■ Buku Nota Iman

Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Sunday, December 14, 2014

When there is a Reason to Cry

No comments :
When there is a reason to CRY ,
Find a thousand reasons to SMILE...
:)



Saturday, December 13, 2014

Alfi Studio - Mula Melangkah Setapak

No comments :
Assallamu'alaikum semua !

Alhamdulillah, kini Alfi Ramadhani Studio dijenamakan semula dengan nama Alfi Studio.
Alfi Studio kini telah didaftarkan secara sah di SSM.


Ini pula design business card.. :3


Alhamdulillah, page FB Alfi Studio kini sudah melepasi 1.4k likes !
Terima kasih semua ! ( TT vTT)b

FB Page Alfi Studio juga boleh diakses melalui URL -->


Oh, ini wallpaper saya.. Ngehehe..
Simple, Neat, Clean.


Ngueh.. :v

Saya masih dalam usaha mengemaskini sistem tempahan, invois & laman web.
Nantikan servis yang lebih baik & berkualiti di masa akan datang !

Buat masa kini, segala urusan tempahan boleh dilakukan melalui
Whatsapp/Telegram : 018-2132899
dan emel
alfi.ramadhani@hotmail.com

Bagi yang berdekatan dengan Shah Alam, anda boleh terus berurusan dengan saya di Seksyen 22 (berdekatan Batu Tiga), Shah Alam.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya.

Friday, July 18, 2014

Apa Erti Sebenar Tangisanku Buat Umat ?

No comments :
*REBLOG | sumber -- https://www.facebook.com/photo.php?fbid=783973998300403&set=a.602543416443463.1073741829.586752241355914


Seperti yang kita sedia maklum, banyak negara Islam yang ditindas dan diperlakukan dengan rakus dan zalim oleh golongan kuffar hanya kerana mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Rasulullah s.a.w. adalah utusanNya.

Hiba, pedih, marah dan sedih.
Hanya mereka yang berhati batu yang tidak merasakan apa-apa ketika mana mereka melihat kekejaman yang dilakukan atas umat Islam di seluruh dunia.

Juga setelah sekian lama, bukan orang Islam sahaja yang mengambil berat akan isu ini malah ada golongan yang bukan Islam, yang tidak bersifat haiwan juga yang mula mengambil berat lantas lahirlah slogan;

'It's not about religion, it's about humanity.'

Saya bukan nak hurai tentang kemanusiaan.
Tapi tentang agama kita,
Islam.

Apa erti sebenar perasaan geram hiba di dalam diri kita saat melihat saudara seaqidah kita diratah dan dirobek jasad mereka?

Tentulah marah,bukan?
Sedih dan rasa macam nak pergi ke sana dan bantai semula golongan kuffar yang melampaui batas itu.

Namun sebenarnya perasaan yang hadir itu tidak membawa makna apa-apa jika kita tidak salurkannya kepada tempat yang betul.

Bayangkan...

Kita marah,
kita mencarut mengherdik membuta di laman sosial,
Namun adakah dengan berteriak sebegitu umat di sana akan terselamat?

Kita sedih,
kita berdoa dengan tulisan,
sedangkan Allah beri kita ruang yang lebih berkesan iaitu berdoa pada sepertiga malam,
namun adakah kita sanggup menolak selimut kita untuk bangun dan meminta pertolongan dariNya?

Kita berkobar-kobar untuk turut serta berjihad,
namun hawa nafsu kita sering dituruti,
sedarkah kita jihad mereka yang berada di medan peperangan itu sebenarnya hasil dari kemenangan mereka dalam menundukkan hawa nafsu mereka?

Kita mengimpikan kemenangan Islam,
namun diri kita,
jasad dan nyawa kita,
MASIH di tahap yang sama!
Sedang mereka di sana menangis apabila tidak membaca al-Quran atau tertinggal qiamullail pada malam hari !

Erti sebenar kesedihan kita sepatutnya berbalik kepada diri sendiri.
Musnahnya negara-negara Islam di seluruh dunia sebenarnya hasil dari kemalasan, keculasan dan kelemahan diri kita sendiri!

Ketahuilah, saudaraku!

Syahidnya seorang di antara mereka adalah untuk menyedarkan ribuan jiwa yang lain bahawa,

hidup mulia atau mati syahid laungan mereka itu,

tidak mungkin!

wallahi tidak mungkin akan tercapai hanya dengan bersimpati dan bersedih!

Ia hanya mampu dicapai dengan kelazatan iman dan taqwa.

Jika benar sedih dan marah kita itu untuk Allah dan agamanya..maka..

Bangunlah bersujud pada Rabb yang satu dan bertaubatlah!
Kerana maksiat kita umat Islam yang lain terseksa!

Bangun dan ubahlah diri!
Walau kita mengorbankan segala harta kita untuk mereka tapi jika kita sengaja tidak mahu mengubah diri dan iman kita,
mereka tetap akan tuntut bela atas nasib mereka!

Bangunlah wahai umat Islam!
BANGUN!

Dirikan solat!
Bacalah al-Quran!
Patuh pada perintahNya!
Cegah kemungkaran!

Kembali kepada Allah,
yang denganNyalah satu-satunya solusi kepada semua masalah ini!

It's not ABOUT humanity!
IT IS about RELIGION!

Sunday, July 13, 2014

Majlis Iftar Komuniti Teman Inteam Meriah!

No comments :
*disalin daripada
http://munsyeed.com/malay/2014/07/majlis-iftar-komuniti-teman-inteam-meriah/



Setelah hampir setahun menyepikan diri, Komuniti Teman Inteam (KTI) sekali lagi menganjurkan acara tahunan mereka iaitu Majlis Iftar Komuniti Teman Inteam 1435H.

