja sebagai programmer di e-sentral.com sebuah pasaraya ebook terkemuka tanah air, dan sebelum itu berjawatan yang sama di PTS Media Group, antara penerbit buku terbesar negara.

"Aku mahu memetakan lanskap duit dan kewangan dengan lengkap dan teratur" adalah misi yang menjadi obsesi beliau. Beliau membaca ratusan buku, menonton pelbagai video dan juga mendamping mentor dan guru khusus untuk mengumpul maklumat dalam genre kewangan peribadi, bisnes dan juga pemasaran.Buku #notabisnes beliau adalah cepisan kecil daripada Peta Kewangan tersebut.

Teruskan pembacaan #notabisnes di sini :)

Baca juga #notaduit di sini :)

#notaduit : Formula Kewangan - Makan Gaji Tetapi Senang Hati

4 comments :
Formula Kewangan - Makan Gaji Tetapi Senang Hati
Mengukuhkan pertahanan kewangan kita dan menikmati ketenangan sebenar semasa makan gaji
Khas untuk tuan/puan yang tersepit. Yang penat, yang sesat. Yang berpeluh keringat berusaha. Yang tidak sesekali menyerah kalah.

Masyarakat boleh lihat tuan/puan, jeling tuan/puan, bantu ataupun keji tuan/puan.

Satu-satunya perkara yang masyarakat tidak boleh lakukan adalah buat-buat tidak nampak. Kerana akhirnya, yang berusahalah yang akan berjaya.

Mungkin tuan/puan perlu tersepit dahulu.

Bagaimana lagi caranya kita mampu mendongakkan kepala dan berserah kepada-Nya? Atau bangun dari bawah jika tidak pernah jatuh? Atau menjadi kental jika tidak pernah kalah?

Teruskan pembacaan #notaduit di sini :)

Baca juga #notabisnes di sini :)

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Izwan Robotys adalah persona dalam talian milik Izwan Wahab. Bekerja sebagai programmer di e-sentral.com sebuah pasaraya ebook terkemuka tanah air, dan sebelum itu berjawatan yang sama di PTS Media Group, antara penerbit buku terbesar negara.

"Aku mahu memetakan lanskap duit dan kewangan dengan lengkap dan teratur" adalah misi yang menjadi obsesi beliau. Beliau membaca ratusan buku, menonton pelbagai video dan juga mendamping mentor dan guru khusus untuk mengumpul maklumat dalam genre kewangan peribadi, bisnes dan juga pemasaran.Buku #notaduit beliau adalah cepisan kecil daripada Peta Kewangan tersebut.

Teruskan pembacaan #notaduit di sini :)

Baca juga #notabisnes di sini :)

Monday, August 03, 2015

Borak SUPREME bersama Pokcik Fingernailz

No comments :

Siapa Pokcik Fingernailz ni..?

Beliau kini menguruskan Comichat Academy (department Education - Comichat).
Pernah menjadi instructor di ComicXcel bersama De'Gwet.
Beliau ni awesome orangnya..
Karya beliau yang berjudul Paradigma Guru telah dinobatkan sebagai Karya Terbaik daripada para editor laman web pertandingan komik Malaysia ; SUPREME.
Setelah mendapat undian tertinggi daripada para pembaca untuk komik versi one-shot, Paradigma Guru terus mendapat sambutan hangat dan merupakan antara komik yang mendapat ranking tertinggi dalam siri SUPREME.


Jumaat yang lalu, pihak SUPREME Comichat telah mengadakan satu sesi khas yang dinamakan Borak Supreme.
Nak tahu lebih lanjut mengenai Pokcik..?
Jom kita ikuti perbualan abam Iqbal bersama Pokcik dalam sesi Borak SUPREME #1 ini ! ^^


Pokcik Fingernailz boleh dijumpai di -->

DeviantArt - http://fingernailz93.deviantart.com/
FB Page - https://www.facebook.com/PokcikFingernailz
FB Profile - https://www.facebook.com/emiree.haemoglobin

Jangan lupa tonton siri Borak SUPREME pada minggu hadapan -->
Borak SUPREME bersama Yoketouchi Yutaka pula ! ^^

Sunday, August 02, 2015

6 Nilai yang Anda Perlu Masukkan Sebelum Mula Berkarya

No comments :
Bagaimana Supreme meletakkan nilai dalam penerbitan mereka? Ini saya kongsikan 6 Nilai tersebut.

==========

Ramai pengkarya baru menganggap, asalkan lukisan kita cantik, cerita kita menarik, semua orang akan berminat dengan karya kita. Editor akan berlumba2 mahu menerbitkan buku kita. Kedai buku berebut2 nak paparkan karya kita pada rak 'Bestseller'.

Hakikatnya, itu 'mitos' paling besar yang dibuat oleh pengkarya baru.
Lukisan cantik dan story menarik adalah salah satu nilai dari banyak nilai yang kita perlu selitkan dalam karya.
Nilai itu hanya apply pada pembaca dan peminat kita sahaja.

Bagaimana nilai yang kita berikan pada Editor?
Bagaimana pula dengan pihak yang mengedarkan buku kita?
Bagaimana dengan kedai buku?
Bagaimana dengan ibu bapa pembaca karya kita? Mereka tidak melarang anak2 mereka baca komik?

