Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Sunday, March 17, 2013

Iman & Aiman - Laksa

No comments :
"Along.."
"Ya..?"
"Iman lapar.."
"Hai... Baru jalan dua tiga langkah dah lapar.. Nak shopping macam mana ni?"
"Dua tiga langkah apanya... Dah nak habis satu kompleks ni kita pusing.. Kaki pun dah mula lenguh ni.."
"Hehe.. Tau tak apa.."
"Cis, perli la tu ! Jom la Along.. Jom la.."
"Iman nak makan apa?"
"Iman nak makan.. Hmm.. Hmmm..."
"Apa?"
"Laksa.."
"Laksa..? Hmm..."
"Rasanya kat ground floor ni orang kata ada kedai yang jual laksa sedap.. Tu yang tiba-tiba rasa nak makan laksa tu.."
"Oh, ye ke.."
"Jom la.. Jom la.."
"Ya lah.. Ya lah.. Jom.."
"Yeay !!"

- - - - - - - - -
"Along tak makan apa-apa ke..?"
"Tak mahulah.."
"La.. Takkan Iman makan seorang-seorang je kot.."
"Iman makan la.. Along diet. Tak nak jadi gemuk macam Iman,"
"Huh?!"
"Haha.. Along puasa la.."
"*gulp* La.. Apasal tak cakap awal-awal.. Ni yang rasa bersalah ya amat ni.."
"Puasa setengah hari.. Ni nak berbuka la ni.."
"Apakah....???"
"Dah.. Dah.. Makan elok-elok.. Along nak pergi order air kejap.."
*buat muka*
"Huh? Senyum sikit. Along nak belanja ni.."

Huuh... Nasib baik nak belanja. Kalau tak, rasa macam nak simbah je kuah laksa ni ke muka dia. Mengarut je kerja. Tak apalah, yang penting habiskan laksa yang sedap ni.. Hee ~ Nyum ~ Nyum ~


- - - - - - - -
p/s : Cerita ini ditulis dalam hanya beberapa minit untuk menghilangkan stress.
Ini salah satu cara saya nak cuba relaks sebentar semasa mengulangkaji.

Esok dah mula exam.. Moga segalanya baik-baik saja, insya-Allah.. Amiin..

You may find this post relevant: Pelangi Iman [part 1]

No comments :

Post a Comment

Kata-kata anda amat berharga..! =D

Komen Terkini