■ Buku Nota Iman

Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Sunday, March 17, 2013

Iman & Aiman - Laksa

No comments :
"Along.."
"Ya..?"
"Iman lapar.."
"Hai... Baru jalan dua tiga langkah dah lapar.. Nak shopping macam mana ni?"
"Dua tiga langkah apanya... Dah nak habis satu kompleks ni kita pusing.. Kaki pun dah mula lenguh ni.."
"Hehe.. Tau tak apa.."
"Cis, perli la tu ! Jom la Along.. Jom la.."
"Iman nak makan apa?"
"Iman nak makan.. Hmm.. Hmmm..."
"Apa?"
"Laksa.."
"Laksa..? Hmm..."
"Rasanya kat ground floor ni orang kata ada kedai yang jual laksa sedap.. Tu yang tiba-tiba rasa nak makan laksa tu.."
"Oh, ye ke.."
"Jom la.. Jom la.."
"Ya lah.. Ya lah.. Jom.."
"Yeay !!"

- - - - - - - - -
"Along tak makan apa-apa ke..?"
"Tak mahulah.."
"La.. Takkan Iman makan seorang-seorang je kot.."
"Iman makan la.. Along diet. Tak nak jadi gemuk macam Iman,"
"Huh?!"
"Haha.. Along puasa la.."
"*gulp* La.. Apasal tak cakap awal-awal.. Ni yang rasa bersalah ya amat ni.."
"Puasa setengah hari.. Ni nak berbuka la ni.."
"Apakah....???"
"Dah.. Dah.. Makan elok-elok.. Along nak pergi order air kejap.."
*buat muka*
"Huh? Senyum sikit. Along nak belanja ni.."

Huuh... Nasib baik nak belanja. Kalau tak, rasa macam nak simbah je kuah laksa ni ke muka dia. Mengarut je kerja. Tak apalah, yang penting habiskan laksa yang sedap ni.. Hee ~ Nyum ~ Nyum ~


- - - - - - - -
p/s : Cerita ini ditulis dalam hanya beberapa minit untuk menghilangkan stress.
Ini salah satu cara saya nak cuba relaks sebentar semasa mengulangkaji.

Esok dah mula exam.. Moga segalanya baik-baik saja, insya-Allah.. Amiin..

You may find this post relevant: Pelangi Iman [part 1]

Friday, March 15, 2013

Muslimah OC II [Free ~~]

2 comments :

akak saya... eh.

Assalamu'alaikum warahmatullah ~

Rasanya sebahagian dari pembaca blog ini pernah nampak karakter akak ini... Ke, memang tak ada sesiapa yang pernah..? Mungkin kalau pelajar UIA, anda pernah nampak karakter ini di suatu tempat, suatu ketika dahulu.. (dahulu la sangat.. =__=)

Ok, tanpa panjang cerita, anda bolehlah guna artwork ni di link di bawah (kalau nak...)
Untuk buat design poster ke apa.. Hehe.. :3
Yes, free to share, edit, crop, etc ~~~

Sketch : [klik di sini]
Line-art : [klik la kat sini]
Coloured character : [klik klik klik!]

Untuk mengetahui update artwork2 seterusnya, bolehlah like page ini --> Alfi Ramadhani Artworks !

Moga bermanfaat, insya-Allah ~
Stay blessed in rahmatillah ~ :D

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

p/s : Minggu depan saya exam mid-sem ~~ huu ~~
Allahu yusahhil ~ Amiin ~

Tuesday, March 12, 2013

Kenapa Kiri dan Kanan Menekan?

1 comment :

Suatu hari Ustaz Hasan Al-Banna duduk berbicara bersama sahabat-sahabat Ikhwan dan berkata: "Suatu yang pelik apabila parti-parti politik menghentam kita dan istana menghentam kita. Sedangkan yg logiknya apabila kita dihentam istana, parti-parti politik akan berdamai dan memuji kita, apabila kita dihentam oleh mana-mana parti politik, yg lain-lain akan berdamai dan membantu kita."

Kemudian ia diam seketika dan berkata: "Kamu tahu kenapa berlaku demikian itu?"

Kisah Thufail bin Amr Ad-Dausy

No comments :

Thufail adalah ketua kabilah Daus semasa zaman jahiliah. Beliau sangat dihormati oleh kabilahnya. Beliau merupakan seorang yang karismatik dan amat disayangi. Periuknya tidak pernah turun daripada tungku memasak kerana menjamu orang ramai, pintu rumahnya tidak pernah tertutup untuk orang bertamu. Dia senang memberi makan kepada yang kelaparan & perlindungan untuk orang yang ketakutan.

Pada suatu ketika, Thufail pergi ke Mekah. Waktu itu, kafir Quraisy sudah pun berkonfrontasi dengan orang Islam.

Satu kebimbangan kafir Quraisy sewaktu kedatangan Thufail ke Mekah adalah Thufail bertemu dengan Rasulullah. Disebabkan Thufail merupakan seorang yang berpengaruh, orang kafir Quraisy tidak mahu Thufail terpengaruh dengan Rasulullah lalu memeluk Islam.

Disebabkan kebimbangan ini, kafir Quraisy telah menyambut Thufail dengan sambutan yang luar biasa. Dalam masa yang sama, kafir Quraisy telah memburuk-burukkan Rasulullah sebagai orang yang merosakkan agama (agama nenek moyang mereka.) Kafir Quraisy menyampaikan kekhuatiran mereka kepada Thufail yang mereka takut Thufail akan terpengaruh dengan dakwah Rasulullah. Mereka menasihati Thufail agar langsung tidak berbicara & mendengar percakapan Rasulullah.

Komen Terkini