Monday, July 30, 2012
Wajah Baru alwanPelangi.com
Sedikit preview wajah baru laman utama alwanPelangi.com & blog alwanPelangi.com..
Wajah baru sempena Ramadhan..
Wajah baru bersama visi, misi, matlamat & semangat yang baru, insya-Allah ! :D
Setelah bermacam-macam cubaan menimpa, menjalani 'fasa lesu', digodam oleh penggodam Indonesia, dan macam-macam lagi, akhirnya hari ini, Alhamdulillah, laman web baru ni dapat direalisasikan !
Alhamdulillah.. :D
Insya-Allah alwanPelangi.com akan mula aktif beroperasi mulai malam ini.
Buat permulaan ini kami masih kekurangan bahan untuk dikongsi di sini.
Tapi insya-Allah kami akan cuba memperbaiki & menyediakan bahan-bahan secukupnya, dari semasa ke semasa.
Akhir kata, moga bermanfaat ! :D
*[ DISCLAIMER: I do not own the right to the background music ]
Background Music : Bakuman OST - #1 Manga to Gensaku
Software used : CamStudio, Sony Vegas
Desktop Wallpaper : Ramadan; ilmi-islam.com
Tuesday, July 24, 2012
Tazkirah #2 (IM Asyraf & Ameen Misran)
+ Tazkirah Ramadhan+ Isnin, 23 Julai 2012 = malam 4 Ramadhan 1433H
+ Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak
gambar tangkap sendiri.. ;p
Ini antara point-point utama yang saya dapat daripada tazkirah malam tadi..
Sangat ringkas & padat..
Moga bermanfaat ! :D
Sesi Pertama, selepas solat Isya'
Oleh Imam Muda Asyraf
Ramadhan - bulan turunnya kitab Al-Quran, Suhuf Ibrahim, Taurat & Injil
”Kitab (Al-Quran) itu, tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa” - Al-Baqarah, 2:2
Al-Quran disifatkan sebagai huda = petunjuk
Muttaqin = orang-orang yang bertaqwa = orang yang berhati-hati.
Dia akan sentiasa berjaga-jaga dengan apa yang dia sebut & apa yang dia lakukan, berpandukan Al-Quran.
Hiduplah bersama Al-Quran, moga menjadi sepertimana yang dikatakan 'Al-Quran berjalan' ,
yakni sentiasa mengamalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran, sehingga peribadinya terserlah.
Di bulan Ramadhan ini, Allah nak latih orang-orang muda khususnya, untuk mengawal diri mereka yang masih belum mampu untuk bernikah.. :P
Perut yang kosong, mampu untuk menahan nafsu.
Hamba Allah yang diberi nikmat seperti kekuatan, berasa lapang & selesa sehingga terlupa pada Allah, Allah akan datangkan ujian berupa sakit, dll, supaya dia kembali ingat kepada-Nya..
Wallahu a'lam..
Sesi ke-2, selepas tarawih 8 rakaat
Oleh saudara Muhaimin (Ameen Misran) - LangitIlahi.com
(tazkirah kali ini di dalam bahasa Inggeris)
+ currently, you are doing Bachelor of Taqwa from University of Ramadhan
+ University of Ramadhan = the best university ever --> the shortest course, just within 4 weeks (1 month)
+ always put in our heart, we will strive the best within this 4 weeks & we will be graduated from school of taqwa !
+ Taqwa means being careful (like IM Asyraf said just now)
+ Taqwa = defensive system for us.
+ without taqwa, we will be going astrayed
+ in Ramadhan, gates of heavens opened, while gates of naar (hell) closed.
+ we are all sinners
+ so, Allah gives us Ramadhan
+ Ramadhan is a GIFT
+ Narrated Abu Huraira: The Prophet said, "Whoever fasted the month of Ramadan out of sincere Faith (i.e. belief) and hoping for a reward from Allah, then all his past sins will be forgiven,"
+ do our best in this Ramadhan to the fullest before we leave it (Ramadhan)!
+ we are all in a race
+ let's compete, who will win this race ?! :D
That's all..
Wallahu a'lam..
Stay blessed in this belssful month.. :3
Monday, July 23, 2012
Tazkirah #1 - Taqwa
+ Tazkirah Ramadhan selepas solat Isya'+ Ahad, 22 Julai 2012 = malam 3 Ramadhan 1433H
+ Masjid A-Sharif (Simpang Tiga), Gombak
+ oleh Ustaz .........
Topik : Taqwa
+ Taqwa = takut kepada Allah
+ Taqwa menentukan nilai seseorang manusia itu, nilai seorang hamba kepada Tuhan-Nya
+ Tiada taqwa dalam diri manusia, tiada nilainya
+ Manusia yang tiada nilai, sama seperti sudah diabaikan Allah
+ Justeru, bagi meningkatkan nilai manusia di sisi-Nya, Allah mengurniakan satu bulan mulia; Ramadhan bagi memberi peluang manusia meningkatkan taqwa mereka kepada-Nya
+ Mulianya manusia hanya bila bertaqwa
+ Selamat & amannya dunia hanya bila manusia bertaqwa
+ Salah satu perkara wajib dalam khutbah Jumaat : Berpesan supaya bertaqwa..
