■ Buku Nota Iman

Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Showing posts with label sahabat nabi. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

Kisah Thufail bin Amr Ad-Dausy

No comments :

Thufail adalah ketua kabilah Daus semasa zaman jahiliah. Beliau sangat dihormati oleh kabilahnya. Beliau merupakan seorang yang karismatik dan amat disayangi. Periuknya tidak pernah turun daripada tungku memasak kerana menjamu orang ramai, pintu rumahnya tidak pernah tertutup untuk orang bertamu. Dia senang memberi makan kepada yang kelaparan & perlindungan untuk orang yang ketakutan.

Pada suatu ketika, Thufail pergi ke Mekah. Waktu itu, kafir Quraisy sudah pun berkonfrontasi dengan orang Islam.

Satu kebimbangan kafir Quraisy sewaktu kedatangan Thufail ke Mekah adalah Thufail bertemu dengan Rasulullah. Disebabkan Thufail merupakan seorang yang berpengaruh, orang kafir Quraisy tidak mahu Thufail terpengaruh dengan Rasulullah lalu memeluk Islam.

Disebabkan kebimbangan ini, kafir Quraisy telah menyambut Thufail dengan sambutan yang luar biasa. Dalam masa yang sama, kafir Quraisy telah memburuk-burukkan Rasulullah sebagai orang yang merosakkan agama (agama nenek moyang mereka.) Kafir Quraisy menyampaikan kekhuatiran mereka kepada Thufail yang mereka takut Thufail akan terpengaruh dengan dakwah Rasulullah. Mereka menasihati Thufail agar langsung tidak berbicara & mendengar percakapan Rasulullah.

Komen Terkini