■ Buku Nota Iman

Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Wednesday, September 14, 2016

Antara Cara Dapatkan iPhone Lebih Murah

No comments :

Kalau anda minat sangat iPhone 7 yang baru keluar ni, tapi masih tak mampu, apa kata anda tunggu 3 tahun akan datang. Harganya pasti lebih mampu milik seperti iPhone 5s yang kini boleh didapati dengan harga penghabisan stok RM 1,299 di Machines, Authorised Reseller Apple sekitar Malaysia.
.
Bahkan jika anda cari jenis terpakai (second hand), anda boleh dapat dengan harga RM 700 lebih sahaja. Original, dan jauh lebih murah daripada harga asalnya (RM2,399 ke atas) ketika ianya mula dilancarkan pada September 2013 dahulu (ketika itu menggunakan iOS 7, tapi kini sudah boleh digunapakai dengan iOS 10).
.
.
Ya, apa barang pakai iPhone outdated dan terpakai.
Hmm.. Siapa kisah? Masih iPhone juga kan? Haha.. 😂
.
Begitu juga dengan kereta seperti Perodua Bezza & Proton Persona generasi baru yang baru sahaja dikeluarkan. Jika anda masih mempunyai kereta yang masih boleh digunakan, apa kata pakai dahulu kereta tersebut. Tahan diri selama 3 tahun ke 6 tahun untuk kumpul duit kemudian anda boleh beli dengan harga yang lebih murah.
.
Dan jika anda memerlukan pinjaman bank, ianya lebih jimat jika anda sudah mempunyai simpanan sejak 3 tahun lepas untuk deposit, dan anda kini hanya perlukan tambahan pinjaman bank selama 7 tahun, 5 tahun atau kurang daripada itu untuk mencukupkan jumlah harga kereta yang semakin berkurang itu. Tak perlu buat full-loan selama 9 tahun untuk nilai kereta yang semakin berkurang.
.
Siapa kisah dengan telefon atau kereta yang outdated jika kita dapat menguruskan wang kita dengan baik? Hidup tenang, tiada hutang menjerat pinggang. Dapat juga pakai iPhone dan Proton Persona "baru". Haha. 😅
.
Sempena hari raya korban ini, ayuhlah kita sama-sama korbankan nafsu bermewah kita supaya kita dapat hidup dengan lebih aman dan sentosa di dalam suasana ekonomi yang mencabar ini. 😆
- - -
*kredit artwork :
Kimi no Nawa. Satu lagi masterpiece dari produser legend, Shinkai Makoto.(≧∇≦)

- - -
# Antara Cara Dapatkan iPhone Lebih Murah

Saturday, September 03, 2016

Etika Menggunakan Karya di dalam Perniagaan

No comments :
Eh, bolehkah menggunakan artwork untuk perniagaan kita dengan percuma?

Isu copyright/hakcipta merupakan antara isu yang seringkali hangat timbul dan dibincangkan dalam kalangan pengkarya.
Antara pihak yang terlibat dalam isu seperti ini adalah :
- pengkarya
- penerbit, syarikat atau mana-mana pihak yang membayar pengkarya untuk menggunakan karya mereka
- pihak yang tidak membayar pengkarya untuk menggunakan karya mereka (lebih teruk lagi jika langsung tidak meminta izin pengkarya tersebut)
- peminat (fan)

Di bawah ini adalah salah satu contoh usaha saya sendiri bagi mengelakkan perkara-perkara sebegini terjadi.
Nampak tak betapa gigihnya saya memasukkan kredit untuk pengkarya yang menghasilkan karya ini, walaupun karya tersebut tiada watermark atau tiada apa-apa tanda hakmilik pengkarya.
Walaupun hakikatnya dengan skill yang saya ada, saya mampu membuang watermark ini dengan mudah. Haha..


Sesungguhnya pengkarya-pengkarya yang terlibat bersama saya telah diberi bayaran, namun bagi saya itu bukanlah tiket untuk anda menghilangkan kaitan antara pengkarya tersebut dengan hasil kerja mereka.
Apa yang saya rasa masyarakat masih kurang faham adalah :

- Ya, kita bayar mereka. Namun, bayaran itu adalah untuk nilai usaha/servis mereka & nilai manfaat yang akan kita peroleh melalui karya tersebut.
Kita membayar mereka untuk ini.
- Status pengkarya sebagai pencipta/penghasil masih tidak hilang, walau apa cara yang kita gunakan sekalipun.
Hakikatnya, karya itu hasil buatan beliau.
Mereka akan terkait dengan artwork tersebut walau apa pun berlaku.
Melainkan bayaran yang kita berikan setimpal dan telah dipersetujui bersama pengkarya, untuk nama mereka tidak dipaparkan.
Hal ini masih tidak menghilangkan status pengkarya sebagai pengkarya asal.

