■ Buku Nota Iman

Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Thursday, December 01, 2011

| ARTIKEL | Chat : Iman & Amin - Prioriti Cinta Pelajar

9 comments :
Chat : Iman & Amin - Prioriti Cinta Pelajar
by Alfi Ramadhani


Amin , Status : Grr.. Lelaki tak guna ! D:<

Iman : BUZZ!
Iman : Assalamu’alaikum.
Amin : Wa’alaikumussalam warahmatullah. Ha, kak, duduk la.
Iman : Akak bukannya ada kat sebelah kamu. =.="
Amin : Duduk je la kat situ. Tak semestinya kat sebelah Amin. Hehe..
Iman : Memang tengah duduk pun. Tak ada kerja nak menghadap laptop sambil berdiri. =.="
Amin : Kekeke.. XD
Iman : Apa yang tak guna?
Amin : “Apa yang tak guna” ?
Iman : La, Amin yang tulis kat status Amin tu. Apa yang tak guna?
Amin : Oh. Ni, Amin terbaca berita ni ; ‘Derita Isteri Didera Suami’.
Iman : Oh, ok. Jadi?
Amin : Jadi apa?
Iman : Jadi, apa yang tak guna?
Amin : Aduh akak ni. Lelaki ni la. Amin tak puas hati betul la. Ada ke dah elok-elok ada isteri yang baik macam ni, dideranya teruk-teruk pulak. Motif? Sakit mental ke apa? =.=”
Iman : Jangan bencikan orangnya. Bencikan akhlaknya.
Amin : Yes, of course Amin bencikan sikap dia yang mendera isteri dia tu. Tapi, dia tetap bersalah kan..
Iman : Dia bersalah sebab sikap dia. Tapi manusia boleh berubah kan.. Bila sikap jahat tu dah hilang, patut ke kita benci dia lagi?
Amin : Emm…
Iman : Fikir dalam-dalam.
Amin : Tak patut, kot. Tapi, Amin bukannya kenal lelaki ni pun.
Iman : Yup. Tak kisah la kenal ke tak, dia tetap manusia kan.. Sebab tu, kita patut bencikan sikap dia, supaya kita tak mencontohi sikap dia yang buruk tu.
Iman : Kalau orang tu dah ada sikap yang baik, kita memang tak patut bencikan dia. Muslim yang baik itu sentiasa berkasih sayang sesama mereka, kan? ^_^
Amin : Good point you have there.
Iman : Of course, I’m your sis ! Kekeke.. ;p
Amin : Ye la tu. Amin bukannya apa kak…
Iman : “Bukannya apa” ?
Amin : Amin sebenarnya tension + jealous dengan lelaki tu.
Iman : Reason?
Amin : Ye la. Dah elok-elok ada isteri, dibuat macam gitu pulak. Orang lain yang bujang ni punya la mengidam nak berkahwin. Kalau Amin ada isteri nanti, Amin janji Amin tak akan buat benda bodoh macam tu!
Iman : ..... Good.
Amin : So, that’s why I’m jealous with him.
Iman : Amin.
Amin : Ye?
Iman : Umur Amin berapa?
Amin : Age is not a matter, my dear sis...
Iman : Yes, I know. Just asking.
Amin : Macam la akak tak tau. 20 la.
Iman : Umur akak?
Amin : Umur sendiri pun tanya orang ke?
Iman : Jawab je.
Amin : 22, right?
Iman : Are you sure? XD
Amin : Err.. Jap, nak kira. Ta – ta – ta. Oh, yes, confirm! 22!
Iman : Hehe.. Saja tanya. Tak ada kaitan pun.
Amin : Hmmph?! =.=”
Iman : Kekeke.. Ok, back to our topic.
Amin : Ok. Sebenarnya, Amin…
Iman : Angau?
Amin : Lebih kurang macam tu la.
Iman : Couple?
Amin : Mana ada ! Of course I’m not!
Iman : Ok, Alhamdulillah. Jadi?
Amin : I like a girl.
Iman : You like her. How about her?
Amin : I don’t know.
Iman : Ok, nanti akak tanya dia. Lepas tu Amin nikah la dengan dia.
Amin : What?! You know I’m just 20!
Iman : So what? Tak ada masalah kalau dah mampu, yakin & bersedia.
Amin : You know I'm not ready yet.
Iman : Ok, don't worry. You have another option.
Amin : Apa dia?
Iman : Kalau dah tak bersedia, kena la buat persediaan.
Amin : Mesti makan masa yang lama kan.
Iman : It depends on you.
Amin : Kak..
Iman : Ye.
Amin : Amin rindukan dia. Rindu sangat-sangat. Kalau la Amin boleh nikah dengan dia sekarang, sekarang jugak Amin nak nikah dengan dia.
Iman : Lorh.. Tadi Amin yang cakap, Amin baru umur 20 la, tak bersedia zahir & batin la.
Amin : That's the problem. Eh, 'zahir & batin' tu akak yang saja tambah-tambah, ok.
Iman : Hehe.. Just kidding~ Ok, Amin rindu dia?
Amin : Yup. But...
Iman : But what?
Amin : I hate that feeling.
Iman : Reason?
Amin : Cinta macam ni melalaikan, kan?
Iman : Mat jiwang.
Amin : Akak !
Iman : Ok, kita masuk mood serious & fasa penyelesaian masalah.
Amin : That's what I'm waiting for.
Iman : Ye ke. Ingatkan nak luahkan perasaan je tadi. ;p
Amin : =.="
Iman : OK, satu benda yang akak suka, Amin sedar yang melayan perasaan macam ni membawa kelalaian. Tapi, apa yang akak tak suka, Amin bencikannya.
Amin : Eh?
Iman : Siapa yang berkuasa menghadirkan perasaan cinta ni?
Amin : Aa.. Allah.
Iman : Yup. Jadi?
Amin : We shouldn't hate this feeling.
Iman : Should not & must not. Apa yang kita patut buat bukannya membenci perasaan tu, tapi mengawalnya.
Amin : Macam mana nak kawal, kak? Susah..
Iman : Setiap kesusahan tu ujian. Hatta, kesenangan pun ujian. Nak buat benda baik memang la susah sikit, kan..
Amin : Erk. Betul.
Iman : Jangan risau. Lagi besar ujian, lagi besar pahalanya. Yang penting kena sabar. Perasaan tu bukannya tak boleh dikawal, cuma kita je yang selalu melayan perasaan tu. Ikut sangat dorongan nafsu.
