Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Wednesday, July 08, 2015

INKRAMADAN : Wawancara Bersama Presiden Comicore Club

No comments :
Disalin daripada :
INKRAMADAN: Ikuti Wawancara Kami Bersama Presiden Comicore Club | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -
Inkramadan adalah salah satu aktiviti anjuran Comire Club sempena bulan Ramadan yang mulia ini secara atas talian atau online. Inkramadan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan baik dari kalangan artis lama mahupun artis baru. Ikuti wawancara Comichatstroke bersama Presiden Comicore Club, Tuan Mior Azhar.

C: Boleh tuan ceritakan serba sedikit apakah Inkramadan ini dan bagaimanakah ia berlangsung/berjalan?
M: Inkramadan merupakan satu cabaran melukis sehari 1 lukisan selama 29 hari berdasarkan tugasan yang telah disenaraikan. Projek ini ada kesinambungan dengan projek Comicore Club pada tahun lepas, #30daysdrawingchallenge yang mendapat sambutan menggalakkan. Jadi untuk tahun ini kami buat pada bulan Ramadan. Sesuailah moto dengan perjuangan Comicore terkini, “Kita meneruskan perjuangan orang2 terdahulu.” Tapi kita improvise sedikit, ada 29 tugasan diberi setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Semua tema tentang bulan Ramadan dan akhir2nya tema akan menjurus kepada Hari Raya Aidilfitri. Boleh rujuk http://freewebcomic.com/2014/04/30-day-drawing-challenge-comicoreclub/ untuk melihat aktiviti seperti ini pada tahun 2014.

C: Jadi apakah objektif aktiviti Inkramadan ini?
M: Antara objektif Inkramadan adalah memeriahkan ramadan dengan kartun-kartun online tentang bulan puasa dan kedatangan Aidilfitri dan mempromosikan aktiviti melukis online dalam skop tempatan. Jika di Barat ada #inktober, kita ada #inkramadan. Pada masa yang sama ini aktiviti amal kami dan para peserta pada bulan Ramadan. Kalau ada unsur-unsur dakwah dlm lukisan, itu bonus. Kami tidak mengaut apa2 keuntungan dari aktiviti ini.

C: Siapakah yang terbabit dalam menjayakan aktiviti Inkramadan ini?
M: Penganjur asal adalah Comicore Club. Setelah aktiviti ini bermula, Sketches Online tampil untuk bekerjasama dengan menaja hadiah-hadiah kepada peserta. Kemudian diikuti dengan Mat Komik yang berminat untuk membangunkan arkib untuk Inkramadan di webkomik mereka. Jadi, Inkramadan dijayakan oleh 3 pihak iaitu Comicore Club selaku penganjur utama, Sketches Online dan Mat Komik.

C: Saya ada dengar tentang Inkramadan Palestin, boleh tuan terangkan pasal itu?
M: Semasa di Selangor Islamic Fest tempoh hari, pihak Comicore ada berjumpa dengan wakil dari al-Quds Foundations yang memperjuangkan hak rakyat Palestin. Jadi kami menyerahkan sumbangan lukisan Inkramadan semasa perbincangan tentang projek-projek yang kami jalinkan bersama. Justeru menandakan sokongan golongan kartunis dan pelukis komik Malaysia kepada Palestin.

C: Bagaimanakah reaksi dan sambutan peserta Inkramadan? Ramaikah peserta?
M: Memberangsangkan. Biarpun promosi dibuat lewat. Tambahan dengan penyertaan artis-artis lama seperti Mie, Megat, Zucafly, Momokz dan Emio. Penyertaan pelukis-pelukis baru juga amat menggalakkan.

C: Apakah perancangan Comicore Club selepas event ini?
M: Sebenarnya kita ada matlamat dan tujuan tertentu untuk peserta-peserta Inkramadan ini, iaitu:

1) Menggalakkan pelukis komik Malaysia supaya biasa dengan kehebatan media sosial seperti Hashtag, Facebook, Instagram, Twitter, Website, Apps. Jadi pada bulan Ramadan, kami perkenalkan website dan apps terbaru Comicore Club.

2) Selepas ini kami berhasrat mengadakan bengkel komik self-publish, dengan harapan 29 muka surat karya Inkramadan ini sudah boleh jadi content untuk zine self publish para peserta nanti.

3) Pada mulanya kami mahu globalkan Inkramadan, tapi kami eksperimen dahulu dengan audiens tempatan. InsyaAllah tahun depan, kita akan tambah audiens secara global di mana kita akan gunakan Bahasa Inggeris untuk Inkramadan akan datang.

C: Ucapan tuan kepada semua pihak yang menjayakan aktiviti ini?
M: Terima kasih kepada pihak Comichat, rakan-rakan, semua penggiat dan peminat komik Malaysia kerana sudi sama2 menyertai dan mempromosikan aktiviti Inkramadan. Semoga semangat support each other ini akan berterusan.

Untuk info lanjut mengenai Inkramadan dan Comicore Club :

1. http://comicoreclub.com/index.php/2015/06/26/inkramadan-cabaran-melukis-sempena-ramadan-the-ramadan-drawing-challenge/
2. https://www.facebook.com/groups/comicoreclub/

No comments :

Post a Comment

Kata-kata anda amat berharga..! =D

Komen Terkini