Friday, August 14, 2015
Bilakah Artis Boleh Melukis Komik yang Mereka Suka?
Bagi pelukis komik, adalah satu nikmat apabila penerbit suka menerbitkan apa saja yang terhasil dari tangan 'magik' mereka.Bagi mereka, itulah yang sepatutnya berlaku!
Penerbit tak sepatutnya mengehadkan kebebasan kreativiti pengkarya!
Saya ketawa sahaja. Ini kesilapan besar dan biasa yang dilakukan pengkarya muda.
Karya pertama kita dengan penerbit, ada rezeki komik kita bersesuaian dengan pasaran pembaca dan polisi penerbit, barulah ada peluang komik kita diterbitkan.
Atau kebiasaannya, kita hanya akan lukis komik dari skrip penulis lain, atau projek komik yang ditentukan penerbit.
Adakah memang tiada peluang untuk melukis komik datangnya dari idea kepala kita sendiri?
Masih ada. Tapi peluangnya sangat nipis.
9 dari 10 proposal yang dihantar setiap hari berpotensi direject penerbit.
Pada celah mana anda fikirkan anda mempunyai peluang?
Penerbit tidak mahu layan pengkarya keras kepala.
Selagi anda tak boleh meletakkan justifikasi adakah karya anda boleh laku dijual, selagi itu penerbit tak mahu mengeluarkan modal menerbitkan karya anda.
Waktu bilakah penerbit akan beri kebenaran untuk kita melukis komik apa yang kita suka?
1. Hanya selepas kita sudah menerbitkan sekurang-kurangnya 5 buku bersama mereka.
2. Hanya selepas kita membuktikan kita berjaya memperoleh royalti RM 25k setahun.
3. Hanya selepas kita mempunyai puluhan atau ratusan ribu followers di media sosial.
4. Hanya selepas kita sudah membuktikan karya kita menjadi bestseller beberapa judul buku.
(Ini beberapa faktor yang saya pernah belajar dari editor dan pengurus penerbit. Kemungkinan lain penerbit, lain tanda arasnya)
Anda kena ingat satu perkara.
Ramai orang lain juga pandai melukis.
Ramai orang lain yang juga punya idea yang hebat.
Ramai orang lain yang mengaku ceritanya sangat meletup.
Jadi, apa istimewanya anda?
Fikirkan cara bagaimana anda boleh lebih stand-out dari pengkarya lain.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Penerbit memerlukan sesuatu yang dapat tarik minat pembaca (market) dan brand for long term. Tak semestinya apa yang kita rasa boleh berjaya, best, will have the same effect to them. Kan?
ReplyDeleteyesss ~~~
Delete