Amin : Jadi, nak buat macam mana?
Iman : My dear brother, pada pandangan akak la, pertama-tamanya kita kena ubah cara minda kita berfikir.
Amin : How?
Iman : Jangan bagi diri kita asyik berfikir tentang si dia je. Otak kita ni mampu melakukan perkara-perkara yang jauh lebih hebat daripada tu. Jangan disebabkan cinta tak nyata ni, seluruh minda kita dikuasainya, sampai dah tak dapat nak fikir benda lain.
Amin : Ok.
Iman : Cuba fikir, banyak lagi benda lain yang perlu kita fikirkan selain daripada cinta yang tak pasti tu. Mula-mula sekali, ingat yang kita ni hidup di muka bumi ni untuk mengabdikan diri kita kepada Allah. Apa-apa yang kita buat, semuanya kita sandarkan atas niat untuk beribadah kepada Allah.
Amin : Betul.
Iman : Itu kunci utamanya. Lepas tu, Amin sendiri boleh fikir kan, apa yang perlu kita lakukan, apa tugas kita, prioriti kita sebagai hamba Allah, khalifah di muka bumi, anak kepada kedua orang tua kita, penuntut ilmu, saudara kepada sahabat-sahabat Muslimin kita di Palestin sana & banyak lagi. Tengok, banyak lagi kan tugas kita yang lebih penting? Semua tu akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Akak rasa Amin boleh fikir sendiri. Tak payah akak explain panjang-panjang kot.
Amin : Hmm... Maybe.
Iman : Akal kita ni hebat, dik. Jangan bazirkannya macam tu je. Manusia rugi sebab tak manfaatkan akal tu sebaiknya. :)
Amin : Nice words. Tu la kan. BIla manusia dah utamakan nafsu, akal tu dah pergi entah ke mana.
Iman : Pelik kan. Akal yang power macam tu pun boleh kalah dengan nafsu. Bukannya tak tau yang mana betul, yang mana salah.
Amin : Senang dilafaz, sukar dilaksana.
Iman : Right.
Amin : Tapi akak tak sentuh pun pasal cintakan Allah. Bukan ke itu yang paling utama?
Iman : Macam yang Amin kata tadi, senang dilafaz, sukar dilaksana. Cinta Allah itu anugerah teragung buat hamba-Nya yang suci jiwanya, mantap peribadinya.
Amin : Layak ke kita untuk dapat anugerah tu? T__T
Iman : Layak atau tak, itu urusan Allah. Yang penting, kita kena berusaha untuk dapatkannya. Selalu bertaubat kepada-Nya, mohon ampun setiap masa, selalu mengingati-Nya, taat perintah-Nya, jauhi larangan-Nya & akhir sekali, istiqamah dalam mengamalkan semua ni. :)
Amin : Senang dilafaz, sukar dilaksana.
Iman : Allah menilai usaha kita, bukan hasilnya.
Amin : Yup.
Iman : Teringat kisah cinta serikandi Islam, Rabi'atul Adawiyah.
Iman : Cinta yang satu. Seluruh jiwa, hanya buat Allah semata-mata. Hatta tiada ruang buat cinta manusia. Cinta beliau sangat agung.
Amin : Tapi cintanya melawan fitrah.
Iman : Tak. Cinta beliau unik. Mungkin hanya sesuai buat seorang insan bernama Rabi'atul Adawiyah semata-mata.
Amin : Maknanya kita tak boleh tiru cinta sebegitu?
Iman : Kalau nak tiru sekalipun, mampu ke? Cukup sekiranya kisah cinta Rabi'atul Adawiyah itu dijadikan teladan, pedoman & pengajaran. Untuk dijadikan ikutan, manusia biasa tak mampu rasanya. Ikut la apa yang memenuhi fitrah kita. Islam itu kan mudah, dan melengkapkan fitrah? :)
Amin : Betul.
Iman : Jadi, apa maknanya cintakan 'dia' kalau semua tugas-tugas kita tadi tak terlaksana? :)
Amin : Tapi, alangkah lebih indah andai dapat meraih cinta-Nya bersama si dia?
Iman : Ya, kalau mampu menyunting dirinya, silakan. Tafaddhal masykura.
Amin : Erk, belum. T__T Lagipun, dia tu baik kak. Baik sangat. Rasa macam diri ni tak layak je. Bukan ke perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. T__T
Iman : Dah tau dia baik, jadi, usaha la untuk jadi baik macam dia! :D
Amin : Insha-Allah. Guide me, sis? Please~~
Iman : Insha-Allah. I'll try my best. But, if you want a better result, you are the one who should guide me, coz you're the one who'll be the leader, the imam. :)
Amin : I'll try my best too.
Iman : Jangan fikirkan sangat, ok. Apa-apa pun, semuanya bergantung pada takdir Allah. Semuanya dah ditakdirkan Allah. Nak risau apa? Cuma masanya je mungkin belum tiba. Buat masa ni kita sediakan diri kita untuk jadi Muslim yang baik dulu. Bila dah rasa cukup bersedia nanti, masa tu, terpulang pada kita apa tindakan kita seterusnya.
Amin : Ok. Syukran jiddan ya ukhti~~ ^_^
Iman : My pleasure. It's my responsibility to help my dear brother. Harap-harap apa yang kita sembang tadi berguna la ye. :)
Iman : Ingat, pentingkan perkara yang terpenting sebelum perkara yang penting kerana perkara yang terpenting itu lebih penting daripada perkara yang penting. ^^
Amin : Oh, ok. Btw, akak cakap pasal orang ni, akak tu bila pulak? Hehe..
Iman : Kan akak dah kata, pentingkan perkara yang terpenting dulu. Ada jodoh nanti, ada la. Ok, discussion kita pun dah tamat dengan jayanya kan. Akak ada kerja lain ni. Ilalliqa', ma'assalamah.
Amin : Ok-ok. Assalamu'alaikum.:)
Iman : Wa'alaikumussalam warahmatullah.