Apabila kita mula berhasrat menerbitkan karya, jangan lupa sebenarnya banyak pihak yang terbabit dalam proses penerbitan karya kita, dari mula kita meletakkan pen, sehingga karya kita sampai ke tangan pembaca.
Hatta cara mereka menyusun komik kita pun ada 'nilai' yang kita perlu fikirkan!

Dalam penerbitan Supreme Comichat, kami meletakkan polisi 6 'Nilai' yang diperlukan untuk memastikan setiap siri dalam Supreme berbaloi untuk diterbitkan.


1. Kualiti
Ini adalah apa yang disumbangkan dari pengkarya sejak awal. Lukisan yang cantik, story yang menarik. Menghasilkan karya yang berkualiti memerlukan ilmu dan skil yang sentiasa diasah dari semasa ke semasa. Karya yang berkualiti, memastikan karya kita sentiasa dibeli oleh pembeli pertama berulang kali.

2. Populariti
Dari sudut lain, seberapa popularnya siri mereka juga memainkan peranan. Berapa ramai fanbase mereka? Berapa ramai Tribe mereka? Sekiranya sekali mereka share artwork di FB, berapa ramai akan komen dan Like? Itu semua diambil kira untuk memastikan pengkarya tidak berhenti mempromosikan karya masing2.

3. Konsistensi
Ini dari aspek stamina pengkarya, yang hanya teruji apabila karya mereka disirikan. Banyak kes apabila pengkarya memulakan satu2 siri, tidak dapat dihabiskan kerana datangnya idea lain, ataupun kerana tidak mampu lagi untuk menanggung kos, atau atas komitmen-komitmen yang lain seperti komitmen keluarga dan pelajaran. Penerbit sangat menitikberatkan komitmen pengkarya pada karya yang diusulkan.

4. Kebolehpasaran (Marketability)
Adakah karya tersebut boleh digunakan untuk memasarkan jenama penerbit? Adakah karya tersebut boleh dipasarkan pada segmen pembaca penerbit? Adakah karya tersebut boleh menjadi duta penerbit? Bolehkah karya tersebut menarik mata pembaca pada sekali pandang? Itu semua perlu dititikberatkan.

5. Kebolehjualan (Sellability)
Aspek ini amat penting untuk bagaimana mengukur kadar jualan kita pada satu2 masa dan tempat. Dalam penerbitan, soal karya kita boleh jual atau tidak boleh jual adalah isu paling utama. Adakah karya kita boleh membantu penerbit mendapatkan rak-rak utama di hadapan pintu kedai buku? Adakah karya kita boleh membantu penerbit mencapai KPI RM 300k pada suku pertama tahun ini? Adakah karya kita mampu mendapat takhta bestseller di kedai2 buku popular dalam tempoh sebulan? Jawab dengan yakin.

6. Perlesenan (Licensing)
Selain dari aspek popular dan kualiti, perlu ingat. Satu aspek paling utama mengapa penerbit memilih karya kita adalah kerana karya kita ada ciri2 boleh sustain dalam pasaran. Merancang kejayaan karya kita, di luar dari sekadar menjadi komik yang dibukukan. Adakah kita merancang karya kita untuk dijadikan game, filem dan animasi? Adakah kita merancang karya kita dapat dilesenkan untuk menjadi duta iklan syarikat telekomunikasi? Adakah possible karya kita digunakan dalam bilik darjah di sekolah2 pedalaman?

Pemilihan Nilai dalam merancang karya kita sangat kritikal untuk pengkarya sebelum memulakan apa2 proses pengkaryaan. Letak visi, tanya diri sendiri dalam tempoh 5 tahun, di manakah siri komik kita akan berada?

Sama ada di atas billboard pengiklanan ataupun di papan laci meja anda, ANDA yang tentukan.


Pelajari dengan lebih mendalam di Seminar Menulis Proposal Komik di bit.ly/proposalkomik dan merancang menambat hati Editor anda bermula dari sekarang !
Tinggal lagi 10 slot sahaja untuk anda. Daftar sekarang sebelum terlewat.
‪#‎NotaKomik‬

Thursday, July 30, 2015

Seminar Menulis Proposal Komik

No comments :

Irfan Foner :

Tempoh hari saya bertanya pada seorang rakan peserta yang bakal menghadiri Seminar ini Sabtu minggu hadapan.
"Apa faktor cikpuan berminat menghadiri seminar ini?"
Jawapan beliau mudah.
"Saya seorang mahasiswa. Saya pernah hadapi rejection sebelum ini dan sekarang ini banyak syarikat mahukan proposal sebelum menghantar karya. Saya fikir Seminar ini bakal memberi ilmu kemahiran yang saya mahu."
Adakah seminar ini saya tawarkan hanya untuk pelukis komik? Sebenarnya, ada beberapa lagi 'target' yang saya mahukan mereka hadir.

1. PELUKIS KOMIK - Harapan menggunung penerbit untuk setiap pelukis komik dapat menghantar proposal yang mantap. 90 dari 100 proposal dihantar berpotensi di reject. Mari bersama mengurangkan kadar rejection bermula dari menulis proposal yang digemari editor.

