Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Sunday, February 18, 2018

Sekotak Coklat Limau Tangerine

6 comments :


Waktu 12 Febuari lepas, saya tengah duduk kat airport Incheon seorang-seorang ni. Lonely. Sobs.
Di depan bangku saya ada nihonjin (orang Jepun). Sorang onee-san (kakak) & ayah dia.

Lepas tu ayah dia bangun pergi toilet kot. Sorang-sorang onee-san tu layan lagu dari phone dia, pakai earphone. Mata saya terperasan yang passport dia jatuh ke bawah. Saya pun tegurlah,

"すみません ~"

Dia tak dengar.

Saya tegur lagi siap lambai-lambai, haa barulah dia perasan. Jadi saya tunjuk ajelah passport dia kat lantai tu. Berterabur jugalah nak shift dari Korean tiba-tiba nak cakap Japanese ni. Vocab tu ada tapi berterabur kejap dengan Korean sebab tiba-tiba shift kan. Huhu..

Tak lama lepas tu ayah dia pun sampai. Kakak tu ceritalah kat ayah dia. Dia punyalah thank you + ありがとう + 감사합니다 (semua bahasa dia sebut, hahaha) lahai.. Masa ayah dia dok lepak bangku tu, depa dok cerita pasal hal tu je lah. Panjang juga kakak tu kena leter. 🤣

Jadi masa dia sembang-sembang tu dapat tangkap jugalah dalam 50% gitu apa yang diorang cakap. Dia punya appreciate tu.. Rasa macam saya dah bagi sumbangan besar apa je. Aduh, blushing kejap dia asyik sebut kono hito yasashi blablabla.. haha

Ayah dia pergi kedai kejap & datang balik. Lepas tu dia bagi saya coklat ni. Saya macam... Allah... Ni kenapa baik sangat ni... Malu-malu jugaklah, tapi ambil je lah dah orang nak bagi.. 😂🙈

Ok, tu je cerita malam ni. Harap-harap daripada kisah benar ni serba-sedikit dapatlah kita ambil pengajaran macam mana Japanese ni appreciate orang. Benda ni mungkin nampak remeh je, tapi bila dia pandang benda kecil tu, besar, kita dah boleh nampak macam mana pemikiran & sifat bangsa yang hebat ni. Alangkah baiknya ramai yang dapat amalkan sifat macam ni. Orang kata, "faith in humanity restored". Gitu.

6 comments :

  1. betul, orang jepun ni berbudi bahasa, walaupun dia pernah jajah malaysia satu ketika dulu. Ada satu cerita berlaku tahun 1983, masa tu saya darjah 1, sekolah di utara tanahair. Satu hari ada murid bangsa Jepun, Namanya Achiro kamei. Dia sekolah satu kelas dengan saya.
    Guru kelas kami namanya Cikgu Mat Noor. Dipendekkan cerita Achiro Kamei ni terpaksa balik mengikut ayahnya ke Jepun semula dalam tahun 1985.
    Hilanglah kisahnya dari radar.
    Tetapi lebih kurang 10 tahun lepas tu, Bapanya, ibunya dan achiro datang semula untuk menjejak semula Cikgu Mat Noor.
    Nak tahu, apa hadiah bapa achiro bagi?

    ReplyDelete
  2. Bapa Achiro ajak cikgu tu yang dah bersara pergi ke rumahnya di Jepun. Selagi tak ikut, dia akan stay kat Malaysia. Tapi akhirnya Cikgu tu pun bersetuju juga, segala tambang pergi-balik makan minum dan jalan-jalan di Jepun ditanggung oleh bapa Achiro. Itulah hadiahnya.

    ReplyDelete
  3. Jepun memang terkenal dengan budi bahasa

    ReplyDelete
  4. Itulah yang dikatakan buat baik dibalas baik. Alhamdulillah

    ReplyDelete

Kata-kata anda amat berharga..! =D

Komen Terkini