Iman has signed out.

---------

P/s : suka gila dengan nama Iman tu.. Sangat comel & sweet.. Aha~


Wednesday, November 30, 2011

| KOMIK | Jom Mula Berjilbab !

10 comments :
Assalamu’alaikum warahmatullah..

Seperti yang dijanjikan hari tu (SINI & SINI ), ni dia komik 1 page tu..
Maaf atas keterlambatan..
Petang kelmarin bumi Tanjung Malim dilimpahi hujan rahmat..
Semalam pun.. Dan hari ni pun mungkin jugak..
Awal Muharam la katakan.. ^^
So, x dapat la kan nak berjimba-jimba kat luar rumah.. erk.
Cuma Allah je yang tahu segala ujian & halangan yang menimpa diri ini sebelum entri ni berjaya juga dipublish akhirnya.. huhu~

Lukisan yang sangat simple..
Saya pun baru belajar-belajar nak buat shading tu..
(banyak yang salah kot.. >.<”)
Background & mood tu pun sama..
Gitu-gitu je la.. ;p
Tapi, apa-apa pun, moga ada manfaatnya..

Read & think..
Ini sekadar pendapat peribadi saya je..
Mungkin betul, mungkin juga tak betul..
Kalau ada komen, tinggalkan kat bawah ni ye..



(Open in new tab & zoom untuk paparan yang lebih besar..)


Ha.. Kot kalau ada yang nak buat tempahan, send e-mel dulu ye..
Kalau saya sempat check, saya check..
Kalau saya tak reply lagi, maknanya saya belum baca lagi la tu.. Ok..? ^^

Tadi saya baru je habis interview kerja !
Lepas ni kerja cafe lagi buat kesekian kalinya ~ hoho

Ok, that’s all for now.. And thanks for reading !
Ilalliqa’ , ma’assalamah..
Stay blessed.. :)

Tudung / jilbab / hijab tu dapat melindungi diri wanita dalam banyak aspek, bukan setakat aurat semata-mata, kan..?