2. USAHAWAN KREATIF - Tidak tertakluk pada pelukis komik semata2. Tapi bagi mereka yang berhasrat menaiki satu tangga lagi, proposal adalah 'tool' professional. Setiap idea yang anda ada, anda perlukan proposal untuk merealisasikannya. Tak kira komik, pengurusan event, bisnes atau penggunaan hakcipta.

3. PENULIS - Adakah hanya penulis komik sahaja yang layak menyertai? Tidak. Penulis novel pun boleh sertai. Pernah terfikir menghantar proposal novel dengan menggunakan storyboard komik? Kalau saya jadi editor, saya akan beri fokus lebih pada proposal anda.

4. EDITOR - Penulisan proposal bermula dari sistem dan polisi penerbitan syarikat. Editor adalah individu bertanggungjawab memberikan info2 begini kepada pengkarya.

=============

Jom ! Daftar tempat anda di Borang | Seminar Menulis Proposal Komik.
Maklumat lanjut juga ada pada borang di atas.
Tinggal 14 slot sahaja lagi. Sangat terhad.

COP ! COP !

Mengetahui Seminar Menulis Proposal tetapi merasakan yuran terlalu mahal?
Mahal itu subjektif. Tapi di sini saya bagi peluang untuk anda dapatkan diskaun 50% dari nilai asal.
Harga asal adalah RM 120, saya beri potongan istimewa pada anda, yurannya cuma RM 57 sahaja.
SEKIRANYA.

Ya, ada 'sekiranya' (saya tak beri diskaun ini pada semua orang)..
Sekiranya anda menepati salah satu daripada syarat2 ini :

1) Anda mempunyai sampel proposal anda yang pernah dihantar kepada mana-mana editor syarikat penerbitan, anda hanya perlu hantarkan pada e-mel mycomichat@gmail.com dalam tempoh 24 jam selepas status ini ditulis. (masa tamat adalah jam 11 malam esok) - Saya akan beri reviu pada proposal anda dan akan mencungkil di mana kelemahan proposal anda secara PERCUMA.

2) Anda adalah salah seorang aretis Supreme Isnin

3) Anda pernah menghantar komik kepada Supreme Ahad.

4) Anda berhasrat mendaftar bersama seorang lagi sahabat anda (kedua-duanya akan mendapat diskaun tersebut)

Anda salah seorang daripada mereka ?
Apa lagi, daftar tempat anda di Borang | Seminar Menulis Proposal Komik.


Jangan tunggu peluang anda terlepas.. :)

Wednesday, July 08, 2015

INKRAMADAN : Wawancara Bersama Presiden Comicore Club

No comments :
Disalin daripada :
INKRAMADAN: Ikuti Wawancara Kami Bersama Presiden Comicore Club | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -
Inkramadan adalah salah satu aktiviti anjuran Comire Club sempena bulan Ramadan yang mulia ini secara atas talian atau online. Inkramadan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan baik dari kalangan artis lama mahupun artis baru. Ikuti wawancara Comichatstroke bersama Presiden Comicore Club, Tuan Mior Azhar.

C: Boleh tuan ceritakan serba sedikit apakah Inkramadan ini dan bagaimanakah ia berlangsung/berjalan?
M: Inkramadan merupakan satu cabaran melukis sehari 1 lukisan selama 29 hari berdasarkan tugasan yang telah disenaraikan. Projek ini ada kesinambungan dengan projek Comicore Club pada tahun lepas, #30daysdrawingchallenge yang mendapat sambutan menggalakkan. Jadi untuk tahun ini kami buat pada bulan Ramadan. Sesuailah moto dengan perjuangan Comicore terkini, “Kita meneruskan perjuangan orang2 terdahulu.” Tapi kita improvise sedikit, ada 29 tugasan diberi setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Semua tema tentang bulan Ramadan dan akhir2nya tema akan menjurus kepada Hari Raya Aidilfitri. Boleh rujuk http://freewebcomic.com/2014/04/30-day-drawing-challenge-comicoreclub/ untuk melihat aktiviti seperti ini pada tahun 2014.

C: Jadi apakah objektif aktiviti Inkramadan ini?
M: Antara objektif Inkramadan adalah memeriahkan ramadan dengan kartun-kartun online tentang bulan puasa dan kedatangan Aidilfitri dan mempromosikan aktiviti melukis online dalam skop tempatan. Jika di Barat ada #inktober, kita ada #inkramadan. Pada masa yang sama ini aktiviti amal kami dan para peserta pada bulan Ramadan. Kalau ada unsur-unsur dakwah dlm lukisan, itu bonus. Kami tidak mengaut apa2 keuntungan dari aktiviti ini.

C: Siapakah yang terbabit dalam menjayakan aktiviti Inkramadan ini?
M: Penganjur asal adalah Comicore Club. Setelah aktiviti ini bermula, Sketches Online tampil untuk bekerjasama dengan menaja hadiah-hadiah kepada peserta. Kemudian diikuti dengan Mat Komik yang berminat untuk membangunkan arkib untuk Inkramadan di webkomik mereka. Jadi, Inkramadan dijayakan oleh 3 pihak iaitu Comicore Club selaku penganjur utama, Sketches Online dan Mat Komik.

