Thursday, July 30, 2015
Seminar Menulis Proposal Komik
Irfan Foner :
Tempoh hari saya bertanya pada seorang rakan peserta yang bakal menghadiri Seminar ini Sabtu minggu hadapan.
"Apa faktor cikpuan berminat menghadiri seminar ini?"Jawapan beliau mudah.
"Saya seorang mahasiswa. Saya pernah hadapi rejection sebelum ini dan sekarang ini banyak syarikat mahukan proposal sebelum menghantar karya. Saya fikir Seminar ini bakal memberi ilmu kemahiran yang saya mahu."Adakah seminar ini saya tawarkan hanya untuk pelukis komik? Sebenarnya, ada beberapa lagi 'target' yang saya mahukan mereka hadir.
1. PELUKIS KOMIK - Harapan menggunung penerbit untuk setiap pelukis komik dapat menghantar proposal yang mantap. 90 dari 100 proposal dihantar berpotensi di reject. Mari bersama mengurangkan kadar rejection bermula dari menulis proposal yang digemari editor.
2. USAHAWAN KREATIF - Tidak tertakluk pada pelukis komik semata2. Tapi bagi mereka yang berhasrat menaiki satu tangga lagi, proposal adalah 'tool' professional. Setiap idea yang anda ada, anda perlukan proposal untuk merealisasikannya. Tak kira komik, pengurusan event, bisnes atau penggunaan hakcipta.
3. PENULIS - Adakah hanya penulis komik sahaja yang layak menyertai? Tidak. Penulis novel pun boleh sertai. Pernah terfikir menghantar proposal novel dengan menggunakan storyboard komik? Kalau saya jadi editor, saya akan beri fokus lebih pada proposal anda.
4. EDITOR - Penulisan proposal bermula dari sistem dan polisi penerbitan syarikat. Editor adalah individu bertanggungjawab memberikan info2 begini kepada pengkarya.
=============
Jom ! Daftar tempat anda di Borang | Seminar Menulis Proposal Komik.
Maklumat lanjut juga ada pada borang di atas.
Tinggal 14 slot sahaja lagi. Sangat terhad.
COP ! COP !
Mengetahui Seminar Menulis Proposal tetapi merasakan yuran terlalu mahal?
Mahal itu subjektif. Tapi di sini saya bagi peluang untuk anda dapatkan diskaun 50% dari nilai asal.
Harga asal adalah RM 120, saya beri potongan istimewa pada anda, yurannya cuma RM 57 sahaja.
SEKIRANYA.
Ya, ada 'sekiranya' (saya tak beri diskaun ini pada semua orang)..
Sekiranya anda menepati salah satu daripada syarat2 ini :
1) Anda mempunyai sampel proposal anda yang pernah dihantar kepada mana-mana editor syarikat penerbitan, anda hanya perlu hantarkan pada e-mel mycomichat@gmail.com dalam tempoh 24 jam selepas status ini ditulis. (masa tamat adalah jam 11 malam esok) - Saya akan beri reviu pada proposal anda dan akan mencungkil di mana kelemahan proposal anda secara PERCUMA.
2) Anda adalah salah seorang aretis Supreme Isnin
3) Anda pernah menghantar komik kepada Supreme Ahad.
4) Anda berhasrat mendaftar bersama seorang lagi sahabat anda (kedua-duanya akan mendapat diskaun tersebut)
Anda salah seorang daripada mereka ?
Apa lagi, daftar tempat anda di Borang | Seminar Menulis Proposal Komik.
Jangan tunggu peluang anda terlepas.. :)
Wednesday, July 08, 2015
INKRAMADAN : Wawancara Bersama Presiden Comicore Club
Disalin daripada :INKRAMADAN: Ikuti Wawancara Kami Bersama Presiden Comicore Club | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -
Inkramadan adalah salah satu aktiviti anjuran Comire Club sempena bulan Ramadan yang mulia ini secara atas talian atau online. Inkramadan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan baik dari kalangan artis lama mahupun artis baru. Ikuti wawancara Comichatstroke bersama Presiden Comicore Club, Tuan Mior Azhar.