Saturday, November 26, 2011

| DESIGN | E-Cards Ma’al Hijrah

10 comments :
Assalamu’alaikum warahmatullah..
Salam mahabbah, salam ceria !
Seperti yang dijanjikan semalam, (ni entry dia) hari ni saya akan publish e-card sempena Tahun Baru HIjrah esok !
Ok, ni la dia !













3 design je, tak apa la kan..?
Kalau buat banyak-banyak sangat pun, bukan nak guna semua pun kan..? hehe.. ;p
Kalau nak share, dipersilakan sangat-sangat..
Kalau nak letak kat blog ke, forum site ke, copy & paste je code kat atas tu..
Saya setkan lebar (width) gambar tu 450px.
Kalau nak kecikkan ke, besarkan ke, edit je la nombor dia tu ek..
Moga ada manfaatnya, insha-Allah..

Ha, jangan lupa, insha-Allah esok akan ada komik pulak !
Pagi tadi saya baru buat basic colour..
Actually kalau nak publish sekarang, boleh je..
Tapi saya ingat nak touch-up lagi sikit2..
Buat shading, bagai~
Kalau tak ada aral melintang, insha-Allah, esok saya akan publish yang dah complete..
Harap-harap semuanya berjalan lancar, amiin…
Doa-doakan la ye..

Sebelum menutup kalam, saya nak ucap terima kasih sangat-sangat buat semua yang menyokong alwanPelangi.com selama ni. Sahabat-sahabat, blogger-blogger yang sudi follow blog ni, silent readers & semuanya !
Tanpa korang semua, apa la yang ada pada alwanPelangi.com ni , kan..? : )

Ha, petang ni jangan lupa baca doa akhir tahun & doa awal tahun tau !

Ok, tu je untuk kali ni..
Salam mahabbah, salam Ma’al Hijrah !
Stay blessed. : )

Perubahan itu bermula dengan satu percubaan.

Sunday, August 28, 2011

| EVENT | Buka Puasa #Churpout @Mek_T

4 comments :
Assalamu’alaikum warahmatullah…

Alhamdulillah, last Friday, 26th August 2011, my best friend (Syahmi) & I went to an ifthar event ‘Buka Puasa #ChurpOut’ at Mek T restaurant (pronounced like Mc D.. ;P), Puchong Jaya.
ChurpChurp #ChurpOut is an event organized by ChurpChurp for the Churpers to gathered and know the people that work hard behind the scene.

Ok, takat tu je cakap omputeh.. kui3.. ;P
Majlis ifthar / berbuka puasa ni dianjurkan oleh ChurpChurp, our beloved advertising company (yah! bodek2.. XD) & sponsored by Mek T restaurant. (cakap omputeh lagi.. =.=”)

Ah, rojak je la ye.. It’s a part of ‘how to’ learning English.. ;P

Kami berdua gerak dari UIA PJ lepas solat Asar..
Lambat jugak la bertolak, padahal dah tau dah event start pukul 6pm.. >.<”
Masa on the way tu pulak jalan jammed..
Kereta / lori / jentolak beratur panjang kat jalan nak masuk kawasan Puchong tu..
Hati dah cuak, kot-kot tak dapat sampai on time..
Lepas tu, terbayang-bayang, kot la nanti kena sound ke, pastu kena halau ke kalau sampai lambat.. #buruksangka
Ish3.. Apa fikir bukan-bukan ni..~~ >.<”

Tak apa.. Sabar tu separuh dari iman..
Redha la.. Sape suruh datang lambat.. >.<

Dah sampai je area Puchong Jaya tu, satu hal pulak nak cari premis Mek T tu..
Alhamdulillah, walaupun kedai berderet-deret, senang je nak jumpa restoran Mek T ni.. hihi..
#untung laa..~~


(all pictures : credited to Teratakarmo.com)

Sampai je situ.. Laa.. Ingatkan dah start..
Rupanya blogger-blogger lain pun ramai tak sampai lagi..
Mesti diorang pun terkandas dalam jam ni.. Hehs..

Kami duduk2 la kat depan restoran tu kejap.. (tak masuk dalam..)
Dok sembang apa ntah dengan budak Syahmi ni..

Memandangkan dah nak dekat pukul 7pm, kami semua (yg dah sampai ‘awal’) diajak untuk masuk dalam..
Ada la merasa air-cond..