C: Saya ada dengar tentang Inkramadan Palestin, boleh tuan terangkan pasal itu?
M: Semasa di Selangor Islamic Fest tempoh hari, pihak Comicore ada berjumpa dengan wakil dari al-Quds Foundations yang memperjuangkan hak rakyat Palestin. Jadi kami menyerahkan sumbangan lukisan Inkramadan semasa perbincangan tentang projek-projek yang kami jalinkan bersama. Justeru menandakan sokongan golongan kartunis dan pelukis komik Malaysia kepada Palestin.

C: Bagaimanakah reaksi dan sambutan peserta Inkramadan? Ramaikah peserta?
M: Memberangsangkan. Biarpun promosi dibuat lewat. Tambahan dengan penyertaan artis-artis lama seperti Mie, Megat, Zucafly, Momokz dan Emio. Penyertaan pelukis-pelukis baru juga amat menggalakkan.

C: Apakah perancangan Comicore Club selepas event ini?
M: Sebenarnya kita ada matlamat dan tujuan tertentu untuk peserta-peserta Inkramadan ini, iaitu:

1) Menggalakkan pelukis komik Malaysia supaya biasa dengan kehebatan media sosial seperti Hashtag, Facebook, Instagram, Twitter, Website, Apps. Jadi pada bulan Ramadan, kami perkenalkan website dan apps terbaru Comicore Club.

2) Selepas ini kami berhasrat mengadakan bengkel komik self-publish, dengan harapan 29 muka surat karya Inkramadan ini sudah boleh jadi content untuk zine self publish para peserta nanti.

3) Pada mulanya kami mahu globalkan Inkramadan, tapi kami eksperimen dahulu dengan audiens tempatan. InsyaAllah tahun depan, kita akan tambah audiens secara global di mana kita akan gunakan Bahasa Inggeris untuk Inkramadan akan datang.

C: Ucapan tuan kepada semua pihak yang menjayakan aktiviti ini?
M: Terima kasih kepada pihak Comichat, rakan-rakan, semua penggiat dan peminat komik Malaysia kerana sudi sama2 menyertai dan mempromosikan aktiviti Inkramadan. Semoga semangat support each other ini akan berterusan.

Untuk info lanjut mengenai Inkramadan dan Comicore Club :

1. http://comicoreclub.com/index.php/2015/06/26/inkramadan-cabaran-melukis-sempena-ramadan-the-ramadan-drawing-challenge/
2. https://www.facebook.com/groups/comicoreclub/

Friday, July 03, 2015

SILENT MANGA Kembali Lagi !

No comments :
Disalin daripada :
SILENT MANGA kembali lagi! | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -

http://www.manga-audition.com/silent-manga-audition-2015-summer-entry-details/


Komik. Tanpa. Teks. Hanya lukisan semata-mata.

SILENT MANGA. Itulah nama tema pertandingan yang diadakan setahun sekali. Manga tanpa dialog tetapi pembaca masih boleh memahami cerita hanya berpandukan lukisan.

Kali ini SILENT MANGA kembali lagi dengan tarikh siap sebelum 30 September 2015.
Bagaimana mahu menjelaskan jalan cerita tanpa dialog ? Jika mereka yang pernah memenangi pertandingan sebelum ini mampu melakukannya, anda pun boleh juga.
Boleh juga lihat pada contoh-contoh yang manga ada didalam website tersebut sebagai rujukan.

Ayuh, serlahkan bakat anda!

4 Judul Majalah Ini Dihentikan Terbitannya. Kenapa?

No comments :
Disalin daripada :
4 Judul Majalah Dari Syarikat Ini Dihentikan Operasinya Baru-baru Ini. Kenapa? | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -



Berita Publishing Sdn Bhd dilaporkan telah pun menamatkan penerbitan 4 majalahnya. Antara majalah yang dihentikan penerbitannya adalah majalah Jelita, Anjung Seri dan Malaysian Business. Majalah-majalah ini dihentikan penerbitan dan jualannya berikutan catatan jualan yang teruk merudum terutamanya selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Tiga faktor utama dikenalpasti sebagai punca ditamatkan penerbitan ini adalah

1. Saingan yang semakin hebat dan pengiklanan yang merosot.
2. Kesukaran mengekalkan kakitangan.
3. Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Pengarah Eksekutif Berita Publising Sdn Bhd, Juhaidi Yean Abdullah, GST adalah punca utama syarikat itu mematikan operasinya.

“Bayangkan daripada 30,000 naskhah majalah yang diterbitkan, jumlah yang dipulangkan kepada kami mencecah 28,000, ia sama sekali tidak menguntungkan,"

“Tiga faktor utama yang menyebabkan syarikat terpaksa mengambil keputusan menamatkan penerbitan majalah adalah saingan yang semakin hebat termasuk pengiklanan yang merosot, kesukaran mengekalkan kakitangan dan paling membunuh adalah GST,” katanya sebagaimana yang dilaporkan oleh mStar Online ketika beliau dihubungi.