C: Boleh tuan ceritakan serba sedikit apakah Inkramadan ini dan bagaimanakah ia berlangsung/berjalan?
M: Inkramadan merupakan satu cabaran melukis sehari 1 lukisan selama 29 hari berdasarkan tugasan yang telah disenaraikan. Projek ini ada kesinambungan dengan projek Comicore Club pada tahun lepas, #30daysdrawingchallenge yang mendapat sambutan menggalakkan. Jadi untuk tahun ini kami buat pada bulan Ramadan. Sesuailah moto dengan perjuangan Comicore terkini, “Kita meneruskan perjuangan orang2 terdahulu.” Tapi kita improvise sedikit, ada 29 tugasan diberi setiap hari sepanjang bulan Ramadan. Semua tema tentang bulan Ramadan dan akhir2nya tema akan menjurus kepada Hari Raya Aidilfitri. Boleh rujuk http://freewebcomic.com/2014/04/30-day-drawing-challenge-comicoreclub/ untuk melihat aktiviti seperti ini pada tahun 2014.
C: Jadi apakah objektif aktiviti Inkramadan ini?
M: Antara objektif Inkramadan adalah memeriahkan ramadan dengan kartun-kartun online tentang bulan puasa dan kedatangan Aidilfitri dan mempromosikan aktiviti melukis online dalam skop tempatan. Jika di Barat ada #inktober, kita ada #inkramadan. Pada masa yang sama ini aktiviti amal kami dan para peserta pada bulan Ramadan. Kalau ada unsur-unsur dakwah dlm lukisan, itu bonus. Kami tidak mengaut apa2 keuntungan dari aktiviti ini.
C: Siapakah yang terbabit dalam menjayakan aktiviti Inkramadan ini?
M: Penganjur asal adalah Comicore Club. Setelah aktiviti ini bermula, Sketches Online tampil untuk bekerjasama dengan menaja hadiah-hadiah kepada peserta. Kemudian diikuti dengan Mat Komik yang berminat untuk membangunkan arkib untuk Inkramadan di webkomik mereka. Jadi, Inkramadan dijayakan oleh 3 pihak iaitu Comicore Club selaku penganjur utama, Sketches Online dan Mat Komik.
C: Saya ada dengar tentang Inkramadan Palestin, boleh tuan terangkan pasal itu?
M: Semasa di Selangor Islamic Fest tempoh hari, pihak Comicore ada berjumpa dengan wakil dari al-Quds Foundations yang memperjuangkan hak rakyat Palestin. Jadi kami menyerahkan sumbangan lukisan Inkramadan semasa perbincangan tentang projek-projek yang kami jalinkan bersama. Justeru menandakan sokongan golongan kartunis dan pelukis komik Malaysia kepada Palestin.
C: Bagaimanakah reaksi dan sambutan peserta Inkramadan? Ramaikah peserta?
M: Memberangsangkan. Biarpun promosi dibuat lewat. Tambahan dengan penyertaan artis-artis lama seperti Mie, Megat, Zucafly, Momokz dan Emio. Penyertaan pelukis-pelukis baru juga amat menggalakkan.
C: Apakah perancangan Comicore Club selepas event ini?
M: Sebenarnya kita ada matlamat dan tujuan tertentu untuk peserta-peserta Inkramadan ini, iaitu:
1) Menggalakkan pelukis komik Malaysia supaya biasa dengan kehebatan media sosial seperti Hashtag, Facebook, Instagram, Twitter, Website, Apps. Jadi pada bulan Ramadan, kami perkenalkan website dan apps terbaru Comicore Club.
2) Selepas ini kami berhasrat mengadakan bengkel komik self-publish, dengan harapan 29 muka surat karya Inkramadan ini sudah boleh jadi content untuk zine self publish para peserta nanti.
3) Pada mulanya kami mahu globalkan Inkramadan, tapi kami eksperimen dahulu dengan audiens tempatan. InsyaAllah tahun depan, kita akan tambah audiens secara global di mana kita akan gunakan Bahasa Inggeris untuk Inkramadan akan datang.
