Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Monday, October 03, 2016

Pendedahan Illustrator Jana Pendapatan melalui Karya

No comments :
Illustrator menjana pendapatan melalui platform seperti Patreon, Gumroad dan Kickstarter – tetapi adakah ianya semudah itu?

Artis komik dan illustrator bebas, Kuvshinov Ilya mendapat sekitar $ 3,129.85 setiap minggu melalui crowdfunding platform : Patreon. Ya, $ 3,129.85. Seminggu.

Artis kelahiran Rusia yang bermastautin di Yokohama, Jepun ini mula menyertai laman web ini (www.patreon.com/Kuvshinov_Ilya) pada bulan November 2014, tetapi ia telah menjadi sumber pendapatan utamanya, dan bukan dia seorang sahaja di dalamnya. Artis digital Paul Kwon, (ZeroNis), mempunyai 1,237 patron yang menyumbang $ 6,269.53 setiap dua minggu. Dan artis fantasi Kanada, Sakimichan mampu mengaut $ 28,421.57 dua minggu sekali, hasil sokongan daripada lebih kurang 3,432 penyumbang (www.patreon.com/sakimichan).


Hood - Kuvshinov Ilya

Patreon adalah salah satu daripada beberapa platform baru yang membolehkan pereka untuk membiayai projek-projek mereka melalui sumbangan daripada penyokong - atau patron, dalam kes ini. Tidak seperti Kickstarter, di mana kempen yang berjaya membawa sejumlah wang terkumpul, Patreon adalah model langganan: peminat berjanji untuk membuat bayaran bagi setiap hasil karya atau secara berulang, untuk membolehkan mereka terus menikmati kandungan eksklusif daripada pengkarya.

"Terima kasih kepada Patreon, saya boleh bekerja - melukis - apa yang saya suka. Saya tidak perlu melakukan perkara yang membosankan atau melakukan komisen yang saya tidak berminat hanya kerana saya perlu makan setiap hari," kata Ilya, yang menawarkan penyumbang beliau sistem ganjaran berperingkat. Untuk langganan sebanyak $1 atau lebih setiap minggu, peminat menerima 10 artwork setiap minggu, serta lakaran behind-the-scenes. Untuk $5 atau lebih, pelanggan juga mendapat dokumen Photoshop dan artwork bersaiz penuh, manakala bagi $10 atau lebih video proses pembuatan ditambah ke dalam pakej beliau. Sistem milestone ini juga membolehkan artis memberi penghargaan kepada peminat mereka apabila mencapai sasaran khusus - pendapatan $ 1,000 setiap minggu (sebagai contoh) dicapai.

Walau bagaimanapun, komitmen ini sememangnya mencabar, bukan hanya kerana kekangan masa. Satu contoh situasi sukar ini adalah untuk mengetahui apa jenis insentif terbaik yang akan menggalakkan penyumbang untuk melanggan.

"Apa-apa pun, ia lebih mudah sekarang," kata Ilya, "Kerana mereka memberi komen mengenai apa yang mereka mahukan - tutorial, misalnya. Tutorial boleh menjadi sukar, kerana saya sendiri masih belajar lagi. Tetapi jika anda mempunyai semangat dan suka dengan apa yang anda lakukan, ia akan menarik lebih ramai peminat."

"Antara sebab beberapa artis kurang berjaya adalah kerana kurang dari segi kandungan, konsistensi dan sudut pandang, " kata artis multimedia dan pereka permainan, Chris Ryniak, yang menyediakan 139 penyumbang beliau dengan kemas kini behind-the-scene studio, berita, rahsia jualan dan banyak lagi. (www.patreon.com/chrisryniak) "Yang pasti, ia bukan model yang sesuai untuk semua orang. "

PELANGGAN LAPAR

Untuk artis yang sudah mempunyai pengikut yang besar, laman web terus ke peminat seperti Patreon, Kickstarter dan Gumroad – satu platform yang membolehkan pereka menyewa atau menjual aset digital terus kepada pengguna - adalah sesuatu yang sangat memudahkan mereka. Kerana, jika orang tengah diperlukan, ianya pasti menelan kos tertentu apabila komuniti tidak sabar menanti karya anda yang seterusnya.

Jason Seiler adalah illustrator dari Chicago yang pakar dalam potret dan karikatur untuk penerbitan seperti Rolling Stone dan The New Yorker (www.jasonseiler.com).

Dia telah menjual video tutorial bersama kerja-kerja mengenai Gumroad sejak musim luruh 2014 yang lalu, dan menjana pendapatan melalui media sosial untuk setiap tutorial baru dengan perkongsian trailer dan links dengan 163,000 pengikut Facebook & Instagram beliau.
"Saya telah menjadi seorang pengajar di Schoolism.com selama 10 tahun dan membuat kesimpulan bahawa saya boleh menggunakan tapak Gumroad itu sebagai satu cara untuk mendapatkan lebih ramai pelajar untuk mendaftar untuk kelas Schoolism saya, " kata Jason.

