Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Sunday, July 13, 2014

Majlis Iftar Komuniti Teman Inteam Meriah!

No comments :
*disalin daripada
http://munsyeed.com/malay/2014/07/majlis-iftar-komuniti-teman-inteam-meriah/



Setelah hampir setahun menyepikan diri, Komuniti Teman Inteam (KTI) sekali lagi menganjurkan acara tahunan mereka iaitu Majlis Iftar Komuniti Teman Inteam 1435H.

Majlis ini telah diadakan pada Jumaat lepas, 12 Julai 2014 bertempat di pejabat urusan Inteam Records di Bandar Sri Damansara.

Kira-kira 30 orang ahli KTI hadir ke majlis tahunan ini. Menurut salah seorang ahli KTI yang kami hubungi, Majlis Iftar KTI tahun ini telah digerakkan oleh Muhammad Nazri bagi pihak KTI dan Amin Inteam bagi pihak Inteam Records.

“Sewaktu awal Ramadhan lalu, Nazri ada hubungi kami di Facebook dan di laman Whatsapp mengenai majlis ini. Ia bagaikan majlis reunion bagi kami setelah lama tidak bertemu dan berprogram bersama.”

“Alhamdulillah, ramai ahli KTI baru dan lama yang hadir ke majlis ini. Ukhwah diantara kami juga bertambah erat dan saya berharap ada program selanjutnya yang akan dianjurkan oleh KTI dan Inteam Records.”



Majlis Iftar Komuniti Teman Inteam ini dimulakan dengan acara doa selamat dan tahlil. Diikuti dengan acara berbuka puasa sughra. Setelah selesai menunaikan solat Maghrib, para peserta menikmati juadah berbuka puasa sambil beramah mesra bersama kumpulan Inteam.

Para peserta juga menunaikan solat Isyak dan Solat Terawikh secara berjemaah sebagai acara penutup.

Selain kumpulan Inteam, majlis ini turut diserikan oleh para isteri dan anak-anak ahli kumpulan nasyid popular tersebut. Pastinya keletah Inteam Junior ini mendapat perhatian para peserta yang hadir di majlis iftar tersebut.

Tahniah diucapkan kepada Komuniti Teman Inteam dan Inteam Records diatas penganjuran majlis ini.
- Munsyeed Dot Com

Baca lanjut di
http://munsyeed.com/malay/2014/07/majlis-iftar-komuniti-teman-inteam-meriah/

Ditulis oleh Munsyeed Admin
Hakcipta © Munsyeed Dot Com 2010-2014

No comments :

Post a Comment

Kata-kata anda amat berharga..! =D

Komen Terkini