C: Ucapan tuan kepada semua pihak yang menjayakan aktiviti ini?
M: Terima kasih kepada pihak Comichat, rakan-rakan, semua penggiat dan peminat komik Malaysia kerana sudi sama2 menyertai dan mempromosikan aktiviti Inkramadan. Semoga semangat support each other ini akan berterusan.
Untuk info lanjut mengenai Inkramadan dan Comicore Club :
1. http://comicoreclub.com/index.php/2015/06/26/inkramadan-cabaran-melukis-sempena-ramadan-the-ramadan-drawing-challenge/
2. https://www.facebook.com/groups/comicoreclub/
Friday, July 03, 2015
SILENT MANGA Kembali Lagi !
Disalin daripada :SILENT MANGA kembali lagi! | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -
http://www.manga-audition.com/silent-manga-audition-2015-summer-entry-details/ |
Komik. Tanpa. Teks. Hanya lukisan semata-mata.
SILENT MANGA. Itulah nama tema pertandingan yang diadakan setahun sekali. Manga tanpa dialog tetapi pembaca masih boleh memahami cerita hanya berpandukan lukisan.
Kali ini SILENT MANGA kembali lagi dengan tarikh siap sebelum 30 September 2015.
Bagaimana mahu menjelaskan jalan cerita tanpa dialog ? Jika mereka yang pernah memenangi pertandingan sebelum ini mampu melakukannya, anda pun boleh juga.
Boleh juga lihat pada contoh-contoh yang manga ada didalam website tersebut sebagai rujukan.
Ayuh, serlahkan bakat anda!
4 Judul Majalah Ini Dihentikan Terbitannya. Kenapa?
Disalin daripada :4 Judul Majalah Dari Syarikat Ini Dihentikan Operasinya Baru-baru Ini. Kenapa? | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -
Berita Publishing Sdn Bhd dilaporkan telah pun menamatkan penerbitan 4 majalahnya. Antara majalah yang dihentikan penerbitannya adalah majalah Jelita, Anjung Seri dan Malaysian Business. Majalah-majalah ini dihentikan penerbitan dan jualannya berikutan catatan jualan yang teruk merudum terutamanya selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Tiga faktor utama dikenalpasti sebagai punca ditamatkan penerbitan ini adalah
1. Saingan yang semakin hebat dan pengiklanan yang merosot.
2. Kesukaran mengekalkan kakitangan.
3. Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Menurut Pengarah Eksekutif Berita Publising Sdn Bhd, Juhaidi Yean Abdullah, GST adalah punca utama syarikat itu mematikan operasinya.
“Bayangkan daripada 30,000 naskhah majalah yang diterbitkan, jumlah yang dipulangkan kepada kami mencecah 28,000, ia sama sekali tidak menguntungkan,"
“Tiga faktor utama yang menyebabkan syarikat terpaksa mengambil keputusan menamatkan penerbitan majalah adalah saingan yang semakin hebat termasuk pengiklanan yang merosot, kesukaran mengekalkan kakitangan dan paling membunuh adalah GST,” katanya sebagaimana yang dilaporkan oleh mStar Online ketika beliau dihubungi.
Menurutnya lagi, ramai peniaga didapati menghentikan jualan majalah kerana mereka masih gagal mengubah sistem pembayaran supaya seiring dengan pelaksanaan GST. Keadaan dikeruhkan lagi dengan rungutan dari pelanggan yang tidak berpuas hati jumlah yang dibayar berbeza dengan resit yang dicetak. Sebagai langkah mengelakkan dikenakan tindakan, pekedai tidak lagi meletakkan majalah tersebut di rak sebaliknya di bahagian bawah meja.
Ditanya berkenaan keadaan pekerja dan kakitangan syarikatnya, Juhaidi mengatakan bahawa seramai 40 daripada 50 orang kakitangan yang terdiri dari mereka yang berpengalaman dalam pelbagai bidang dan sektor terpaksa diberhentikan dengan pampasan setimpal dan mereka tetap dibantu untuk mendapat pekerjaan tetap.
