Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Sunday, August 02, 2015

6 Nilai yang Anda Perlu Masukkan Sebelum Mula Berkarya

No comments :
Bagaimana Supreme meletakkan nilai dalam penerbitan mereka? Ini saya kongsikan 6 Nilai tersebut.

==========

Ramai pengkarya baru menganggap, asalkan lukisan kita cantik, cerita kita menarik, semua orang akan berminat dengan karya kita. Editor akan berlumba2 mahu menerbitkan buku kita. Kedai buku berebut2 nak paparkan karya kita pada rak 'Bestseller'.

Hakikatnya, itu 'mitos' paling besar yang dibuat oleh pengkarya baru.
Lukisan cantik dan story menarik adalah salah satu nilai dari banyak nilai yang kita perlu selitkan dalam karya.
Nilai itu hanya apply pada pembaca dan peminat kita sahaja.

Bagaimana nilai yang kita berikan pada Editor?
Bagaimana pula dengan pihak yang mengedarkan buku kita?
Bagaimana dengan kedai buku?
Bagaimana dengan ibu bapa pembaca karya kita? Mereka tidak melarang anak2 mereka baca komik?

Apabila kita mula berhasrat menerbitkan karya, jangan lupa sebenarnya banyak pihak yang terbabit dalam proses penerbitan karya kita, dari mula kita meletakkan pen, sehingga karya kita sampai ke tangan pembaca.
Hatta cara mereka menyusun komik kita pun ada 'nilai' yang kita perlu fikirkan!

Dalam penerbitan Supreme Comichat, kami meletakkan polisi 6 'Nilai' yang diperlukan untuk memastikan setiap siri dalam Supreme berbaloi untuk diterbitkan.


1. Kualiti
Ini adalah apa yang disumbangkan dari pengkarya sejak awal. Lukisan yang cantik, story yang menarik. Menghasilkan karya yang berkualiti memerlukan ilmu dan skil yang sentiasa diasah dari semasa ke semasa. Karya yang berkualiti, memastikan karya kita sentiasa dibeli oleh pembeli pertama berulang kali.

2. Populariti
Dari sudut lain, seberapa popularnya siri mereka juga memainkan peranan. Berapa ramai fanbase mereka? Berapa ramai Tribe mereka? Sekiranya sekali mereka share artwork di FB, berapa ramai akan komen dan Like? Itu semua diambil kira untuk memastikan pengkarya tidak berhenti mempromosikan karya masing2.

3. Konsistensi
Ini dari aspek stamina pengkarya, yang hanya teruji apabila karya mereka disirikan. Banyak kes apabila pengkarya memulakan satu2 siri, tidak dapat dihabiskan kerana datangnya idea lain, ataupun kerana tidak mampu lagi untuk menanggung kos, atau atas komitmen-komitmen yang lain seperti komitmen keluarga dan pelajaran. Penerbit sangat menitikberatkan komitmen pengkarya pada karya yang diusulkan.

4. Kebolehpasaran (Marketability)
Adakah karya tersebut boleh digunakan untuk memasarkan jenama penerbit? Adakah karya tersebut boleh dipasarkan pada segmen pembaca penerbit? Adakah karya tersebut boleh menjadi duta penerbit? Bolehkah karya tersebut menarik mata pembaca pada sekali pandang? Itu semua perlu dititikberatkan.

5. Kebolehjualan (Sellability)
Aspek ini amat penting untuk bagaimana mengukur kadar jualan kita pada satu2 masa dan tempat. Dalam penerbitan, soal karya kita boleh jual atau tidak boleh jual adalah isu paling utama. Adakah karya kita boleh membantu penerbit mendapatkan rak-rak utama di hadapan pintu kedai buku? Adakah karya kita boleh membantu penerbit mencapai KPI RM 300k pada suku pertama tahun ini? Adakah karya kita mampu mendapat takhta bestseller di kedai2 buku popular dalam tempoh sebulan? Jawab dengan yakin.

6. Perlesenan (Licensing)
Selain dari aspek popular dan kualiti, perlu ingat. Satu aspek paling utama mengapa penerbit memilih karya kita adalah kerana karya kita ada ciri2 boleh sustain dalam pasaran. Merancang kejayaan karya kita, di luar dari sekadar menjadi komik yang dibukukan. Adakah kita merancang karya kita untuk dijadikan game, filem dan animasi? Adakah kita merancang karya kita dapat dilesenkan untuk menjadi duta iklan syarikat telekomunikasi? Adakah possible karya kita digunakan dalam bilik darjah di sekolah2 pedalaman?

Pemilihan Nilai dalam merancang karya kita sangat kritikal untuk pengkarya sebelum memulakan apa2 proses pengkaryaan. Letak visi, tanya diri sendiri dalam tempoh 5 tahun, di manakah siri komik kita akan berada?

Sama ada di atas billboard pengiklanan ataupun di papan laci meja anda, ANDA yang tentukan.


Pelajari dengan lebih mendalam di Seminar Menulis Proposal Komik di bit.ly/proposalkomik dan merancang menambat hati Editor anda bermula dari sekarang !
Tinggal lagi 10 slot sahaja untuk anda. Daftar sekarang sebelum terlewat.
‪#‎NotaKomik‬

No comments :

Post a Comment

Kata-kata anda amat berharga..! =D

Komen Terkini