Kadang-kadang, sudahlah bayaran pun tidak seberapa, nama mereka pula hilang daripada karya mereka.
Contohnya (contoh sahaja ya..), mereka dibayar RM50 untuk artwork seperti contoh di bawah ini.
Alahai, apalah sangat RM50 dengan pulangan yang akan kita dapat selama kita menggunakan karya ini.
Andai kata artis ini menyiapkan karya ini dalam masa 4 hari, bererti gaji mereka hanya RM12.50/per hari.
Bukankah lebih baik mereka bekerja sebagai pelayan di restoran berbanding menghabiskan masa mereka selama 4 hari untuk menyiapkan kerja kita.

Untuk isu seperti kredit pengkarya dihilangkan daripada karya mereka (untuk dimuatnaik semula di halaman & page-page terkemuka).
Saya faham, pengkarya ini bukanlah mahu meminta sesuatu yang terlalu susah untuk dilakukan.
Kalau anda mahu menggunakan karya mereka untuk apa-apa, minta sahaja izin daripada pengkarya asal dan berikan sedikit kredit kepada mereka.
Cukuplah sedikit penghargaan yang ikhlas.
Kalau anda mahu membayar mereka, itu sudah sangat bagus.

Moga ini mampu membuka sedikit ruang pemikiran kita dalam berniaga atau melakukan apa-apa muamalat dengan pengkarya.
Berniagalah dengan hasil yang diberkati Ilahi.

Stay blessed in rahmatillah. ^^

Alfiya ini adalah sebuah projek hasil kerjasama dengan beberapa orang artis tempatan.
Boleh lihat laman web kami di www.alfiya.com.myInsya-Allah, akan datang, jika dimurahkan rezeki, ramai lagi artis yang akan terlibat.
Doakan kami sukses ya kalian !

*kredit artwork -- Cik 3zzah

Thursday, September 01, 2016

Benarkah rakyat Malaysia tidak suka membaca?

No comments :
SETAKAT mana perumpamaan buku sebagai gedung segala ilmu masih relevan? Ini kerana pemantauan Unit Khas Utusan Malaysia mendapati rakyat Malaysia tidak membaca. Pendek kata, mereka tidak suka buku.
Pemantauan di beberapa lokasi tumpuan umum di Lembah Klang baru-baru ini mendapati membaca tidak menjadi suatu budaya di kalangan masyarakat negara ini.

Siasatan wartawan, ROSALINDA MD.SAID serta jurugambar MUHAMMAD SYAFIQ IQBAL dan MOHD HATIM MAZLAN mendapati tidak sampai 10 peratus orang ramai di lokasi umum atau di dalam pengangkutan awam yang membaca buku.

Malah paling menyedihkan, Perpustakaan Negara Malaysia, perpustakaan negeri, daerah dan desa juga lengang. Hanya 10 hingga 30 orang mengunjungi gedung-gedung ilmu itu dalam sehari.

Tidak hairanlah profil kajian membaca di Malaysia tidak bergerak, cuma purata dua naskhah buku dibaca setiap rakyat setiap tahun.

Artikel Penuh:
Utusan Online | Tiada orang baca buku di Stesen LRT, tren, komuter, bas dan tumpuan umum --
© Utusan Melayu (M) Bhd, 22/02/2010

Benarkah rakyat Malaysia tidak suka membaca?
Pendapat anda?


Saya bukanlah orang yang sesuai untuk membincangkan hal ini, tetapi ini hanyalah coretan berdasarkan pendapat peribadi saya sendiri.

Sejak tahun lepas, saya tidak pasti bagaimana saya bermula tetapi ada sesuatu yang telah membuatkan saya berasa begitu berminat untuk mempelajari pelbagai perkara & keinginan saya ini membuatkan saya begitu dahagakan ilmu. Kalau boleh, saya mahu tahu tentang semua perkara dan saya berasa begitu jengkel dengan diri sendiri jika saya tiada pengetahuan mengenai sesuatu perkara yang saya lihat. Namun, saya tahu saya bukanlah begitu pintar untuk mempelajari semua ini dalam sekelip mata. Justeru, saya mulakan membaca apa-apa yang saya mahu tahu sedikit demi sedikit.

