Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Tuesday, March 12, 2013

Kisah Thufail bin Amr Ad-Dausy

No comments :

Thufail adalah ketua kabilah Daus semasa zaman jahiliah. Beliau sangat dihormati oleh kabilahnya. Beliau merupakan seorang yang karismatik dan amat disayangi. Periuknya tidak pernah turun daripada tungku memasak kerana menjamu orang ramai, pintu rumahnya tidak pernah tertutup untuk orang bertamu. Dia senang memberi makan kepada yang kelaparan & perlindungan untuk orang yang ketakutan.

Pada suatu ketika, Thufail pergi ke Mekah. Waktu itu, kafir Quraisy sudah pun berkonfrontasi dengan orang Islam.

Satu kebimbangan kafir Quraisy sewaktu kedatangan Thufail ke Mekah adalah Thufail bertemu dengan Rasulullah. Disebabkan Thufail merupakan seorang yang berpengaruh, orang kafir Quraisy tidak mahu Thufail terpengaruh dengan Rasulullah lalu memeluk Islam.

Disebabkan kebimbangan ini, kafir Quraisy telah menyambut Thufail dengan sambutan yang luar biasa. Dalam masa yang sama, kafir Quraisy telah memburuk-burukkan Rasulullah sebagai orang yang merosakkan agama (agama nenek moyang mereka.) Kafir Quraisy menyampaikan kekhuatiran mereka kepada Thufail yang mereka takut Thufail akan terpengaruh dengan dakwah Rasulullah. Mereka menasihati Thufail agar langsung tidak berbicara & mendengar percakapan Rasulullah.



Suatu hari Thufail ke Ka'bah untuk bertawaf (amalan biasa pada zaman itu.) Telinganya disumbat sebagai langkah berhati-hati agar tidak terdengar kata-kata Rasulullah. Dengan kekuasaan Allah, Thufail ternampak Rasulullah sedang bersolat dan merasa tertarik. Tanpa disedari, Thufail telah menghampiri Rasulullah dan terdengar perkataan-perkataan yang terkeluar daripada Rasulullah (Thufail merupakan seorang penyair yang hebat dan dapat mengenali perkataan-perkataan yang indah.)

Disebabkan begitu tertarik dengan Rasulullah, Thufail mengekori Rasulullah ke rumah Baginda. Thufail masuk ke rumah Rasulullah, lalu menceritakan kepada Baginda perihal kafir Quraisy yang menasihatinya untuk menjauhi Baginda. “Ya, Muhammad! Sesungguhnya kaum Anda berkata kepadaku tentang diri Anda begini dan begitu. Mereka menakut-nakutkanku berhubung dengan urusan agama Anda. Oleh kerananya aku menyumbat telingaku dengan kapas agar tidak mendengar perkataan Anda. Tetapi Allah menghendaki supaya aku mendengar sesuatu dan Anda. Ternyata apa yang Anda ucapkan semuanya benar dan bagus. Maka ajarkanlah kepadaku agama Anda itu!”

Rasulullah mengajarkan kepada Thufail perihal agama Islam. Dibacakannya surah Al-Ikhlas dan Al-Falaq.

"Demi Allah! Belum pernah aku mendengar kalimat-kalimat seindah itu. Dan
belum pernah aku mengenal agama yang lebih baik daripada Islam ini."

Setelah itu Thufail mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dan memeluk Islam.

Kemudian Thufail pulang ke kabilahnya dan berdakwah. Antara yang memeluk Islam melaluinya adalah Abu Hurairah,

__________

Terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil daripada kisah Thufail tetapi satu yang ingin dikongsikan adalah, bagaimana kafir Quraisy telah berusaha keras memburuk-burukkan Rasulullah, tetapi Thufail tetap memeluk Islam setelah berjumpa dengan Rasulullah.

Kadang-kadang dakwah kita diburuk-burukkan manusia. Kita tidak perlu risau dan gusar. Islam yang kita yakini, dengan jelas, serta akhlak mulia yang kita usahakan, In Shaa Allah, dapat memadamkan segala api fitnah yang dilontarkan kepada kita.

Siapakah yang lebih mampu untuk membersihkan nama kita lebih daripada Allah?

Wallahua'lam.

Sumber : diceritakan oleh Eqwan Roslan
Sumber rujukan : Kisah Kepahlawanan Sahabat Nabi

No comments :

Post a Comment

Kata-kata anda amat berharga..! =D

Komen Terkini