Menurutnya lagi, ramai peniaga didapati menghentikan jualan majalah kerana mereka masih gagal mengubah sistem pembayaran supaya seiring dengan pelaksanaan GST. Keadaan dikeruhkan lagi dengan rungutan dari pelanggan yang tidak berpuas hati jumlah yang dibayar berbeza dengan resit yang dicetak. Sebagai langkah mengelakkan dikenakan tindakan, pekedai tidak lagi meletakkan majalah tersebut di rak sebaliknya di bahagian bawah meja.

Ditanya berkenaan keadaan pekerja dan kakitangan syarikatnya, Juhaidi mengatakan bahawa seramai 40 daripada 50 orang kakitangan yang terdiri dari mereka yang berpengalaman dalam pelbagai bidang dan sektor terpaksa diberhentikan dengan pampasan setimpal dan mereka tetap dibantu untuk mendapat pekerjaan tetap.

Thursday, July 02, 2015

9 Fakta Menarik tentang 'Paperman' dan Walt Disney

No comments :
Disalin daripada :
9 FAKTA MENARIK TENTANG ‘PAPERMAN’ DAN WALT DISNEY | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -

1. Video animasi pendek Paperman mula ditayangkan pada bulan Jun 2012 di Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy. Animasi ini kemudiannya dilancarkan secara serentak bersama filem animasi Wreck It Wralph pada 2 November 2012. Pada 29 Januari 2013, barulah ia dimuatnaik ke YouTube. Seminggu selepas disiarkan, Paperman berjaya mencapai 14 juta view di laman YouTube.

2. Tidak lama selepas animasi ini menjadi viral, animasi pendek tanpa suara berdurasi 7 minit ini berjaya merangkul beberapa anugerah antaranya memenangi anugerah Oscar di Academy Awards 2013, USA sebagai filem Animasi Pendek Terbaik , merangkul anugerah Annie di Annie Awards 2013 sebagai Animasi Pendek Terbaik serta anugerah CinEuphoria di CinEuphoria Awards 2014 sebagai Filem Animasi Terbaik dan Karakter Animasi Terbaik.

3. Menjelang Mac 2013, Disney menarik semula Paperman dari YouTube dan Hulu sebelum ia dijual di iTunes dan Home Video seminggu kemudian.

4. Paperman adalah animasi Walt Disney yang menggabungkan teknologi grafik komputer (CG) dan animasi tradisional lukisan tangan (2D). Animasi ini menimbulkan spekulasi tentang kemunculan semula animasi dua dimensi oleh Disney pada masa akan datang namun ia dinafikan sendiri oleh CEO Disney, Bob Iger.

5. Menurut John Kahr, direktor animasi Paperman, beliau sangat teruja dengan hasil karya yang dihasilkan oleh artis-artis Disney dan baginya menghidupkan lukisan-lukisan tangan dua dimensi ini dengan grafik komputer (CG) dengan mengekalkan kualiti lukisan tangan asal merupakan satu cabaran yang amat besar bagi dirinya.

6. Latar belakang dan setting bagi Paperman adalah sekitar pada tahun 1940-1950 di Manhattan dan ia dipilih oleh John Kahr kerana waktu itu merupakan era kegemilangan bandar tersebut.

7. Dalam animasi Paperman, kelihatan babak watak kanak-kanak memegang belon di dalam tren. Kanak-kanak tersebut dikatakan dipinjam dari filem pendek The Red Balloon yang ditayangkan pada tahun 1956. Filem The Red Balloon ini juga pernah menerima 5 anugerah termasuk anugerah Oscar.


8. Pada tahun 2012, Disney turut menghasilkan satu lagi animasi iaitu Wreck it Ralph dan dilancarkan pada 2 November 2012 serentak dengan animasi Paperman. Menariknya, di dalam satu babak dari animasi Wreck It Wralph, kelihatan kertas yang berkesan gincu Meg (watak perempuan dari Paperman) ditampal di papan buletin BAD-ANON.


9. Sejurus selepas animasi Paperman memenangi animasi pendek terbaik, produser Paperman, Kristina Reed mula melayangkan 3 atau 4 kapal terbang kertas dengan kesan gincunya (seperti babak di dalam animasi) dari tempat duduknya. Malangnya, perbuatan tesebut langsung tidak menjadi perhatian malah dia dihalau oleh pihak sekuriti dari auditorium Teater Dolby! Akhirnya setelah bantahan dibuat, 10 minit kemudian dia dibawa semula ke tempat duduknya.

Rujukan:

http://chrisoatley.com/making-of-paperman/
http://www.imdb.com/title/tt2388725/awards
http://wreckitralph.wikia.com/wiki/Bad-Anon
http://www.imdb.com/media/rm2884998912/tt0048980
http://disney.wikia.com/wiki/Paperman

Sunday, June 28, 2015

Filem Animasi Tempatan Yang Menelan Belanja RM 4 Juta Ini Hanya Berjaya Mengutip RM 37 Ribu

No comments :
Disalin daripada :
Filem Animasi Tempatan Yang Menelan Belanja RM 4 Juta Ini Hanya Berjaya Mengutip RM 37 Ribu | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -


(Artikel ini diperoleh dari laman blog Amanz.my)

Industri animasi negara sedang berkembang pesat sekarang dengan siri animasi Upin dan Ipin serta Boboiboy mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton tempatan serta luar negara. Upin dan Ipin juga mendapat ruang tayangan di saluran Disney yang cukup berprestij. Jelas sekali sambutan terhadap animasi tempatan adalah amat baik sekali.