Saya juga mula membeli pelbagai e-book yang dijual di internet yang menawarkan ilmu-ilmu mengenai hartanah, perniagaan, pembelajaran bahasa, pengurusan kewangan, pengaturcaraan komputer dan lain-lain. Banyak juga e-book yang saya beli dan saya simpan kesemuanya di dalam akaun Google Play Books saya. Dengan cara itu, saya boleh membaca bila-bila masa, di mana-mana melalui smartphone saya.

Alhamdulillah, saya dapat lihat hasilnya sendiri. Orang lain memang tidak nampak, tetapi kita berasa puas dapat melihat perubahan pada diri kita. Banyak perkara yang saya pelajari. Minda saya semakin berkembang. Saya dapat faham banyak perkara yang sebelum ini saya tidak tahu apa-apa mengenainya.

Disebabkan saya dapat konsisten mengamalkan tabiat membaca ini, saya bertekad membeli sebuah tablet baru bagi kegunaan khusus untuk membaca kerana membaca melalui smartphone yang bersaiz kecil agak kurang memuaskan. Saya beli sebuat tablet berjenama Lenovo melalui Mudah.my. Harga tab ini tidak sampai RM400 (second-hand) tetapi banyak manfaat yang dapat diperoleh daripadanya dan saya masih menggunakannya sehingga kini. Bagi sesiapa yang berkemampuan, anda juga boleh menggunakan device lain yang lebih selesa seperti Kindle & iPad.


Kini, terdapat pelbagai jenis gadget yang tersedia di pasaran dengan harga berpatutan, dan rata-rata rakyat Malaysia kini sudah mampu memiliki smartphone untuk pelbagai kegunaan. Jika kita renung betul-betul, gadget seperti ini biasanya digunakan untuk bermain game dan tidak digunakan sepenuhnya untuk manfaat diri. Tidak hanya terhad untuk melayari internet dan bermain game, kini terdapat juga pelbagai aplikasi yang bermanfaat untuk digunakan sebagai pembelajaran dengan cara yang lebih menyeronokkan. Malangnya, tidak semua daripada kita memanfaatkan kemudahan ini.

Saya kini dapat membaca buku-buku kegemaran saya bila-bila saya mempunyai masa senggang. Ketika menaiki tren, menunggu kenalan atau tetamu dan lain-lain. Benar, banyak manfaat yang dapat kita peroleh dengan tabiat ini. Saya begitu kesal kerana saya tidak mula mengamalkan tabiat ini lebih awal. Bayangkan, berapa banyak yang kita boleh pelajari jika kita mampu menghabiskan sekurang-kurangnya satu buku dalam seminggu secara konsisten sejak kita masih berusia belasan tahun?

Saya juga kesal kerana saya tidak memanfaatkan masa saya di sekolah dahulu untuk berusaha memahami segala matapelajaran yang diajar di sekolah. Sejujurnya, saya berjaya memperoleh sijil SPM dengan keputusan yang sederhana dan memasuki universiti tempatan yang agak ternama tanpa usaha yang gigih, dan saya masih kesal dengan tindakan saya itu. Padahal, jika saya berusaha bersungguh-sungguh sepertimana saya berusaha membaca & belajar seperti sekarang ini, saya yakin saya mampu memperoleh keputusan yang lebih baik, dengan izin Allah.

Kesimpulannya, saya tidak mahu anda merasai kekesalan yang saya alami sekarang. Rajin-rajinkanlah diri anda untuk menyelak buku-buku yang tersedia di perpustakaan, kedai buku dan juga banyak bahan bacaan ilmiah di internet. Jika anda tidak mampu memahami sesuatu, tanyalah pada sesiapa yang anda tahu mempunyai kepakaran mengenai ilmu tersebut. Membaca tanpa rujukan yang sahih juga boleh menimbulkan salah faham dan masalah pada diri kita. Namun, tidak ada ruginya jika anda membaca begitu banyak buku. Hanya minta pengesahan daripada guru-guru, tutor, ustaz atau sesiapa yang faqih dalam bidang tersebut, bila mana anda memerlukan bantuan. Semoga berjaya! :D

Jadi, benarkah rakyat Malaysia tidak suka membaca?
Pendapat anda? (Lari tajuk sangat ni.. Haha..)

Bacaan tambahan --
zamrimohamad.com || Gerakan membaca | Baca@LRT cipta sejarah besar

Komen Terkini