Majlis ini telah diadakan pada Jumaat lepas, 12 Julai 2014 bertempat di pejabat urusan Inteam Records di Bandar Sri Damansara.

Kira-kira 30 orang ahli KTI hadir ke majlis tahunan ini. Menurut salah seorang ahli KTI yang kami hubungi, Majlis Iftar KTI tahun ini telah digerakkan oleh Muhammad Nazri bagi pihak KTI dan Amin Inteam bagi pihak Inteam Records.

“Sewaktu awal Ramadhan lalu, Nazri ada hubungi kami di Facebook dan di laman Whatsapp mengenai majlis ini. Ia bagaikan majlis reunion bagi kami setelah lama tidak bertemu dan berprogram bersama.”

“Alhamdulillah, ramai ahli KTI baru dan lama yang hadir ke majlis ini. Ukhwah diantara kami juga bertambah erat dan saya berharap ada program selanjutnya yang akan dianjurkan oleh KTI dan Inteam Records.”



Majlis Iftar Komuniti Teman Inteam ini dimulakan dengan acara doa selamat dan tahlil. Diikuti dengan acara berbuka puasa sughra. Setelah selesai menunaikan solat Maghrib, para peserta menikmati juadah berbuka puasa sambil beramah mesra bersama kumpulan Inteam.

Para peserta juga menunaikan solat Isyak dan Solat Terawikh secara berjemaah sebagai acara penutup.

Selain kumpulan Inteam, majlis ini turut diserikan oleh para isteri dan anak-anak ahli kumpulan nasyid popular tersebut. Pastinya keletah Inteam Junior ini mendapat perhatian para peserta yang hadir di majlis iftar tersebut.

Tahniah diucapkan kepada Komuniti Teman Inteam dan Inteam Records diatas penganjuran majlis ini.
- Munsyeed Dot Com

Baca lanjut di
http://munsyeed.com/malay/2014/07/majlis-iftar-komuniti-teman-inteam-meriah/

Ditulis oleh Munsyeed Admin
Hakcipta © Munsyeed Dot Com 2010-2014

Sunday, June 29, 2014

Salam Ramadhan 1435H !

2 comments :

Salam Ramadhan Al Mubarak 1435H buat semua Muslimin & Muslimat. Selamat menjalani pesta ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna, insha-Allah. Sama-sama kita tingkatkan amalan, berusaha untuk menjadi Muslim yang lebih baik dan moga terus istiqamah hendaknya.. Amiin...

Stay blessed in Rahmatillah ~ :')

Tuesday, February 25, 2014

WEB DESIGN | Blog Comichat

2 comments :
Alhamdulillah, rasanya bolehlah saya katakan yang blog ini sudah siap.. \(^^)/
Design asal (header & footer) oleh Muhammad Azam Azri.

Jemput jenguk di -->
www.comichat.net

Lain-lain artwork ? -->
www.alfi-ramadhani.com

Tempahan ? -->
http://bukunotaiman.blogspot.com/p/terma-syarat-tempahan-design.html

Sunday, February 02, 2014

Laman Portfolio Alfi Ramadhani

No comments :


Assalamu'alaikum warahmatullah..

Alhamdulillah, kini laman web ini sudah boleh diakses !
Kerja yang makan masa berhari-hari.. ^^"

Jemput masuk ~ :D

http://alfi-ramadhani.com/

Dan, tak dilupa juga,
Terima kasih buat semua yang masih menyokong hingga ke hari ini..!



-- stay blessed in Rahmatillah -- :)

Sunday, January 12, 2014

Alfi Ramadhani Studio Official Website

No comments :


Assalamu'alaikum warahmatullah ~~

Yeah, akan datang, insha-Allah .. ^^
Link --> http://alfi-ramadhani.besaba.com/

Boleh la tengok-tengok sambil layan lagu FETYA.. :3

Wednesday, January 08, 2014

After being a Muslim, always Seek refuge in Allah from 8 things

No comments :
It is narrated in many ahadeeth that the Prophet (sallallahu 'alayhi wa sallam) would consistently make this du'a, and many of the Companions heard him repeat it over and over.

اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن ، والعجز والكسل والبخل والجبن ، وضلع الدين وغلبة الرجال

Transliteration: Allahumma inni a’udhu bika minal-hammi wal-huzni wal-’ajazi wal-kasli wal-bukhli wal-jubni wa dala’id-dayni wa ghalabatir-rijal.

English Translation: O Allah, I take refuge in You from (i) anxiety and (ii) sorrow, (iii) weakness and (iv) laziness, (v) miserliness and (vi) cowardice, (vii) the burden of debts and (viii) from being overpowered by men.

(i) anxiety - to be worried about the future
(ii) sorrow - to be in grief about the past
(iii) weakness - incapability in doing something good
(iv) laziness - being lackadaisical
(v) miserliness - being stingy in spending in good
(vi) cowardice - being afraid of standing for the truth
(vii) the burden of debt - being heavily in debt and unable to pay back
(viii) from being overpowered by men - being overpowered by someone unjustly

Source : http://staff.iium.edu.my/sakib/

* note to self

Wednesday, January 01, 2014

Laman Web Kementerian Pendidikan digodam

3 comments :
Random post for tonight.
Dapat tau dari seorang sahabat, jadi terus check laman web ni..
http://www.moe.gov.my

Dan, betul lah..
Laman web Kementerian Pendidikan Malaysia... kena godam.. (^^ ")


Motifnya...?
Salah satu cara nak sambut tahun baru..? ;p

Komen Terkini