BACA : 10 Komik Paling Mahal Di Dunia

BACA : 3 Tips Bagaimana ‘Memancing’ Pembaca Untuk Setia Membaca Karya Anda

Malangnya tidak semua animasi tempatan akan menerima sambutan menggalakkan dan berjaya seperti Upin dan Ipin. Oh! La La yang merupakan filem animasi muzikal pertama Malaysia baru sahaja menamatkan tayangan di pawagam dan sambutannya adalah amat mengecewakan. Filem ini menelan belanja RM 4 juta tetapi hanya berjaya mengumpul RM 37 000 selepas 12 hari tayangan. Jumlah ini adalah amat mengejutkan bagi sebuah filem yang ditayangkan di 47 buah pawagam seluruh negara. Secara purata hanya 6 orang menonton filem ini setiap hari di setiap pawagam.

Di manakah silapnya sehingga jumlah kutipan sebuah filem yang mendapat dana dan sokongan dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini gagal teruk di pawagam. Secara peribadi kami hanya mengetahui kewujudan filem animasi selepas membaca laman Finas. Apakah pendapat anda?

3 Tips Bagaimana ‘Memancing’ Pembaca Untuk Setia Membaca Karya Anda

No comments :
Disalin daripada : 3 Tips Bagaimana ‘Memancing’ Pembaca Untuk Setia Membaca Karya Anda | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -

Artikel ini kami kongsikan dari blog Tuan Don Bosco, SUPER COOL BOOKS

Bagaimana menjadikan cerita kita sangat menarik?

Penulis muda banyak yang bertanya, bagaimana mencipta satu jalan cerita yang sedap dibaca dan menarik perhatian?

Ini adalah soalan yang sangat baik.

Penulisan cerita yang baik bukannya perlukan perkataan yang dasyat dan madah pujangga sangat pun. Tetapi, ianya berkaitan mencari jalan untuk buat pembaca kita rasa ingin tahu, buat mereka rasa tertunggu-tunggu apa yang bakal terjadi selepas ini.

BACA : 3 Tips Mencipta Karakter untuk Cerita Anda

BACA : 3 Tips Menghasilkan Komik Malaysiana Yang Berpotensi Best-seller dan Award Winning



TIPS #1 : Sentiasa buat pembaca anda terkejut.

Adakan sebuah peristiwa yang mengejutkan watak utama anda, pembaca anda akan terkejut. Ada cara yang lebh baik, iaitu letakkan cerita anda betul-betul ke satu arah yang lain dari sepatutnya.

Apa yang berlaku? Bagaimana watak utama kita respon dengan peristiwa itu? Adakah baik atau buruk? Pembaca anda akan seronok untuk mengetahui apa yang bakal berlaku.

Contoh : Watak utama anda dalam perjalanan ke sekolah. Dia berjalan sambil mendengar muzik kegemarannya dalam iPod. Tiba-tiba – AAARGHH! – Dia terkejut, apabila seekor makhluk yang besar dan berbulu jatuh dari langit, dan mendarat di hadapannya.

Surprise!

MARI CUBA INI! : Cari satu titik dalam cerita anda yang mana ceritanya nampak seperti mudah dijangka (mungkin boleh jadi agak bosan). Lihat sama ada anda boleh meletakkan kejutan di dalamnya. Lebih tak dijangka lebih baik!



TIP #2 : Berikan mereka Saspen

Letakkan persoalan yang mendebarkan pada awal cerita, tetapi hanya beritahu jawapannya pada kemudian hari, setelah karakter anda berjaya mengharungi segala cabaran dalam cerita anda.

Teknik ini digunakan untuk mencipta misteri. Siapa yang membunuh kuda kegemaran Raja? Kenapa perempuan tua itu meramal bahawa budak lelaki ini akan jadi hero? Adakah budak perempuan yang sedang menangis ini akan bertemu kembali bapanya yang hilang? Sekiranya mereka sukakan karakter itu, mereka akan teruskan membaca semata-mata ingin tahu pengakhirannya.

MARI CUBA INI! : Cipta satu situasi dalam awalan cerita anda yang mana seseorang bertanyakan satu soalan yang penting, yang mana jawapannya adalah mustahil untuk dijawab sekiranya watak utama anda melakukan sesuatu yang bijak dan berani. Apa yang bakal berlaku pada akhirnya? Biarkan pembaca anda teruskan meneka.


TIP #3 : Buat pembaca anda ketawa

Bina momen-momen yang kelakar dalam cerita anda. Ini adalah teknik magik untuk sampai kepada pembaca anda dan menaikkan semangat mereka. Pembacaan sesuatu yang kelakar membuatkan kita lebih relaks dan positif. Kemudian kita tidak ragu-ragu untuk membelek muka surat seterusnya kerana kita betul-betul mahu enjoy cerita ini.