Thursday, July 02, 2015
9 Fakta Menarik tentang 'Paperman' dan Walt Disney
Disalin daripada :9 FAKTA MENARIK TENTANG ‘PAPERMAN’ DAN WALT DISNEY | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -
1. Video animasi pendek Paperman mula ditayangkan pada bulan Jun 2012 di Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy. Animasi ini kemudiannya dilancarkan secara serentak bersama filem animasi Wreck It Wralph pada 2 November 2012. Pada 29 Januari 2013, barulah ia dimuatnaik ke YouTube. Seminggu selepas disiarkan, Paperman berjaya mencapai 14 juta view di laman YouTube.
2. Tidak lama selepas animasi ini menjadi viral, animasi pendek tanpa suara berdurasi 7 minit ini berjaya merangkul beberapa anugerah antaranya memenangi anugerah Oscar di Academy Awards 2013, USA sebagai filem Animasi Pendek Terbaik , merangkul anugerah Annie di Annie Awards 2013 sebagai Animasi Pendek Terbaik serta anugerah CinEuphoria di CinEuphoria Awards 2014 sebagai Filem Animasi Terbaik dan Karakter Animasi Terbaik.
3. Menjelang Mac 2013, Disney menarik semula Paperman dari YouTube dan Hulu sebelum ia dijual di iTunes dan Home Video seminggu kemudian.
4. Paperman adalah animasi Walt Disney yang menggabungkan teknologi grafik komputer (CG) dan animasi tradisional lukisan tangan (2D). Animasi ini menimbulkan spekulasi tentang kemunculan semula animasi dua dimensi oleh Disney pada masa akan datang namun ia dinafikan sendiri oleh CEO Disney, Bob Iger.
5. Menurut John Kahr, direktor animasi Paperman, beliau sangat teruja dengan hasil karya yang dihasilkan oleh artis-artis Disney dan baginya menghidupkan lukisan-lukisan tangan dua dimensi ini dengan grafik komputer (CG) dengan mengekalkan kualiti lukisan tangan asal merupakan satu cabaran yang amat besar bagi dirinya.
6. Latar belakang dan setting bagi Paperman adalah sekitar pada tahun 1940-1950 di Manhattan dan ia dipilih oleh John Kahr kerana waktu itu merupakan era kegemilangan bandar tersebut.
7. Dalam animasi Paperman, kelihatan babak watak kanak-kanak memegang belon di dalam tren. Kanak-kanak tersebut dikatakan dipinjam dari filem pendek The Red Balloon yang ditayangkan pada tahun 1956. Filem The Red Balloon ini juga pernah menerima 5 anugerah termasuk anugerah Oscar.
8. Pada tahun 2012, Disney turut menghasilkan satu lagi animasi iaitu Wreck it Ralph dan dilancarkan pada 2 November 2012 serentak dengan animasi Paperman. Menariknya, di dalam satu babak dari animasi Wreck It Wralph, kelihatan kertas yang berkesan gincu Meg (watak perempuan dari Paperman) ditampal di papan buletin BAD-ANON.
9. Sejurus selepas animasi Paperman memenangi animasi pendek terbaik, produser Paperman, Kristina Reed mula melayangkan 3 atau 4 kapal terbang kertas dengan kesan gincunya (seperti babak di dalam animasi) dari tempat duduknya. Malangnya, perbuatan tesebut langsung tidak menjadi perhatian malah dia dihalau oleh pihak sekuriti dari auditorium Teater Dolby! Akhirnya setelah bantahan dibuat, 10 minit kemudian dia dibawa semula ke tempat duduknya.
Rujukan:
http://chrisoatley.com/making-of-paperman/
http://www.imdb.com/title/tt2388725/awards
http://wreckitralph.wikia.com/wiki/Bad-Anon
http://www.imdb.com/media/rm2884998912/tt0048980
http://disney.wikia.com/wiki/Paperman
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)