■ Buku Nota Iman

Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Showing posts with label KTI. Show all posts

Sunday, July 13, 2014

Majlis Iftar Komuniti Teman Inteam Meriah!

No comments :
*disalin daripada
http://munsyeed.com/malay/2014/07/majlis-iftar-komuniti-teman-inteam-meriah/



Setelah hampir setahun menyepikan diri, Komuniti Teman Inteam (KTI) sekali lagi menganjurkan acara tahunan mereka iaitu Majlis Iftar Komuniti Teman Inteam 1435H.

Majlis ini telah diadakan pada Jumaat lepas, 12 Julai 2014 bertempat di pejabat urusan Inteam Records di Bandar Sri Damansara.

Kira-kira 30 orang ahli KTI hadir ke majlis tahunan ini. Menurut salah seorang ahli KTI yang kami hubungi, Majlis Iftar KTI tahun ini telah digerakkan oleh Muhammad Nazri bagi pihak KTI dan Amin Inteam bagi pihak Inteam Records.

“Sewaktu awal Ramadhan lalu, Nazri ada hubungi kami di Facebook dan di laman Whatsapp mengenai majlis ini. Ia bagaikan majlis reunion bagi kami setelah lama tidak bertemu dan berprogram bersama.”

“Alhamdulillah, ramai ahli KTI baru dan lama yang hadir ke majlis ini. Ukhwah diantara kami juga bertambah erat dan saya berharap ada program selanjutnya yang akan dianjurkan oleh KTI dan Inteam Records.”



Majlis Iftar Komuniti Teman Inteam ini dimulakan dengan acara doa selamat dan tahlil. Diikuti dengan acara berbuka puasa sughra. Setelah selesai menunaikan solat Maghrib, para peserta menikmati juadah berbuka puasa sambil beramah mesra bersama kumpulan Inteam.

Para peserta juga menunaikan solat Isyak dan Solat Terawikh secara berjemaah sebagai acara penutup.

Selain kumpulan Inteam, majlis ini turut diserikan oleh para isteri dan anak-anak ahli kumpulan nasyid popular tersebut. Pastinya keletah Inteam Junior ini mendapat perhatian para peserta yang hadir di majlis iftar tersebut.

Tahniah diucapkan kepada Komuniti Teman Inteam dan Inteam Records diatas penganjuran majlis ini.
- Munsyeed Dot Com

Baca lanjut di
http://munsyeed.com/malay/2014/07/majlis-iftar-komuniti-teman-inteam-meriah/

Ditulis oleh Munsyeed Admin
Hakcipta © Munsyeed Dot Com 2010-2014

Tuesday, July 13, 2010

Rehlah KTI 2010

1 comment :

 Rehlah Komuiti Teman INTEAM (KTI) 2010

Alhamdulillah, akhirnya rehlah ini berjaya direalisasikan dgn jayanya.. Apa2 pun terima kasih yg tak terhingga buat saudara Aliff Nizan yg banyak membantu dan jg AJK plaksana serta tdk lupa jga kpd semua yg tlibat utk rehlah pada tahun ini.. Byk sbnarnya pengalaman yg ana dapat sepanjang rehlah pada kali ini, tp yg paling penting ialah ukhwah kit asemua... Moga program2 sperti ini dapat lg kt teruskan dan lbh ramai lg warga KTI yg akan turut serta utk masa2 yg akan dtg, insyaAllah... (^_^)

Saturday, May 29, 2010

Catatan Kau Di Hatiku 3

No comments :
Alhamdulillah, program Kau Di Hatiku 3 berjalan dengan jayanya pada hari Ahad, 23hb Mei lalu dan pastinya meninggalkan kenangan tersendiri kepada semua peserta di kalangan warga KTI dan Family Unique.

Keaktifan anak-anak warga Kompleks Penyayang Bakti pastinya mencuit perasan semua dan satu cabaran serta pengalaman bagi kita untuk mengawal emosi dan mendekati mereka secara psikologi. Pastinya pengalaman sebegini sukar untuk kita dapati di dalam kehidupan seharian kita.

Dalam masa yang sama, kita juga harus mengawal kata-kata dan tindak tanduk supaya tidak melukakan hati ibu-ibu dan bapa-bapa warga emas yang pastinya sensitif dan lembut hatinya.

Tahniah kepada semua yang menjayakan program amal kali ini, dari pengarahnya, AJKnya, hinggalah kepada pesertanya. Walaupun penat dan berpeluh-peluh nak mengawal adik-adik kita, namun pastinya setitis sumbangan kita ini dapat menceriakan adik-adik kita dan ibu-ibu bapa-bapa yang kadangkala kesepian.

