Mohon iman tersemai di hati, Moga hidup dipandu Ilahi



Selamat datang ke blog personal Alfi Ramadhani. Moga apa yang tertulis di sini membawa kebaikan. Andai ada salah & silap, teguran anda semua sangatlah diharapkan. Selamat membaca! :)

Thursday, July 14, 2011

Review : Kau Di Hatiku 4 (KTI)

5 comments :
Assalamu'alaikum warahmatullah...!
Entri kali mungkin agak skema & formal sikit..
Sedikit review ala-ala laporan tak rasmi gitu, pasal program Kau Di Hatiku 4, anjuran Komuniti Teman Inteam (KTI) Ahad lepas (10 Julai 2011).. ^^

Sekitar jam 8 - 9am, para AJK, fasilitator & peserta (ahli2 Rumah Permata Hatiku) baru tiba di tapak progam, Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam, Selangor.
Setelah semua peserta tiba, mereka semua dibawa bersiar-siar oleh fasi-fasi, melihat pemandangan sekitar Taman Botani tersebut.
Setelah selesai mengelilingi kawasan tersebut, kami semua berkumpul di ruangan Amphitheater untuk sarapan, sesi taklimat permualaan, taaruf & sesi memanaskan badan sebelum memulakan acara explorace.

Kira-kira jam 11.15am semua peserta dilepaskan untuk acara explorace.
Mereka perlu melalui 6 checkpoint & menyelesaikan tugas2 yg disediakan di setiap checkpoint ;
Surau (...), Taman Padi (...), Pintu Gerbang (...), Taman Haiwan (Husaini), Flying Fox (Syahmi) & Taman Burung (Hafizi).
Selepas hampir sejam, semua peserta selesai melepasi kesemua checkpoint tersebut.
Kebetulan, hujan mula turun dengan lebat selepas acara explorace selesai.
Ada beberapa kumpulan yg terpaksa meredah hujan supaya dapat sampai ke tapak perkumpulan (Amphitheater).
Alhamdulillah , tiada apa-apa perkara buruk yang berlaku & semuanya selesai dengan baik.

Di ruangan Amphitheater, acara penutup untuk sesi pagi dimulakan.
Sesi penutup ini diisi dengan pengumuman pemenang-pemenang acara explorace & sesi penyampaian hadiah.
Acara pagi itu diakhiri dengan sesi fotografi & makan tengah hari.






Kami kemudiannya bergerak ke Masjid Shah Alam / Masjid Negeri untuk mengemas diri & menunaikan solat Zuhur berjemaah..
Usai solat, semua peserta berkumpul di hadapan masjid untuk bergerak bersama-sama ke Yayasan Restu, Shah Alam untuk melawat Pameran Pedang Rasulullah S.A.W & Sahabat R.A.
Di situ, kami juga sempat melawat replika kediaman Rasulullah S.A.W.




Selesai melawat Yayasan Restu, kami semua bergerak ke Masjid Negeri kembali untuk mendirikan solat Asar berjemaah.
Semua peserta kemudiannya berkumpul di bahagian tepi halaman masjid untuk sesi terakhir.
Kami semua menikmati minum petang disertai dendangan nasyid daripada Inteam secara acapella.
Antara lagu-lagu yang didendangkan adalah Akrab Persahabatan, Kasih-Kekasih, Siti Khadijah, Allahu Rabbi & akhir sekali dendangan selawat beramai-ramai.
Persembahan yang sangat unik & sempoi.. ^^




Sebelum majlis berakhir, pihak Inteam & Rumah Permata Hatiku menyampaikan sedikit ucapan buat semua yang hadir.Kemudian, pihak KTI menyampaikan sumbangan-sumbangan daripada beberapa pihak yang bermurah hati memberi sumbangan kepada rumah Permata Hatiku, moga-moga dapat menyuntik sedikit kegembiraan buat mereka bagi meraikan kedatangan Ramadhan akan datang.

Program Kau Di Hatiku kali ini diakhiri dengan sesi bersalaman beramai-ramai bersama alunan selawat dari semua yang hadir & sesi fotografi tak rasmi antara ahli KTI & ahli rumah Permata Hatiku.
Moga-moga program ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang bersama penambahbaikan, insha-Allah.

Sekian, salam mahabbah.
Mohon maaf andai ada sebarang khilaf dalam laporan ni.. :)

*All pictures, credited to :

5 comments :

  1. Hamba sgt jeles. :(( Doakan Kak Sa bleh dtg iftar nanti. :)

    ReplyDelete
  2. hehe, xtau ke sape yg jge checkpoint ni...nmenye seperti berikut... =P
    ~surau (ina n kak nana)
    ~taman padi (ila n sue)
    ~pintu gerbang (kak mira n a.daus)
    suda tau?? huhu =P

    ReplyDelete
  3. @nur iman fadhilah tq..~~ ^^
    apesal kome semua ade kapel2 ni..?
    x aci..~~ >.<"

    ReplyDelete
  4. @Alfi welcome... (^_^)
    hehe, kami hanya m'ngikut arahan...
    huhu... =P

    ReplyDelete

Kata-kata anda amat berharga..! =D

Komen Terkini