+ Tidak sah khutbah sekiranya tiada pesanan menyuruh bertaqwa
+ Semua umat Islam harus bertaqwa
1) Anak
- Anak bertaqwa, selamatlah keluarga
- Anak akan mentaati ibu bapa, berbakti & bertanggungjawab kepada ibu bapa
- Tiada masalah sosial seperti meninggalkan ibu bapa di rumah warga emas
2) Suami
- dengan taqwa, suami mampu memberikan nafkah Ruhiah/Deeniah yang diperlukan isteri & keluarganya
- suami tanpa taqwa itu tidak hebat, maka tiada sebab untuk isteri taat kepada suaminya yang tidak hebat
3) Isteri
- isteri yang tiada taqwa, tidak akan taat kepada suami
- tidak takut akan azab Allah sekiranya menderhaka kepada suami
4) Alim / Ulama'
- mereka berilmu, tapi tak semestinya bertaqwa
- taqwa akan menjaga mereka supaya amanah dengan ilmu
- tidak akan menyembunyikan ayat-ayat Allah
- ulama' yang bertaqwa sahaja akan menyampaikan kebenaran dengan ilmunya
- anologi : Harimau di dalam hutan lebih hebat, berbanding harimau yang sudah diletakkan di zoo
- ulama' bila dalam genggaman manusia, tiada hebatnya, seperti harimau yang sudah berada di dalam zoo
picture credit : http://ismaperak.net/pemimpin-mesti-kembali-kepada-taqwa
+ Diriwayatkan dari Anas ra, dia berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda, "Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim atau dizalimi". Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, kami memang harus menolong orang yang dizalimi, tetapi bagaimana kami harus menolong orang yang berbuat zalim?" Rasulullah SAW bersabda: "Cegah dia dari perbuatan zalim"
- Hadith riwayat Bukhari
Wallahu a'lam..
Stay blessed in Ramadhan, insya-Allah.. :D
Monday, July 02, 2012
Note to Self, 2nd July 2012
Pagi Isnin, 2 Julai 2012.
Dah 20 tahun 11 bulan 1 hari aku hidup kat dunia ni.
Sedar tak sedar, kurang dari 3 minggu lagi kita akan menjengah ke bulan mulia itu lagi.
Ramadhan.. ^^
Cepatnya masa berjalan kan..?
Rasa macam baru semalam je puasa kat CFS IIUM..
Baru semalam je start guna nama Alfi Ramadhani..
Baru semalam je beraya dengan mak, adik2, atuk, nenek..
Tup-tup dah nak masuk Ramadhan balik..?
Hmm.. Ye tak ye..
Elok sangat la kalau nak puasa hari ni kan..
Training sebelum nak masuk Ramadhan nanti..
Tak la terkejut sangat bila dah betul-betul masuk Ramadhan nanti.. Ehe~
Dan, tak sampai sebulan lagi, genap 21 tahun aku hidup kat bumi ni.
21 tahun dah..
Perasaan..?
Makin dekat dengan mati..
Harap-harap dapat la nikmati Ramadhan yang bakal menjelma ni dengan penuh erti sebelum ajal itu tiba..
Ramadhan lepas dah rasa macam sia-sia..
Sebab banyak opportunity yang tak sempat nak grab masa tu..
Memang bila fikir-fikir balik, rasa wasted habisan la..
Apa la..
Tiba-tiba terfikir,
Kalau la aku mati waktu umur genap 21 tahun ni..
Macam mana la ye..?
Banyak mana je amalan yang dah ada..?
Banyak mana pula dosa yang dah bertimpa..?
Banyak mana je tanggungjawab yang dah selesai..?
Banyak mana je hutang yang dah langsai..?
Dah settle ke semua amanah yang Allah dah beri kat kita untuk kita laksanakan sebelum kita mati..?
Amanah sebagai : Khalifah.. Anak.. Muslim.. Penuntut ilmu.. dan lain-lain..
Banyaknya la kan..
Padahal semua tu la yang akan dihisab suatu masa nanti..
Bukan hisab gitu-gitu je..
Hisab dia level terperinci habisan..
Hatta sekecil-kecil benda pun boleh bawa kita pergi ke syurga atau ke neraka..
Ya Allah.. Macam mana ni.. TT__TT
Kenapa tak bersedia dengan maut..?
Kenapa tak bersedia awal-awal..?
Kenapa tak bersedia setiap masa..?
Padahal tahu je yang maut tu akan datang bila-bila, kan..?
Mohon hidayah-Mu ya Rabbi..
Mohon istiqamahkan kami dengan amalan soleh hingga ajal itu tiba..
Hingga nafas terhenti.. Bersama senyuman..
Melihat jannah-Mu.. Memandang wajah-Mu..
Insya-Allah, suatu masa nanti..
Kabulkanlah impian tinggi melangit ini ya Rahim..
Harap doa bukan sekadar doa.
Impian tak terlaksana tanpa usaha.
Itu fitrah alam. #note to self
p/s : Bosan dengan all those romantic-jiwang-sarkastik posts in Facebook.. Zzz... ~___~
Matanglah wahai anak bangsaku...~~~~ (walaupun aku ni tak la matang sgt pun sebenarnya..)
Apa kata baca entri ni : http://bukunotaiman.blogspot.com/2011/12/artikel-chat-iman-amin-prioriti-cinta.html
Moga bermanfaat ! n__n
ps (ii) : Bahasa aku kadang-kadang memang sukar difahami sikit..
Sorry ea..
-- Alfi Ramadhani --
UIAM Gombak,
Taman Ilmu dan Budi..
Taman menyemai cinta Ilahi..
Moga-moga hendaknya..
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)