MARI CUBA INI! : Tulis satu cerita kelakar yang anda gemari dan lihat sama ada anda boleh ataupun masukkannya dalam cerita anda. *Contoh ; Seorang pemain sepak takraw Malaysia yang abam kenal sangat pandai memasak. Masakannya masak elok dan Tak raw [kredit pun Abam Apam]) Lihat sama ada rakan sebelah anda ketawa ataupun tidak. Anda akan selalu berjumpa dengan idea yang lawak yang anda boleh gunakan.

Selamat berkarya!

10 Komik Paling Mahal Di Dunia

No comments :
Disalin daripada : 10 Komik Paling Mahal Di Dunia | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -
(Artikel ini kami ambil dari laman web http://10teratas.com/?p=752 . Tiada sebarang perubahan artikel yang dibuat.)

Kalau kau seorang pencinta komik, carta ni kami tujukan khas buat kau. Tapi kalau tidak, jadikanlah carta ini sebagai info tambahan untuk otak kau yang cergas itu. Kali ini mari kita lihat siri2 komik paling mahal di dunia.

BACA : 3 Tips Menghasilkan Komik Malaysiana Yang Berpotensi Best-seller dan Award Winning

BACA : 3 Tips Mencipta Karakter Untuk Cerita Anda

10. Captain America Comics #1 – $353,000 (RM1.32 Juta)



Komik ini memperkenalkan Captain America dalam kumpulan Avengers untuk pertama kalinya. Ianya diterbitkan pada bulan March 1941. Di mana dalam siri ini, menunjukkan bagaimana kejadian Captain America dan paling mencuri perhatian adalah babak watak hero ni menumbuk muka Adolf Hitler. Komik dilukis oleh Jack Kirby dan Joe Simon. Ia telah berjaya dijual secara lelong dengan harga $353,000 pada 9 Ogos 2011.

9. Action Comics #7 – $405,000 (RM1.52 Juta)

9

Komik Action ni dilukis oleh Jerry Siegel dan Joe Shuster. Ia telah diterbitkan pada 18 April 1938. Kalau kau nak tau, ni la bapak segala komik superhero dalam dunia ni. Dalam isu komik ni, dorang telah memaparkan Superman dengan kasut warna kuning. Berbeza dengan Superman yang ada pada covernya. Perbuatan dorang tu dah melonjakan lagi jualan komik ni. Harga asal komik ni adalah 1 sen. Tapi hari ini, harganya $405,000.

8. Amazing Fantasy #15 – $442,000 (RM1.66 Juta)

8

Tajuk asal komik ni sebenarnya, Amazing Adult Fantasy. Tapi ditukar saat akhir sebelum ia dicetak. Diterbitkan oleh Marvel Comics pada 1961 hingga 1962. Kemudian ia diulang cetak lagi pada tahun 1995 dan 2000. Steve Ditko dan Stan Lee antara manusia yang menjadi tulang belakang kepada isu komik ini.

Pada tahun 1962, Marvel Comics telah menghadapi masalah kewangan. Sebagai langkah untuk memulihkan keadaan, Marvel membenarkan penulis dan pelukis mereka untuk mencipta watak2 baru. Pada episode terakhir komik ini terciptanya watak Spidey atau sekarang terkenal dengan nama Spiderman. Ia merupakan watak nombor satu dalam carta 100 watak terbaik Marvel Comics sepanjang zaman.

7. All-American Comics #16 – $497,000 (RM1.86 Juta)

7

All-American Comics adalah produk utama untuk syarikat penerbitan All-American Publications. Terdapat 102 siri diterbitkan bermula dari tahun 1939 sehingga 1948, yang mana beberapa watak terkenal hingga ke hari ini tercipta. Pada Julai 1940, iaitu ketika isu #16 diterbitkan, satu watak terkenal telah dicipta. Watak itu The Green Lantern namanya. Jalan ceritanya ditulis oleh Bill Finger dan pelukisnya adalah Martin Nodell.

Pada tahun 1946, All-American Publications berdepan dengan masalah kewangan dan hampir ditutup. Sebuah syarikat bernama National Periodicals telah membelinya dan menukar nama syarikat tersebut kepada DC Comics. Manakala siri All-American Comics ditukar kepada All-American Western atas permintaan ramai.

6. Detective Comics #1 – $529,000 (RM1.98 Juta)

6

Siri Detective Comics ini diterbitkan oleh DC Comics setiap bulan sejak tahun 1937 sehinggalah ke hari ini. Isu #1-#10 siri ini lebih cenderung kepada cerita penyiasatan semata-mata. Sehinggalah Batman dan Superman dicipta dan diserap masuk ke dalam siri ini. Selain daripada dua watak utama itu, beberapa watak lain juga diperkenalkan antaranya Robin (issue #38), Penguin (#58), Two-Face (#66), Riddler (#140), Batwoman (#233).

5. Batman #1 – $530,000 (RM1.99 Juta)

5

Bermula di dalam siri Detective Comics, Batman akhirnya diterbitkan dalam satu komik khas pada tahun 1940. Isu pertama untuk siri Batman ni bertajuk “The Legend of Batman – Who He Is and How He Came to Be.” Siri komik ini juga memaparkan isu tentang Joker yang bertajuk “The Joker” dan “The Joker Return”.