Kat dalam tu, kitorang berdua bertegur sapa la dengan abang Zul (Takiya Genji) & akak Ella..
Tegur pun sebab dalam beberapa org blogger yg ada kat situ, depa 2 orang ni je yang saya pernah nampak muka kat blog diorang.. Hehe..
Ada la point nak cakap..
"Eh, ni abang Takiya Genji kan?"
"Eh, ni kak Ella kan..?"
Haha XD

Tak lama lepas tu, sorang-sorang sampai..
Abang Hafiz Hamidun (yang paling dikenali), --> http://hafizhamidun.blogspot.com/
kak Ceera, --> http://c33ram00n.blogspot.com/
kak Viruspadu, --> http://www.viruspadu.com/
bro Beautifulnara, --> http://beautifulnara.com
bro Darkbatman, --> http://darkbatman.com
CikLilyPutih, --> http://www.ciklilyputih.com/
kak Anne PenMerah, --> http://penmerah.com
geng2 ChurpChurp (miss Cindy, Linda, dll..),
dan lain2..~~ Tak larat la pulak nak taip semua..
(actually x ingat sangat..~~ >.<”)



Mula2, ada la ucapan alua-aluan dari akak2 Churp2 ni..
Cheerful betul greetings diorang..
Orang yang dengar pun boleh excited sama.. keh3 ;P
Ada penerangan pasal restoran Mek T sikit..
(nama pun advertising company.. lagi2 depa dah sponsor menu buka puasa ni kan.. ^^)
Restoran yg menyediakan menu makanan2 Terengganu..
Nak tau best ke tak makanan dia, kena tunggu masuk waktu beruka la.. ;P



Azan berkumandang..
Incik Hafiz Hamidun kita jadi tukang baca doa..
Maka makanan pun disantap.. Mula2 ada laksam..
Pehh.. Sedap kot..
Abg Zul & kak Ella (Terengganunians.. >.<”) yang dok depan kitorang ni pun kata sedap..
Macam betul2 kat Terengganu katanya.. hihi..

Lepas tu ada Nasi Sedap Sokmo, Nasi Dagang, Pulut Lepa, dll..~~
(nak tau lebih lanjut pasal menu2 yg ada, buka http://mekt.com.my)
Tak ingat sangat la semua menu.. Hehe..
Semuanya masakan2 Terengganu la senang cerita..

Tapi, seriously, memang sedap..
Kalau singgah sini lagi lain kali memang x lupa nak makan kat sini kejap la !
Hehe..

Lepas makan2, kami keluar pi IOI Boulevard (mcm mana ntah ejaan/sebutan betulnya.. >.<”) jap untuk singgah kat surau yang berdekatan..
Solat Maghrib kejap, lps tu pi Mek T balik..
Ada desert pulak.. Hoo..~~

Lepas habis makan2, Churp2 nak bagi hadiah plush toy pulak kat Twitterer2 yang aktif update gambar pasal event ni kat Twitter..
#untung la, ada Blackberry, I-Phone, I-Pad, boleh online kat mana2.. XP
Wah ! Kak Ella pun menang la..! #untung laa..~~

Habis je bagi2 hadiah, main tangkap2 gambar pulak..
Possing sana, possing sini.. Hadoii..~~ Tak biasa kot..
Sy possing sekadarnya aje la..
Nak possing lebih2, kita ni bukannya retisss pun…~~ >.<"


abg Hafiz Hamidun & abg Beautifulnara

And then, tamat laa..~~
Isya' & solat Terawih kat tempat masing2..
Kitorang berdua kat Masjid UIA PJ la.. :)

Hmm..
For my general opinion, event ni memang best & happening..!
Maybe kalau ramai lagi,lagi happening..!
Boleh kenal2 lagi sesama blogger..
Yang otai, yang tak otai.. :)

And for my personal opinion, best memang best..
Tapi, sebagai insan bergelar blogger Muslim macam kita ni, certain part kita perlu bataskan sikit la..
I mean part pergaulan tu kan..
As Muslims, we know 'bout it, right..?
Bukannya tak boleh get involved langsung..
Yes, I’m ok with them ! Happy with them ! :D
Tapi kita ada prinsip kita sendiri kan..
Yang kadang2 tak sama dengan semua orang..
Yes, I’m open, but I still have my principe..
So, Cheer..~~ Hee..~~ ;D

Tapi, overall, event ni mmg terbaek laa..~~
First time kot join benda2 mcm ni..
Akhir kata, lain kali ajak la lagi..
I’m happy with all of you..~~
Maybe sebab sy ni x la famous macam u all, tu yang shy-shy-cat sikit tu.. heh.. ^_^



Actually ada banyak gambar lagi, tapi ntah kenapa, photographer2 yang ramai2 malam tu x sempat nak upload lagi gambar2 diorang.. Hmm..~~

So, kalau teringin nak join jugak event2 macam ni lain kali, register la bersama ChurpChurp.. Takyah bayar pun.. ;P

That’s all I think..
Stay blessed.. ;D

Wassalam..~~

Pen off.

