Thursday, July 02, 2015
9 Fakta Menarik tentang 'Paperman' dan Walt Disney
Disalin daripada :9 FAKTA MENARIK TENTANG ‘PAPERMAN’ DAN WALT DISNEY | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -
1. Video animasi pendek Paperman mula ditayangkan pada bulan Jun 2012 di Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy. Animasi ini kemudiannya dilancarkan secara serentak bersama filem animasi Wreck It Wralph pada 2 November 2012. Pada 29 Januari 2013, barulah ia dimuatnaik ke YouTube. Seminggu selepas disiarkan, Paperman berjaya mencapai 14 juta view di laman YouTube.
2. Tidak lama selepas animasi ini menjadi viral, animasi pendek tanpa suara berdurasi 7 minit ini berjaya merangkul beberapa anugerah antaranya memenangi anugerah Oscar di Academy Awards 2013, USA sebagai filem Animasi Pendek Terbaik , merangkul anugerah Annie di Annie Awards 2013 sebagai Animasi Pendek Terbaik serta anugerah CinEuphoria di CinEuphoria Awards 2014 sebagai Filem Animasi Terbaik dan Karakter Animasi Terbaik.
3. Menjelang Mac 2013, Disney menarik semula Paperman dari YouTube dan Hulu sebelum ia dijual di iTunes dan Home Video seminggu kemudian.
4. Paperman adalah animasi Walt Disney yang menggabungkan teknologi grafik komputer (CG) dan animasi tradisional lukisan tangan (2D). Animasi ini menimbulkan spekulasi tentang kemunculan semula animasi dua dimensi oleh Disney pada masa akan datang namun ia dinafikan sendiri oleh CEO Disney, Bob Iger.
5. Menurut John Kahr, direktor animasi Paperman, beliau sangat teruja dengan hasil karya yang dihasilkan oleh artis-artis Disney dan baginya menghidupkan lukisan-lukisan tangan dua dimensi ini dengan grafik komputer (CG) dengan mengekalkan kualiti lukisan tangan asal merupakan satu cabaran yang amat besar bagi dirinya.
6. Latar belakang dan setting bagi Paperman adalah sekitar pada tahun 1940-1950 di Manhattan dan ia dipilih oleh John Kahr kerana waktu itu merupakan era kegemilangan bandar tersebut.
7. Dalam animasi Paperman, kelihatan babak watak kanak-kanak memegang belon di dalam tren. Kanak-kanak tersebut dikatakan dipinjam dari filem pendek The Red Balloon yang ditayangkan pada tahun 1956. Filem The Red Balloon ini juga pernah menerima 5 anugerah termasuk anugerah Oscar.
8. Pada tahun 2012, Disney turut menghasilkan satu lagi animasi iaitu Wreck it Ralph dan dilancarkan pada 2 November 2012 serentak dengan animasi Paperman. Menariknya, di dalam satu babak dari animasi Wreck It Wralph, kelihatan kertas yang berkesan gincu Meg (watak perempuan dari Paperman) ditampal di papan buletin BAD-ANON.
9. Sejurus selepas animasi Paperman memenangi animasi pendek terbaik, produser Paperman, Kristina Reed mula melayangkan 3 atau 4 kapal terbang kertas dengan kesan gincunya (seperti babak di dalam animasi) dari tempat duduknya. Malangnya, perbuatan tesebut langsung tidak menjadi perhatian malah dia dihalau oleh pihak sekuriti dari auditorium Teater Dolby! Akhirnya setelah bantahan dibuat, 10 minit kemudian dia dibawa semula ke tempat duduknya.
Rujukan:
http://chrisoatley.com/making-of-paperman/
http://www.imdb.com/title/tt2388725/awards
http://wreckitralph.wikia.com/wiki/Bad-Anon
http://www.imdb.com/media/rm2884998912/tt0048980
http://disney.wikia.com/wiki/Paperman
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment
Kata-kata anda amat berharga..! =D