Saturday, September 03, 2016
Etika Menggunakan Karya di dalam Perniagaan
Hafizi Azmi
Saturday, September 03, 2016
artikel
,
bisnes
,
Design
,
info seni
,
tips berkarya
No comments
:
Eh, bolehkah menggunakan artwork untuk perniagaan kita dengan percuma?Isu copyright/hakcipta merupakan antara isu yang seringkali hangat timbul dan dibincangkan dalam kalangan pengkarya.
Antara pihak yang terlibat dalam isu seperti ini adalah :
- pengkarya
- penerbit, syarikat atau mana-mana pihak yang membayar pengkarya untuk menggunakan karya mereka
- pihak yang tidak membayar pengkarya untuk menggunakan karya mereka (lebih teruk lagi jika langsung tidak meminta izin pengkarya tersebut)
- peminat (fan)
Di bawah ini adalah salah satu contoh usaha saya sendiri bagi mengelakkan perkara-perkara sebegini terjadi.
Nampak tak betapa gigihnya saya memasukkan kredit untuk pengkarya yang menghasilkan karya ini, walaupun karya tersebut tiada watermark atau tiada apa-apa tanda hakmilik pengkarya.
Walaupun hakikatnya dengan skill yang saya ada, saya mampu membuang watermark ini dengan mudah. Haha..
Sesungguhnya pengkarya-pengkarya yang terlibat bersama saya telah diberi bayaran, namun bagi saya itu bukanlah tiket untuk anda menghilangkan kaitan antara pengkarya tersebut dengan hasil kerja mereka.
Apa yang saya rasa masyarakat masih kurang faham adalah :
- Ya, kita bayar mereka. Namun, bayaran itu adalah untuk nilai usaha/servis mereka & nilai manfaat yang akan kita peroleh melalui karya tersebut.
Kita membayar mereka untuk ini.
- Status pengkarya sebagai pencipta/penghasil masih tidak hilang, walau apa cara yang kita gunakan sekalipun.
Hakikatnya, karya itu hasil buatan beliau.
Mereka akan terkait dengan artwork tersebut walau apa pun berlaku.
Melainkan bayaran yang kita berikan setimpal dan telah dipersetujui bersama pengkarya, untuk nama mereka tidak dipaparkan.
Hal ini masih tidak menghilangkan status pengkarya sebagai pengkarya asal.
Kadang-kadang, sudahlah bayaran pun tidak seberapa, nama mereka pula hilang daripada karya mereka.
Contohnya (contoh sahaja ya..), mereka dibayar RM50 untuk artwork seperti contoh di bawah ini.
Alahai, apalah sangat RM50 dengan pulangan yang akan kita dapat selama kita menggunakan karya ini.
Andai kata artis ini menyiapkan karya ini dalam masa 4 hari, bererti gaji mereka hanya RM12.50/per hari.
Bukankah lebih baik mereka bekerja sebagai pelayan di restoran berbanding menghabiskan masa mereka selama 4 hari untuk menyiapkan kerja kita.
Untuk isu seperti kredit pengkarya dihilangkan daripada karya mereka (untuk dimuatnaik semula di halaman & page-page terkemuka).
Saya faham, pengkarya ini bukanlah mahu meminta sesuatu yang terlalu susah untuk dilakukan.
Kalau anda mahu menggunakan karya mereka untuk apa-apa, minta sahaja izin daripada pengkarya asal dan berikan sedikit kredit kepada mereka.
Cukuplah sedikit penghargaan yang ikhlas.
Kalau anda mahu membayar mereka, itu sudah sangat bagus.
Moga ini mampu membuka sedikit ruang pemikiran kita dalam berniaga atau melakukan apa-apa muamalat dengan pengkarya.
Berniagalah dengan hasil yang diberkati Ilahi.
Stay blessed in rahmatillah. ^^
Alfiya ini adalah sebuah projek hasil kerjasama dengan beberapa orang artis tempatan.
Boleh lihat laman web kami di www.alfiya.com.myInsya-Allah, akan datang, jika dimurahkan rezeki, ramai lagi artis yang akan terlibat.
Doakan kami sukses ya kalian !
*kredit artwork -- Cik 3zzah
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment
Kata-kata anda amat berharga..! =D