Wednesday, August 10, 2011

Monolog Hati

1 comment :



Hati masih dilanda resah,
Jiwa masih rasa gelisah,
Hati berbolak-balik,
Jiwa terumbang ambing,
Ke kanan, ke kiri,
Ke atas, ke bawah,

Hati berkata,
"Aku mahu berubah!"
Tekadnya mula meninggi,
Namun Nafsu mencelah,
Keinginan hati dihalang,

Lalu dia berkata,
"Aku masih meraja!"
Hati kini tunduk melayu,
Siapa yang mampu melawan dirimu, Nafsu..?
Namun bicara itu hanya terhenti di dalam,
Di ruang qalbu yang tiada siapa dapat mendengar,

"Mengapa aku begini lemah?"
Qalbu memberontak,
Geram pada sifat diri yang lemah tak berdaya,
Siapa yang mampu membantuku?

Oh ya,
Iman, di mana kau, Iman,
Aku rindu kau, Iman,
Sudah lama kau tidak singgah di hati ini,
Menemani hati yang kian sunyi,

Dulu tatkala Iman masih di hati,
Mengapa tak dibiar Iman meraja..?
Mengapa dibiar Nafsu bergelora..?
Sedangkan Iman punyai kredibiliti yag jauh lebh tinggi berbanding Nafsu,
Namun hati tak mampu melawan kehendak Nafsu,
Lalu mana mungkin Iman dapat bertahan di situ,
Tatkala Raja dirimu kini hanya Nafsu..?

Hati kini dilanda kesal,
Hati lalu merintih & merayu pada Tuhan,
Ya, Tuhan,
Tuhan yang menguasai segala Raja,
Tuhan yang Maha Perkasa,
Tuhan yang Maha Pengampun,
Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tuhan yang mendamaikan hati,

Pedulikan segala masa silammu,
Aku tahu, Dia itu Maha Pengasih pada setiap hamba-Nya,
Dia rindu untuk mendengar rintihan hamba-Nya,
Cuma hati yang lalai, lupa untuk merintih pada-Nya,

Dalam jiwa yang masih kelam itu,
Tersemat satu janji yang tak akan dia mungkiri,
"Aku tak akan mengalah lagi,"
Pasti,
Kerana dia tahu,

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya & meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya)Dan memberi rezeki daripada jalan yang tidak terlintas di hatinya"
- Surah Ath-Thalaq: 2-3 -

Wassalam..
Stay blessed. :)


Monday, July 25, 2011

| ARTWORK | Sketching A Simple Muslimah OC (I)

8 comments :



Background Music : Flumpool - Zanzou (Bloody Monday OST)

My first tutorial video on how to draw a simple Muslimah character.
Sketching by using Paint Tool SAI (software) & a drawing tablet (device).
I'm so sorry if the drawing is not really nice, coz I'm still learning on how to use my tablet.
(It's quite hard to draw using a tablet. Using a pencil is the best! ^^)

This is my style.
Different people, different style..
I hope all of you can get some benefit from this video.
Insha-Allah, I will make another video after this.
A better one, hopefully, insha-Allah.
That's all, may Allah bless.. :)

(click to enlarge)

Saturday, July 23, 2011

| ARTWORK | Kak Syiza

3 comments :
Alhamdulillah..
Malam tadi dapat siapkan satu lagi request..
Ni dia.. :)

To : Syiza Hassan
(Muslimah OC)

(warna asal & saiz asal telah diubah bagi menghilangkan keaslian gambar ni.. XD)

Katanya, karakter ni nanti nak dibuat ikon / maskot untuk bisnes beliau..
Jadi, nak wish, semoga berjaya dalam bisnes tu..! ^^
(cuba teka bisnes apa..? hehe.. :P)
Kalau nak tau, tanyalah beliau ye..

Nak cari beliau kat mana..?

Aa... Ntah.. XD


Ok, that's all for this morning..
(dah nak tgh hari dah pun.. =.=)
Moga bermanfaat..
May Allah bless, insha-Allah.. (^^)

Wednesday, July 20, 2011

| DESIGN | Wordless Wednesday #3 - Fakebook

5 comments :

-----------------------------------------------------------
Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan.. :)

Tuesday, July 19, 2011

| ARTWORK | CikPutih & NurAreefah.. ^^

8 comments :
Alhamdulillah..
Malam semalam dapat siapkan 2 design request (dah berapa lama ntah tangguh.. =.=")

1) Request daripada Cik Putih
(Blog Banner)
So, ni la banner beliau.. :D

Blog Cik Putih




2) Request daripada Nur Areefah ...
(Simple Muslimah Character)
So, karakter ni adalah milik beliau.. ;D