Semoga semuanya dikira sebagai amal jariah dan penambah semangat dan pengalaman kita untuk melalui hari-hari mendatang yang lebih mencabar.

Syukur juga dengan ikatan silaturrahim antara KTI dan FamilyUNIQUE yang semakin erat, bermakna 'manpower' atau tenaga manusia yang kita ada untuk menjalankan program amal akan bertambah ramai lagi.

Tahniah dan syabas sekali lagi!!!
Semua peserta dan AJK Kau Di hatiku 3

Cenderamata dari Kompleks Penyayang Bakti

Kek Istimewa 'Hari Ibu' tajaan Abai Os, Terima kasih ya... :-)

Sumbangan untuk Kompleks Penyayang Bakti

Antara warga emas yang hadir

Adik-adik Kompleks Penyayang sedang gembira
dengan aktiviti yang disediakan

Persembahan santai Inteam & Unique

Antara tenaga kerja & AJK program KD3

Adik-adik yang comel dan sangat aktif (terlajak aktif.. =P)

Bazli UNIQUE dengan teka-tekinya
Di kediaman warga emas
Salah seorang peserta bergotong royong mengemas rumah warga emas.. =P

Source: edited from http://iniamin.blogspot.com =D

Monday, March 22, 2010

KTI & krew Inteam Records/Publishing di Pesta Buku Antarabangsa KL '10

No comments :
Salamullahi 'alaikum... (^^)
Hmm... Kali ni nk post pasal Pesta Buku Antarabangsa KL '10 yg berlangsung dari 19 Mac - 28 Mac '10....
Huhu...~

booth Inteam Records/Publishing
Inteam & skuad KTI yg hadir..


Hmm... Tetiba je rasa malas nk menaip skrg ni.. Antum buka je la post yg dah dipublish kat 3 blog ni.. hehe.. (pemalasnya...~~ =P)

Thursday, March 11, 2010

Temui KTI & Inteam Records/Publishing di Pesta Buku Antarabangsa KL '10

No comments :

Alhamdulillah, sekali lagi utk tahun ini PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2010/1431h di PWTC membuka tirainya pada :-

Tarikh : 19/3/2010 sehingga 28/3/2010

Masa : 10.00 pagi - 8.00 malam ( isnin-khamis )
10.00 pagi - 9.00 malam ( jumaat-ahad )

Lokasi : Booth D01 ( booth Galeri Ilmu thn lepas )

InsyaAllah,marilah kita bersama2 memeriahkan lagi booth Inteam dan kepada sukarelawan KTI, inilah masanya utk kami sama2 menjayakan pesta buku thn ni,insyaAllah..

Temui juga kumpulan Inteam, Unique dan Far East di booth ini.. Jangan lupa juga dapatkan produk2 terbaru dari Inteam Records dan juga Inteam Publishing.. (^^)

InsyaAllah, ana kan cuba dtg ke booth ni pd hari Sbatu & Ahad... InsyaAllah... =D

Layari http://www.inteam.com.my/index.php untuk maklumat lanjut..

Monday, February 01, 2010

~MAJLIS DOA SELAMAT INTEAM & KTI 2010~

1 comment :
Muslimin KTI
Muslimat KTI
VERSE di Inteam Records...?
best friends kat UIA..!!

Alhamdulillah...
semalam,30 Jan '10,dah selesai pun aktiviti pertama KTI buat tahun ni...
Majlisnya sangat2 la simple...
Tapi insyaAllah ada manfaat yg dapat kami peroleh sama2 daripadanya...
Tentatif program ni...

11.00am - Ketibaan peserta & inteam
12.00pm - Doa Selamat
12.30pm - Makan-makan
01.30pm - Solat Zohor Berjemaah
02.00pm - Majlis Bersurai

Moga ukhwah yg terjalin sesama ahli2 KTI & Inteam berpanjangan dan terus erat selamanya...
Ukhwah inilah yg kita impikan, ukhwah fillah...

Doakan juga keberangkatan Inteam ke UK nnti mendapat berkah Allah SWT...
Moga selamat sampai di sana...
Moga mesej dakwah yg Inteam bawa sampai kepada mereka, insyaAllah...
Selaku pendukung & penyokong Inteam,kami sentiasa mendoakan yg terbaik buat Inteam...
Akhirun kalam...
Terima kasih buat semua yg telah menjayakan program kali ni,abg2 Inteam,staff Inteam Records,AJK Tertinggi KTI, semua AJK Pelaksana...
Terima kasih yg x terhingga juga buat AJK makanan & tukang masak yg sudi menghidangkan makanan yg sgt3 sedap untuk kami...
Cuma lain kali sediakan la air yg xde ais... sakit tekak deyh... ngeh3...=P

Terima kasih & TAHNIAH buat semua...!!
Layarilah...