"Video adalah bahan saya untuk berkongsi tutorial dengan harga yang berpatutan, dan kemudian jika anda mahu lebih lagi anda boleh mendaftar untuk kelas saya. "
Untuk membuat wang tunai sebenar di laman crowdfunding, artis perlu melabur masa secara serius ke dalam platform itu.

"Apabila video pertama keluar," kata Jason, "Saya boleh lakukan dengan baik untuk beberapa minggu. Tetapi ianya agak tidak realistik untuk membuat wang secara serius. Bagi saya, ia hanya sedikit wang tunai tambahan. Jika saya mahu untuk membuat Gumroad sebagai kerjaya sepenuh masa saya, saya perlu meletakkan lebih banyak tenaga dan masa untuk itu. "
Artis juga perlu sedar isu cukai. Mulai 1 Januari 2015, peraturan baru VAT ke atas produk digital dijual di Kesatuan Eropah dikenakan di tempat membeli, dan bukannya tempat pembekalan.

VATMOSS (VAT Mini One Stop Shop) bertujuan untuk menghalang syarikat-syarikat besar mengalihkan jualan melalui negara-negara rendah-VAT seperti Luxembourg. Peraturan baru ini juga sama melibatkan industri kreatif.

"Penjual bertanggungjawab untuk mengenakan cukai yang betul dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa cukai negara melalui VATMOSS, " kata Heather Burns, pereka laman web yang berpangkalan di Glasgow dan pakar undang-undang digital (www.webdevlaw.uk).
Oleh kerana banyak platform kreatif terletak di luar Kesatuan Eropah, terdapat soalan yang tidak dapat dijawab tentang bagaimana sistem ini dapat dipatuhi.

TERLALU KECIL UNTUK DIKENAKAN CUKAI?

"Dengan kewujudan banyak ketidaktentuan mengenai hal undang-undang dan masa depannya, ahli kreatif mesti mengetahui sama ada platform mereka mematuhi VATMOSS," kata Heather.
"Jika tidak, anda terdedah kepada tindakan pentadbiran dan beban cukai." Beliau mendedahkan bahawa Kempen VAT EU telah melaporkan kepada pihak berkuasa cukai Eropah untuk mengejar artis luar Kesatuan Eropah yang melanggar VATMOSS kurang daripada ¤5.

"Tiada artis kreatif harus berfikir mereka terlalu kecil untuk ditangkap. "
Jadi, adakah platform crowdfunding akan terus menyediakan sumber pendapatan lestari?

Buat masa ini, ya.

Menurut 2015CF - Laporan Industri Crowdfunding dari Massolution, crowdfunding berkembang secara global sebanyak 167 peratus pada tahun 2014, mencecah $ 16.2 bilion sumbangan, dan meningkat daripada $ 6.1 bilion pada tahun 2013.

"Saya fikir dengan mengeluarkan orang tengah daripada terlibat, boleh menjadi sesuatu yang sangat baik, dalam situasi tertentu, " kata Todd Lockwood. Dia melancarkan kempen Kickstarter dalam musim luruh tahun ini untuk buku koleksi artwork terbaru.

"Ianya situasi 'menang-menang' untuk kedua belah pihak:
artis disokong oleh peminat mereka, dan peminat membolehkan artis kegemaran mereka untuk memberi mereka lebih banyak apa yang mereka suka. "


Figure Bubblegut dari Chris Ryniak

Chris bersetuju dengan Todd: "Selagi ada pereka yang menjana kandungan yang orang suka, dan para pereka cenderung dengan komunitinya, saya fikir orang ingin merasa seperti mereka ada melakukan bahagian mereka,” katanya. "Oleh sebab sumbangan secara umumnya adalah rendah, penyumbang tidak begitu terkesan dengan harganya."

"Saya gembira dengan apa yang saya tawarkan dan saya yakin peminat juga dapat merasainya, " kata Jason. "Saya mahu memberi inspirasi kepada ramai orang dan membuat mereka teruja untuk melukis. Mudah-mudahan itu cukup untuk membolehkan mereka terus berminat.”

--

Kredit :
http://www.creativebloq.com/career/should-you-be-jumping-crowdfunding-bandwagon-91516697

Dipetik daripada :
Artikel "Show me the money", majalah ImagineFX Isu 125, September 2015 (muka surat 17)
Alih Bahasa :
Hafizi Azmi

No comments :

Post a Comment

Kata-kata anda amat berharga..! =D

Komen Terkini