Nak..? Hantar request kat e-mel, lps tu, tggu saya reply..
Tapi, nak siapkannya tu......
(x sanggup nak cakap..)
Kena banyak bersabar la ea.. Isk.. Isk..
Buat masa ni mmg tak dapat nak fokus buat benda ni je...
Kalau ada masa free + mood, baru buat.. >.<"
(Bila la nak ubah attitude ni... T__T)
Request yg lain2 tu pun, minta bersabar ye..
Maap.. Maap.. Maap.. Maap.. Maap.. Maap.. Maap.. Maap.. Maap.. Maap.. >.<"

Lastly, moga bermanfaat..
May Allah bless, insha-Allah.. :)

Friday, July 15, 2011

Paint.NET - Graphic Software

10 comments :
Assalamu'alaikum warahmatullah..
Pagi ni saya nak share satu software grafik yang saya rasa menarik sgt2 untuk dikongsi dengan semua..
Nama software ni Paint.NET
Ala-ala Microsoft punya Paint tu..
Tapi, Paint.NET ni lagi advance la daripada Paint yg default ada kat Windows tu..
Lagipun, software ni memang dicipta untuk menambah fungsi yang ada pada Paint tu sendiri..
Cuba tengok dia punya interface nih..


Lain kan..?
Saya suka guna software ni sebab pertamanya dia simple, tapi banyak jugak function dia..
Lepas tu saya suka dgn function panel2 kat bucu2 tu mcm Tools, Colours, Layers, History..
Ada macam2 tools la yang boleh diguna & memang senang sgt nak guna.. User friendly la senang cerita..
Kalau sape2 yg tak reti sangat guna Adobe Photoshop (macam saya ni) ,
software ni antara software yang harus dicuba untuk cipta/edit gambar, lukisan..
Lagi-lagi untuk blogger yang suka design header, dll..
Untuk design simple, tapi cun.. :)

Lagi satu, software ni walaupun banyak function, tapi dia mmg ringan..
Installer dia pun cuma lebih kurang 3.5 MB je..


Ha.. Apa lagi..
Kalau belum ada lagi software nih, boleh la download kat sini :
http://www.getpaint.net/

Just sharing.. hihi..
May Allah bless.. (^^)

Thursday, July 14, 2011

Review : Kau Di Hatiku 4 (KTI)

5 comments :
Assalamu'alaikum warahmatullah...!
Entri kali mungkin agak skema & formal sikit..
Sedikit review ala-ala laporan tak rasmi gitu, pasal program Kau Di Hatiku 4, anjuran Komuniti Teman Inteam (KTI) Ahad lepas (10 Julai 2011).. ^^

Sekitar jam 8 - 9am, para AJK, fasilitator & peserta (ahli2 Rumah Permata Hatiku) baru tiba di tapak progam, Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam, Selangor.
Setelah semua peserta tiba, mereka semua dibawa bersiar-siar oleh fasi-fasi, melihat pemandangan sekitar Taman Botani tersebut.
Setelah selesai mengelilingi kawasan tersebut, kami semua berkumpul di ruangan Amphitheater untuk sarapan, sesi taklimat permualaan, taaruf & sesi memanaskan badan sebelum memulakan acara explorace.

Kira-kira jam 11.15am semua peserta dilepaskan untuk acara explorace.
Mereka perlu melalui 6 checkpoint & menyelesaikan tugas2 yg disediakan di setiap checkpoint ;
Surau (...), Taman Padi (...), Pintu Gerbang (...), Taman Haiwan (Husaini), Flying Fox (Syahmi) & Taman Burung (Hafizi).
Selepas hampir sejam, semua peserta selesai melepasi kesemua checkpoint tersebut.
Kebetulan, hujan mula turun dengan lebat selepas acara explorace selesai.
Ada beberapa kumpulan yg terpaksa meredah hujan supaya dapat sampai ke tapak perkumpulan (Amphitheater).
Alhamdulillah , tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku & semuanya selesai dengan baik.

Di ruangan Amphitheater, acara penutup untuk sesi pagi dimulakan.
Sesi penutup ini diisi dengan pengumuman pemenang-pemenang acara explorace & sesi penyampaian hadiah.
Acara pagi itu diakhiri dengan sesi fotografi & makan tengah hari.






Kami kemudiannya bergerak ke Masjid Shah Alam / Masjid Negeri untuk mengemas diri & menunaikan solat Zuhur berjemaah..
Usai solat, semua peserta berkumpul di hadapan masjid untuk bergerak bersama-sama ke Yayasan Restu, Shah Alam untuk melawat Pameran Pedang Rasulullah S.A.W & Sahabat R.A.
Di situ, kami juga sempat melawat replika kediaman Rasulullah S.A.W.