Monday, December 21, 2009

Pilihanraya KTI..!

No comments :

Kepada warga-warga Komuniti Teman In Team (KTI), jom kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai ahli KTI dengan mengundi untuk saf organisasi KTI yang baru bagi sesi 2010. Nama-nama calon sudah pun diketahui, jadi sila jalankan tanggungjawab kita bersama. Undian boleh dibuat dengan cara menghantar PM kepada akhi Amin Inteam. Maklumat lanjut sila layari website KTI di http://www.inteam.com.my/index.php

Wednesday, November 11, 2009

Program "Kau Di Hatiku" 2 KTI

No comments :
BUTIRAN TERKINI PROGRAM:

Tarikh: 21 November 2009 bersamaan 4 Zulhijjah 1430H
Hari: Sabtu
Tempat: Rumah Anak Yatim Baitu Saidati Khadijah, Gombak
Masa: 8 pagi hingga 6 petang
Tempat berkumpul: Stesen Terminal Putra (Gombak)
Bayaran: RM25.00/person

Setiap peserta dikehendaki membuat bayaran ke dalam akaun kak nana selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 20 November 2009 (sehari sebelum hari kejadian) jam 10.00 pagi.Butiran adalah seperti berikut:

NAMA : WAN NORHAINA BINTI WAN AB RAZAK
BANK : MAYBANK
NO. AKAUN : 164294286566

Bukti pembayaran boleh diberikan kepada kak nana samada melalui email hyna_razak@yahoo.com atau juga boleh diberikan printed resit pada hari program tersebut.Namun demikian, setelah pembayaran dibuat peserta dikehendaki sms butiran (nama penuh,tarikh dan masa pembayaran dibuat) ke 012-9240853.

p/s: kepada sesiapa yang tidak membuat pengesahan pembayaran melalui sms,pembayaran tidak akan diambil kira... :-P

Tempat terhad utk 30 orang sahaja yang membuat pembayaran awal. Program ini juga terbuka untuk semua ahli KTI dan juga mereka yang bukan ahli KTI....
pastikan anda membuat pembayarn awal.... sama2 kita beraktiviti sambli beramal...

MEMASYARAKATKAN KTI
KTI FOR ALL.... =)


SENARAI AJK PELAKSANA:

Pemantau: ainur_87

Pengarah: mazri

Timbalan pengarah: sutera

Setiausaha: HafiziAzmi91

Bendahari: hyna_razak

AJK pendaftaran: Rosma & shahrael
AJK modul: anosa_sasdira
AJK makanan: bingkisaNurani & safi_iwana
AJK pengangkutan: hudafatinah & shrxme
AJK keselamatan: nazabbi
AJK publisiti: mmsafa

TENTATIF PROGRAM:

8.00 am : Berkumpul di stesen Terminal Putra
9.30 - 10.30 am : Ice breaking, Pembahagian kumpulan, Sesi taaruf
10.30 - 11.00 am : Minum pagi
11.00am - 12.00pm : Sharing moment with Inteam
12.00 - 2.00 pm : Makan tengah hari & solat Zohor
2.00 - 3.30 pm : Game - "Aktifkan Dirimu"
3.30 - 4.30 pm : Sesi memasak BBQ
4.30 - 5.00 pm : Solat Asar
5.00 - 6.00 pm : Makan BBQ
6.00 pm : Bersurai

Sebarang perubahan akan dimaklumkan
Sesape yg nak join lg program ni,boleh dapatkan maklumat lanjut dgn melayari www.inteam.com.my/index.php - Website Komuniti Teman Inteam (KTI) dan buka forum topik Program Kau Di Hatiku Kali Ke-2 (klik di sini)

Wednesday, September 02, 2009

Majlis Ifthar KTI 2009M/1430H

No comments :










بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sukacita dimaklumkan bahawa Komuniti Teman Inteam akan menganjurkan MAJLIS IFTHAR KTI 2009
:)

Tujuan program ini adalah untuk meraikan 10 malam terakhir ramadhan disamping mengeratkan ukhwah diantara ahli Komuniti Teman Inteam bersama warga IRSB.

Butir-butir program adalah seperti berikut:

Tarikh: 12/9/2009 (22 Ramadhan, hari sabtu)
Tempat: Anjung Rahmat, Gombak
Pengangkutan: Naik LRT PUTRA sampai ke TERMINAL PUTRA. (Inyaallah, pihak IRSB akan ambil disana)




Maklumat lanjut bleh buka website Komuniti Teman Inteam [klik sini]

Komen Terkini