Pada mulanya siri ini diterbitkan secara mingguan. Tapi selepas itu, ditukar menjadi edisi bulanan. Batman adalah seorang watak hero paling berpengaruh dalam dunia komik. Merupakan produk terbesar DC Comics sepanjang zaman.

4. Marvel Comics #1 – $578,000 (RM2.17 Juta)

4

Isu pertama Marvel Comics diterbitkan pada Oktober 1939. Memperkenalkan watak2 seperti The Human Torch, Namor the Sub-Mariner, dan The Angel. Syarikat Marvel adalah antara penerbitan komik yang terkenal dan paling lama menerbitkan komik. Banyak watak dari komik mereka yang difilemkan dan dijadikan koleksi permainan. Namun di sebalik kejayaan itu, pada tahun 2009 dunia komik dikejutkan dengan kejayaan Walt Disney membeli syarikat tersebut.

3. Superman #1 – $712,000 (RM2.67 Juta)

3

Ini adalah siri komik single character pertama pernah dibuat. Ia diterbitkan pada bulan Jun 1939. Komik ini telah menjadikan watak Superman mendapat permintaan ramai. Komik ini juga sudah banyak kali diulang cetak dan dibuat semula. Tetap permintaan ke atasnya tinggi.

2. Detective Comics #27 – $2,220,000 (RM8.25 Juta)

2

Ini adalah siri komik paling panjang dari sejarah komik. Semuanya kerana siri #27 ini. Di mana buat pertama kalinya watak Batman diperkenalkan.

Dalam siri ini, cerita Batman yang diberi tajuk “The Case of the Chemical Syndicate” telah mencatatkan jualan paling lumayan buat pertama kalinya sejak isu-isu terdahulu. Ia ditulis oleh Bill Finger dan dilukis oleh Bob Kane.

1. Action Comics #1 – $3,207,852 (RM12.03 Juta)

1

Diterbitkan pada 30 Jun 1938. Di mana buat pertama kalinya Superman diperkenalkan kepad dunia. Sejumlah 200,000 berjaya dijual. Pada 24 Ogos 2014, komik ini telah dijual harga $3.2 Juta melalui eBay. Menjadikan ia komik paling mahal di dunia. Dipercayai masih adalah dalam 50 ke 100 naskah original komik ini masih wujud.

25 Mesej Yang Disampaikan Dalam Dragon Ball Yang Akan Membuatkan Anda Tersenyum

No comments :
Disalin daripada :
25 Mesej Yang Disampaikan Dalam Dragon Ball Yang Akan Membuatkan Anda Tersenyum - Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -

Apa yang kita pelajari dari komik-komik yang kita baca sejak kecil? Naruto mengajar kita untuk tidak mengaku kalah. One Piece mengajar kita untuk sentiasa berimpian dan tidak memberi alasan. Bagaimana pula dengan Dragon Ball? Mustahil tiada siapa yang mengenali anime legenda yang kita saksikan setiap pagi hujung minggu ketika kecil dahulu.

22 Mesej bergambar ini kami peroleh dari Internet. Sumber asal tak dikenal pasti (sekiranya anda mengetahui siapa empunyai artwork-artwork ini, sila maklumkan kepada kami)

BACA : Filem Animasi Tempatan Yang Menelan Belanja RM 4 Juta Ini Hanya Berjaya Mengutip RM 37 Ribu

BACA LAGI : 10 Komik Paling Mahal Di Dunia

1. Ya, sekiranya kita warnakan rambut kita dengan dye kuning. (Dan menjerit sekuatnya)

2. Bulma ada fungsikah dalam Dragon Ball? Hehehe!

3. Cakap, siapa yang suka tiru gaya Pikor waktu kecil-kecil dahulu?

4. Tapi, tapi, tapi…. Itu bukan Gohan.

5. “Gimme more wishes!”

6. No caption needed.

7. Ooo.. Ini la pengakhiran kepada “5 minit lagi planet ini akan diletup” yang berdurasi 8 episod itu ya?

8. Teruskan pembacaan…. (Ignore that pose)

9. Y___Y

10. Dan mati serta hidup berkali-kali.

11. “Kirimkan salam ayah pada mak, Gohan.”

12. Dan ketawa berdekah-dekah.

13. Now, who dreams to stay on that planet?

14. Siapa ingat dah berapa kali Kurin mati dan hidup semula?

15. Bagaimana anda expect rupa seorang guru yang serius dalam komik-komik Akira Toriyama?

16. “No matter who you are. I will find you and turn you into chocolate.”

17. Ini Popo. Beliau ajar kita supaya jangan racist.

18. Panjang jalan ini melebihi 2 marhalah.

19. *Depa tangan* *Depa* *Depa*

20. Sekiranya kami dapat kacang itu, tak makan seminggu pun okey.

21. Siapa peminat Bezita di sini?

22. Apa fungsi watak Yamu dalam cerita ini? Hehehe!

23. True. *angguk*

24. Siapa yang bersemangat selepas tengok episod ini? Angkat tangan!

25. *Rolling*

Ok....

Komen Terkini