Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Friday, December 14, 2012

Pelangi Iman [Istimewa Jumaat]

4 comments :
Saya asingkan tulisan kali ini & tak jadikan ia nya [part 4] , sebab tulisan ini sekadar coretan ringkas saya bersempena pagi Jumaat ini. Jumaat, yang istimewa, mungkin?
[ 1 Safar 1434 = 1/2/34 ]
Tulisan kali ini lebih tidak formal daripada tulisan yang sebelumnya dan sangat tidak menepati syarat cerpen yang sepatutnya.
Sekadar mengisi ruang kosong dalam blog ini.

Apa-apa pun, selamat membaca ! :D
Maaf atas segala kekurangan.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

[artwork - credit : nurelYANA]

     Jam menunjukkan pukul 7.15 pagi. Pagi ini pagi yang sangat damai. Pagi yang berkat. Pagi Jumaat. Bermulanya hari yang digelar penghulu segala hari. Iman & Raudhah duduk bersama di sebuah bangku di hadapan kafe Halimah, menikmati sarapan pagi berupa bihun goreng & teh ‘o suam, sambil menikmati keindahan pagi yang permai itu. Mentari baru terbit memancarkan sinar di sebalik bukit-bukau. Kedengaran sayup-sayup kicauan burung, namun tak kelihatan kelibatnya. Mungkin jauh dari pandangan mata. Kepulan-kepulan awan pula sangat cantik. Comel. Subhanallah..

     Inilah rutin mereka setiap pagi Jumaat, bersarapan sambil bertukar-tukar cerita sambil menikmati pemandangan alam.




“Amboi, jauh termenung. Teringat siapa tu? Hihi.."
“Emm? Mana ada teringat siapa-siapa.."
“Ala.. Tak payah sorok-soroklah.. Mesti rindu family kat rumah kan? Kan?"
“Pandai je dia teka.."
“Haa.. Kan betul.. Homesick.. Samalah kita berdua.. Haha.."
“Tapi tak la sedahsyat Iman.. Tiap-tiap minggu balik rumah.. Kita ni balik bila cuti sem je.."
“Bagus apa balik tiap-tiap minggu.. Boleh jenguk-jenguk family, tolong kemas-kemas rumah, tolong masak, jaga adik & abang kita yang nakal kat rumah tu.."
“Alahai.. Bagusnya cik Iman kita ni.. Anak mithali.."
“Ops.. Jangan la puji lebih-lebih.. Blushing la saya ini macam.. Ahaha.."
“Menyesal puji tadi.."
“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak puji, aa.. aa.. Pujilah lagi.. Eh." XD
“Dah.. Makan.. Makan.. Kalau macam ni sampai bila nak habis bihun tu.."
“Amm nyum nyum.. Err.. Raudhah cakap apa tadi?” *lap mulut*
“Ish.. Makan.. Makan elok-elok la cik Iman oii.." =__="

"1.. 2.. 3.."
"Ha!! Dating tak ajak..!" Jannah & Hanim dah memaut bahu mereka dari belakang.
"Astaghfirullah al ‘azim.." -- Raudhah
"Uhuk.. Uhuk.. Uhukkk.." *buat-buat tersedak*
"Iman.. Iman.. Iman ok tak?" Hanim dah cuak. :O
"Iman.. Rasa.. Macam.. Nak.. Pengsan.." *buat-buat pengsan* x__x
"Ini.. Drama apa ni..?" =___=" -- Jannah
"Iman… Jangan tinggalkan Hanimmmm...." TT___TT
"Huh? Saya hidup lagilah, makcik," >__>
"Fuhh.. Nasib baik.. Nah, chamomile tea, seperti yang dijanjikan malam tadi.. Kita kongsi-kongsi la.." ^__^
"Eh? Wah~ Terima kasih…"
"Ni apa cerita main sergah-sergah pagi ni?" -- Raudhah
"Saja. Bosan." -- Jannah
"Nasib baik Iman hidup lagi tau,"
"Maaf.. Maaf.. Hehe.." -- Hanim
"Tak aci la dating berdua.. Nak jugak join sarapan berjemaah,"
"Lepas Subuh tadi Jannah dengan Hanim tak ada pun kat bilik, kami gerak la dulu.."
"Hanim pergi bancuh chamomile tea kejap,"
"Sambil borak-borak dengan Jannah.. Hehe.."
"Diorang dah dating dulu.." >__> -- Iman
"Aaa… No comment.." :P
"Jom, makan cepat-cepat. Lepas tu boleh kita start usrah kita macam biasa ye.."
"Baik, kak ~~~" -- Iman, Hanim, Jannah
"Tak payah nak akak sangat.."

     Pagi itu mereka serikan dengan sesi tilawah surah Al-Kahfi beramai-ramai, sedikit pengisian daripada Raudhah tentang kepentingan menjaga akhlak sebagai seorang Muslim, sharing moment tentang kehidupan masing-masing, diikuti dengan perbincangan tentang fiqh wanita & diakhiri dengan solat sunat Dhuha.

     Moga hari ini benar-benar menjadi Jumaat yang diredhai & dilimpahi kasih Ilahi, dan disuburkan cinta antara hati-hati kami.. Hati yang sedang belajar mengenal cinta Ilahi.. Hati yang diikat atas dasar kasih Ilahi.. Insya-Allah.. Amiin ya Rabb.. :)

- - - - - - - -

Stay blessed in Rahmatillah..
Maaf, tak banyak idea.
Maaf, banyak merapu je.

p/s : Nak tulis cerita ni susah jugak ye.. >__<"

Baca :
✿ Pelangi Iman
[Part 1]
[Part 2]
[part 3]

4 comments :

  1. cooliou.cool idea. cuma agak semak dengan emoticons.

    ReplyDelete
  2. o.. maaf ~
    sbb tu la saya tulis 'Tulisan kali ini lebih tidak formal daripada tulisan yang sebelumnya dan sangat tidak menepati syarat cerpen yang sepatutnya.' Hee ~

    ReplyDelete
  3. "Hakcita tak terpelihara.
    Dipersilakan untuk copy, downlaod, guna, edit & sebagainya.
    Nak mengaku lukisan anda sendiri pun tak apa.. :3"

    hehe..terbaik. :)

    ReplyDelete

Kata-kata anda amat berharga..! =D

Komen Terkini