Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Wednesday, June 24, 2015

3 Tips Menghasilkan Komik Malaysiana Yang Berpotensi Best-seller dan Award Winning

No comments :
Disalin daripada :
3 Tips Menghasilkan Komik Malaysiana Yang Berpotensi Best-seller dan Award Winning | Stroke Comichat
- - - - - - - - - - - - -

Baru-baru ini industri komik Malaysia digegarkan dengan kejayaan seorang anak Malaysia yang memenangi Silver Award dalam 8th International Manga Award di Tokyo.

Siapa yang tidak kenal Ben Wong? Pelukis komik yang pernah terkenal zaman millenium ini dengan karya Le Gardenie, The Fishes dan Fatal Chaos terbitan Gempakstarz?

Bulan Februari yang lepas, beliau mencipta sejarah apabila memenangi Silver Award untuk kedua kalinya melalui karya Atan terbitan Komik-M PTS (sebelum ini beliau pernah menang pada tahun 2007).


Berita ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan dan kegembiraan pada aktivis-aktivis dan artis komik tanah air, apabila kebudayaan Malaysia dalam komik masih lagi diiktiraf oleh orang luar negara, mengikuti resam yang diamal oleh legenda komik tanah air, Dato’ Lat.

Atan adalah sebuah siri komik yang bertemakan Malaysiana. Melalui Tuan Ben Wong sendiri, apa yang dikatanya dalam ucapan yang diadakan di Kinokuniya ketika majlis meraikan kejayaan beliau, “Ini sangat menarik. Komik ini dihasilkan oleh orang Cina. Lukisannya stroke manga/Jepun. Temanya mengenai Malaysia. Intipatinya tentang kehidupan Muslim.”

Isu stroke bukan masalah. Isu siapa yang melukis juga bukan masalah. Isu sebenarnya adalah, apakah elemen budaya yang kita masukkan dalam karya kita? Itu pengisian yang utama.

Dalam artikel ini, saya kongsikan 3 Tips bagaimana untuk menghasilkan komik bertemakan Malaysiana yang berpotensi untuk menjadi Bestseller dan memenangi anugerah.

3 Tips ini saya ambil dari tulisan Tuan Don Bosco melalui blognya, Super Cool Books.

BACA : 3 Tips Mencipta Karakter Untuk Cerita Anda


Tips #1 : Tonjolkan Makanan Tempatan Kampung Anda

Setiap bandar mempunyai makanan unik mereka sendiri. Sama ada ianya dimasak di gerai-gerai tepi jalan, ataupun ianya dari hidangan restoran mewah. Anda tidak akan teringat pada kampung halaman anda sekiranya anda tidak pernah rasa makanan yang dimasak di situ.

Satu cara bagaimana kita meraikan sesuatu tempat adalah dengan meletakkan banyak rujukan makanan tempatan tersebut. Sebagai contoh, sekiranya karakter anda cuba menyelesaikan sebuah misteri di Kampung Pandan dan dia laparkan makanan, dia mungkin akan terpesona dengan pandangan di warung nasi lemak. Orang Malaysia sangat sukakan nasi lemak. Kita sebagai pembaca pun boleh faham, sekiranya karakter tersebut mahu berehat seketika untuk menjamah sepinggan nasi lemak dengan sambal dan ikan bilis. Sedapnya!

MARI CUBA INI! : Selepas ini sekiranya anda mahu mencari makanan, ambil masa 5 minit untuk buat analisis pada makanan anda. Cuba terangkan makanan anda itu dengan pelbagai cara yang menarik. Buat satu jurnal dan simpan setiap penerangan anda. Gunakan penerangan yang paling menarik dalam cerita anda. Sekiranya anda mempunyai akaun Instagram, anda boleh poskan makanan tempatan kegemaran anda di situ!

KREDIT : Shop by FeiGiap
TIP #2 : Bawa pembaca ke lokasi-lokasi menarik.

Bila kita sampai ke bandar/kampung yang baru, alangkah baiknya sekiranya ada orang yang dapat bawa kita ke tempat-tempat menarik di situ. Sekiranya mereka sangat arif dengan kawasan tersebut, mereka boleh kongsikan segala cerita menarik yang berkaitan. Kadang-kala, kita akan rasa macam kita pula yang berasal dari situ, kan?

Cerita anda akan mempunyai elemen tempatan yang sangat kuat sekiranya anda menulis mengenai lokasi sebenar yang sangat penting untuk anda. Mungkin di kawasan kejiranan yang anda lahir dan membesar, atau taman permainan di mana anda sering lepak dengan kawan-kawan. Hubungan emosi yang kuat akan datang secara semulajadi dalam penulisan anda, lalu pembaca anda pun akan seronok untuk membaca.

MARI CUBA INI! : Pilih mana-mana lokasi di Malaysia yang anda sangat arif. Tulis 3 perkara yang membuatkan anda jatuh cinta dengannya, dan tuliskan Kenapa? Kemudian, lihat bagaimana anda boleh masukkan point2 ini ke dalam cerita anda. Buat penerangan anda itu sangat tepat dan lekat sehingga sesiapa pun yang membaca cerita anda, dia akan rasa seperti dia yang melawat tempat itu dengan anda.


TIP #3 : Pergi ke masa lalu

Satu cara bagaimana kita boleh meraikan kampung halaman kita adalah sentiasa bawa kisah-kisah lalu dalam cerita kita. Pembaca anda akan rasa terpesona sekiranya anda boleh membawa kisah-kisah sejarah dengan cara yang fresh dan mearik.

Masukkan karaker anda dalam senario yang buat pembaca anda familiar, terutamanya senario sejarah tempatan. Beri karakter anda respon dengan situasi tersebut dengan cara mereka sendiri. Bagaimana karakter anda terkesan dengan peristiwa itu? Apa reaksi beliau? Adakah tindakannya boleh mengubah sejarah negara? Dalam cara yang baik atau buruk?

Dan apa akan terjadi sekiranya mesin masa juga turut terlibat? Tentunya sangat cool!

MARI CUBA INI !: Buka laman-laman web sejarah negara. Cari info mengenai sejarah, personaliti, kisah-kisah legenda dan peristiwa bersejarah. Pastikan anda buat kajian dan kajian itu mudah dibaca. Lihat sekiranya anda mampu mencari sekurang-kurangnya 3 entri yang mampu menarik minat anda, dan bagaimana anda menjadikan informasi-informasi ini dalam karya anda.

No comments :

Post a Comment

Kata-kata anda amat berharga..! =D

Komen Terkini