Selesai melawat Yayasan Restu, kami semua bergerak ke Masjid Negeri kembali untuk mendirikan solat Asar berjemaah.
Semua peserta kemudiannya berkumpul di bahagian tepi halaman masjid untuk sesi terakhir.
Kami semua menikmati minum petang disertai dendangan nasyid daripada Inteam secara acapella.
Antara lagu-lagu yang didendangkan adalah Akrab Persahabatan, Kasih-Kekasih, Siti Khadijah, Allahu Rabbi & akhir sekali dendangan selawat beramai-ramai.
Persembahan yang sangat unik & sempoi.. ^^




Sebelum majlis berakhir, pihak Inteam & Rumah Permata Hatiku menyampaikan sedikit ucapan buat semua yang hadir.Kemudian, pihak KTI menyampaikan sumbangan-sumbangan daripada beberapa pihak yang bermurah hati memberi sumbangan kepada rumah Permata Hatiku, moga-moga dapat menyuntik sedikit kegembiraan buat mereka bagi meraikan kedatangan Ramadhan akan datang.

Program Kau Di Hatiku kali ini diakhiri dengan sesi bersalaman beramai-ramai bersama alunan selawat dari semua yang hadir & sesi fotografi tak rasmi antara ahli KTI & ahli rumah Permata Hatiku.
Moga-moga program ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang bersama penambahbaikan, insha-Allah.

Sekian, salam mahabbah.
Mohon maaf andai ada sebarang khilaf dalam laporan ni.. :)

*All pictures, credited to :

Wednesday, July 13, 2011

| ARTWORK | Wordless Wednesday #2 - Lidi

6 comments :

Member sebelah : Err.. Ni je ke yang ang mampu buat dengan tablet ang yang "canggih" tu..? =.="
Me : Ha'ah. Terkial-kial lagi nak guna menatang nih.. >.<"

| ARTWORK | Wordless Wednesday #1 - Thief

4 comments :

:)

Wednesday, May 25, 2011

| DESIGN | 3rd Blog Completed.

10 comments :
Assalamu'alaikum wa rahmatullah...!
Alhamdulillah, siap design blog yg ke-3..

Akak, mita izin nak share pengalaman edit blog akak ni ye.. :P
Ni la design blog yg paling mencabar nak dibuat, dibandingkan dgn 2 design yg lepas..
Memang mcm2 masalah la yg menimpa diri ini sebelum design ni berjaya disiapkan hari ni.. Hyuu..~~
Lagi-lagi masalah nak dapatkan internet..
Elok2 boleh siapkan design blog x sampai sehari, dah jadi dekat 2 hari.. =.="
Tapi, itu la, dah x dapat connect dgn internet, nak buat mcm mana..
Pasrah & redha je la..

Lagi satu masalah widget..
Ada widget yg nak dikekalkan tu, terpaksa dibuat balik..
Lagi2 untuk bloglist tu..
Lps je tukar template, widget bloglistnya ada, tapi smua link kat situ dah hilang...
Agak cuak gak la memula.. Fuh, nasib baik ada back-up..
Dah prepare awal2 la kalau ada benda2 mcm ni nak jadi..
Tengok2 mmg jadi betul2.. =.="
Kalau blognya ada 50, so kena la add balik 50 link kat situ...
Sangat2 menguji kesabaran.....~~~~ >.<"
Dah la widgetnya banyak tak ingat la... XP
Nasib baik dgn kepakaran budak yg x berapa nak pakar ni, dapat jugak la kurangkan + kemaskan sikit widget2 tu, tanpa mengurangkan sedikit pun kandungan & susunan asal... :P
Baru la senang sikit nak susun balik..
Ha, ni perbandingan dia.. hihi..

(sebelum)

(selepas) ;D


Tapi yg bagusnya, akak ni mmg bg respon betul2 kalau saya nak minta apa2..
Walaupun blog dia susah sikit nak diedit, tapi kalau respon mcm ni, xde la pening kepala sgt..
Lagipun, dia mmg dah bayar awal sgt2..
Terima kasih..!
Jadi, memang sgt2 tak patut la kalau saya tak buat design ni elok2.. huhu.. ^^

Ok, nak tengok tak design blog dia..?
Ha, sila terjah ke blog NurShahFamily.

(sebelum)

(selepas) ;D

Ni lagi satu, design untuk logo blog akak ni, nak dijadikan watermark kat setiap gambar2 kat blog dia tu la.. hee..~~ :D
(lebih kurang mcm header dia je......)

(of course x boleh right click..~~) :)

Ok, tu je kot update untuk kali ni...
Sekian, wassalam..~~ :)

Komen Terkini